Berkat Doa Ibu Mertua, Termakbul Tunai Haji Sebelum Usia 40 Tahun! Wanita Ni Kongsikan Kisahnya.

Share

Saat membaca kisah-kisah daripada  saudara Islam kita yang pernah menjadi tetamu Allah, benar pasti terdetik dihati seakan tidak sabar pula menanti bila masa untuk kita berada di bumi barakah itu.

Apa yang pasti, semua perkongsian cerita itu cukup menarik dan cukup menginsafkan.

Ini sebagaimana cerita yang dicoretkan oleh Puan Siti Nadzrah atau lebih mesra di sapa Ummi, berkongsi kisah menjadi tetamu Allah berkat doa ibu mertua.

Ini perkongsiannya

Alhamdulillah Allah swt telah memberi kemudahan untuk Ummi melaksanakan ibadah haji pada tahun 2002.

Kalau diikutkan kemampuan, memang Ummi dan Abah belum boleh ke Mekah sebab kekangan kewangan dan anak-anak masih bersekolah agama swasta yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi setiap bulan.

Pernah kami perlu survive dengan baki negatif dalam bank. Pernah bercatu makan, pernah miss bayar sewa rumah beberapa bulan dan pernah mengekang nafsu berbelanja mana yang tidak perlu.

Namun ada peristiwa yang menjadi pencetus keupayaan kami berjaya melaksanakan rukun islam ke-5 ini.

Abah anak kedua dari tiga beradik lelaki rapat-rapat selang setahun. Setiap kali Mak Mertua pergi ke Mekah, dia tidak pernah tinggal mendoakan agar kesemua anak dan menantunya dapat buat Haji sebelum usia 40 tahun.

Doa yang bersungguh-sungguh, ikhlas dan tidak lekang itu didengari Allah swt dan dimakbulkan, alhamdulillah.

Akhirnya Along dan isteri berjaya buat Haji di usia 32 tahun dan Usu serta isteri di usia 34. Ketika itu belum nampak bayang kami dapat ke Mekah untuk buat Haji.

Di usia 39+ tiba-tiba kami terima surat jemputan dari salah sebuah universiti di Saudi Arabia untuk menjadi tetamu mengerjakan haji. Tawaran dibuka untuk 2 calon sahaja dari Malaysia (suami dan isteri). Tawaran ini juga dibuka kepada calon dari negara-negara lain. Surat diterima sudah agak suntuk dan amat memeranjatkan sekali. Persediaan belum dilakukan dan tiada kursus haji bermakna kami perlu cepat belajar sendiri cara-caranya.

Bila difikirkan balik, memang tidak dapat brain langsung. Tiada perancangan, tiada lintasan niat, tiada kewangan yang mencukupi.

Tapi tiba-tiba kami sedang prepare untuk ke Mekah mengerjakan haji. Betapa besarnya keagungan Allah swt. Bila dikatakan jadi maka jadilah ia.

Pakej yang kami terima ialah Pakej VIP. Semua dilayan dengan begitu baik sekali. Tiada masalah langsung. Dari awal jejak kaki di airport sehingga berangkat pulang semuanya bak tetamu khas yang sungguh istimewa. Dua bas penuh tetamu dari serata dunia seperti Jepun, Turki, Amerika, Brazil, Cina, Indonesia dan lain-lain. Kami berdua saja dari Malaysia. Setiap perjalanan ada outrider yang melancarkan urusan, so takde lah jem atau penantian lama dalam sebarang urusan haji. Semua kosnya PERCUMA sejak keluar dari rumah sampai balik semula ke rumah.

Hotel yang dipilih di Mekah dan Madinah memang 5 star hotel. Di Arafah, khemah kami asing. Selesa siap dengan aircond dan ada tandas khas, tak perlu campur dengan orang ramai. Di Mina juga setiap khemah sangat selesa, peralatan cukup, baru dan bersih. Makanan enak dan buah-buahan sentiasa tersedia. Rasa macam dalam syurga pulak. Baik kata semuanya perfect dan amat menggembirakan. Kami juga sempat menikmati jamuan makan malam di istana raja.

Ummi dan Abah berada di sana lebih kurang dua minggu saja. Bila selesai mengerjakan haji dan balik ke Malaysia, dua tiga hari lepas tu Hari Jadi Abah yang ke-40. Sebelas hari kemudian Hari Jadi Ummi yang ke-40 pula.

Ini bermakna kedua-dua kami berjaya mendapat gelaran Haji dan Hajjah sebelum usia 40 tahun, seperti dalam doa Mak. Terima kasih Mak sebab tolong doa dan syukur alhamdulillah ya Allah kerana telah memperkenankan doa Mak.

Di sebalik peristiwa ini, Ummi bertambah yakin akan kekuasaan Allah swt. Kalau ditinjau balik, Ummi tak nampak apa-apa keistimewaan kami untuk terima semua ini. Ummi selalu berkata….”Ya Allah, aku tak baik mana pun. Sebagai manusia biasa, aku masih banyak lakukan dosa kecil dan besar. Kau selalu tutup aibku ya Allah. Tapi, kenapa sampai macam ni sekali Kau hidangkan aku dalam dunia ini. Layakkah aku mendapat anugerah yang hebat ini, ya Allah?”

“Aku amat mensyukuri setiap nikmat dan ujian yang Kau berikan. Doaku moga Kau uji aku, anak cucuku dan semua umat muslimin muslimat dengan sesuatu yang lebih baik. Selamatkan kami di dunia dan akhirat. Satukan kami di Jannatul Firdaus. Amin ya Robb. Thank you Allah….”

sumber : Siti Nadzrah Sheh Omar