Sebagai ibu ayah sejujurnya kita mengharapkan anak-anak yang menuntut ilmu akan berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam setiap peringkat atau sesi pembelajaran mereka.
Sama ada ketika di peringkat sekolah rendah hinggalah ke universiti, setiap kecemerlangan yang diraih oleh setiap anak pasti akan membuatkan ibu ayah rasa bahagia dan tumpang bangga. Sekali gus menjadi inspirasi buat yang lainnya.
Memetik kisah hebat keluarga yang dilaporkan di Sinar Harian ini umpamanya, seorang hafizah yang dikenali sebagai Dr Hanah Alam Faizli, 27 yang berasal dari Shah Alam menerima pelbagai anugerah kecemerlangan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pengkalan Chepa di sini pada Ahad lalu, dianggap cukup luar biasa.
Difahamkan daripada pencapaian kecemerlangan yang diperolehi telah melayakkan Dr Hannah membawa pulang wang tunai keseluruhannya berjumlah RM11,250, sijil dan trofi.
Pencapaian yang diraih adalah Anugerah Kijang Emas (RM5,000), Anugerah Terbaik Projek Tahun Akhir (RM2,000), Anugerah Terbaik Paraklinik (RM1,500), Anugerah Terbaik Latihan Klinikal (RM1,000) Anugerah Kepimpinan (RM1,000) dan Anugerah Kecemerlangan Hill’s Pet Nutrition – Terbaik Peperiksaan Komprehensif (RM750).
Amal Baca Al Quran
Berkongsi rahsia kejayaannya, Dr Hannah berkata, membaca al-Quran pada setiap hari menjadi amalannya di samping memberi tumpuan 100 peratus ketika pembelajaran berlangsung sama ada secara bersemuka atau dalam talian.
Katanya, kejayaan itu bukan sesuatu yang mudah kerana menuntut pengorbanan selama lima tahun atau 10 semesta tempoh pengajian dalam keadaan kekangan
ketika pandemik Covid-19.
“Cuma, amalan saya akan fokus sepenuhnya kepada pensyarah yang ketika mereka mengajar dan mengamalkan bacaan satu juzuk al-Quran pada setiap hari.
“Sesibuk manapun saya akan tetap akan berusaha mencari waktu dan mengaji al-Quran selain berpuasa pada hari peperiksaan berlangsung serta mengamalkan memakan kismis,” katanya ketika ditemui di UMK pada Ahad.
Ads
Hadir sama, ibu bapa Dr Hannah yang merupakan, pasangan bekas pensyarah universiti awam, Rohani Abdul Rahman, 62, dan Alam Faizli Mohd Zain,63.
Dr Hannah sebelum itu menerima kesemua penganugerahan itu pada Majlis Ikrar dan Pendaftaran Ikhtisas Kedoktoran Veterinar Fakulti Perubatan Veterinar, UMK di Kampus Kota, Pengkalan Chepa di sini.
Anak kelapan daripada 10 beradik itu sebelum ini turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja UMK dengan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.94 pada Istiadat Konvokesyen UMK kali ke-10 dan 11 di UMK Bachok pada 20 November lalu.
Hannah juga adalah hafizah yang mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz Quran Hira, Jeram, Selangor ketika berusia 16 dan 17 tahun pada tahun 2010 serta 2011.
“Ibu bapa adalah pendorong kuat dan tulang belakang yang sentiasa bersama saya semasa berdepan kesukaran dalam pelajaran melengkapkan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan Veterinar di UMK.
“Selainnya, dua lagi abang adalah hafiz yang turut membantu serta tujuh lagi adik-beradik berjaya dalam pelajaran turut menjadi pembakar semangat,” katanya.
Minat Haiwan
Mengulas berkait minat terhadap haiwan terutama binatang buas bermula ketika berada di sekolah menengah dan kerap kali menjadi sukarelawan di Zoo Negara Malaysia, Ampang, Selangor.
Ads
“Ketika itu, saya dapat mendekati banyak binatang buas untuk memberikan makanan dan sempat memperoleh pengalaman merawat seekor harimau belang betina bernama Pia yang mengalami muntah.
“Saya juga sangat teruja melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap singa serta menyimpan hasrat membuka sebuah klinik haiwan pada masa depan,” katanya.
Menjaga kanak-kanak sememangnya sukar lebih-lebih lagi jika mereka sudah meningkat umur dan mula panjang akal. Jadi sebagai ibu bapa, kita seharusnya lebih peka dalam menjaga anak-anak lebih-lebih lagi dari faktor keselamatan.
Jangan hanya membiarkan anak-anak bermain tanpa pengawasan kerana di peringkat usia ini, mereka masih belum mengerti akan erti bahaya.
Kisah kanak-kanak maut kerana terkurung dalam mesin basuh sudah banyak kali terjadi dan ini seharusnya menjadi pengajaran buat para ibu bapa semua.
Seperti yang berlaku baru-baru ini, menerusi satu perkongsian di TikTok, wanita bernama Azura Sapari menceritakan detik cemasnya ketika sedang berada di sebuah kedai dobi.
Sewaktu menguruskan pakaian untuk dikeringkan, kebetulan terdapat seorang lagi ibu di sana bersama empat orang anak yang turut menggunakan mesin basuh layan diri yang lokasinya tidak dinyatakan.
Sementara menunggu pakaian siap dicuci di dalam kereta, Azura melihat kanak-kanak berkenaan sangat aktif bermain tolak bakul tanpa ditegur oleh ibu mereka yang ralit bermain telefon.
“Saya masuk baju (dalam mesin) untuk keringkan, kemudian saya masuk kereta yang menghadap bahagian dalam dobi. Jadi masa dalam kereta saya tengok budak-budak tu berlari-lari. Saya biar saja.
“Saya perasan mak mereka asyik melihat telefon. Saya tengok mak dia memang tak ada tegur atau buat apa-apa.
“Saya perhatikan anak-anak dia. Salah seorang duduk atas kerusi, dua orang sedang bermain,” ujarnya.
Pada mulanya Azura melihat salah seorang anak wanita tersebut sedang bermain buka-tutup pintu mesin basuh. Tetapi dia mula berasa bimbang apabila melihat si abang cuba mengangkat adiknya yang kecil untuk dimasukkan ke dalam mesin basuh.
“Ingatkan dia nak main buka tutup pintu saja. Tak terfikir pula dia nak masukkan adik dia dalam tu.
“Jadi saya pun tengok telefon semula sebab masa tu saya tengah video call dengan suami. Masa pandang semula (ke arah dobi) eh ada adik dia dalam tu.
“Saya terus keluar dan beritahu salah seorang kawan lelaki yang ada dekat dobi tu. Kawan saya pun terkejut masa tu. Selepas itu barulah wanita berkenaan perasan yang salah seorang anaknya sudah berada di dalam mesin basuh,” katanya.
Mulalah mak dia menggelepar cari telefon sampai terketar-ketar nak call. Ada juga yang cuba cari spanar untuk ketuk pintu mesin basuh tersebut.
Jelas Azura lagi, wanita itu lantas memarahi anaknya dianggarkan dalam lingkungan usia empat hingga lima tahun sebelum cuba menelefon pemilik dobi tersebut.
Mujurlah tiada sesuatu yang buruk terjadi dan mesin basuh yang terkunci itu boleh dibuka semula dengan selamat, cuma anaknya keluar dalam keadaan berpeluh akibat terkurung.
“Masa tu kita risau oksigen kurang ke apa. Lepas si ibu call tuan kedai barulah dia suruh tutup plug. Selepas beberapa minit pintu boleh dibuka,” imbas Azura lagi.
Tegas Azura, dia berharap agar kisah ini menjadi pengajaran buat ibu bapa di luar sana supaya sentiasa memantau anak khususnya saat berada di tempat awam.
Ibu bapa seharusnya mengutamakan keselamatan anak-anak tidak kira di mana mereka berada kerana risiko dan bahaya sentiasa ada tanpa mengira tempat atau lokasi.
Semoga kisah ini dijadikan ikhtibar buat para ibu bapa agar lebih berhati-hati dan peka terhadap anak-anak.
Tahniah diucapkan buat pereka fesyen terkenal dan pengasas bersama jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin yang selamat menimang cahaya mata kedua selepas isterinya selamat melahirkan anak perempuan kedua mereka.
Rizman mengumumkan perkhabaran gembira itu menerusi laman Instagramnya semalam. Bukan itu sahaja, bahkan bapa penyayang ini juga turut mendedahkan wajah serta nama puteri keduanya.
“Bismillahirahmanirahhim dengan Nama Allah yang maha permurah lagi maha penyayang pemilik sekian alam.
“Alhamdulillah, 11 Ramadan, telah lahir puteri kedua kami yang dinanti, PRINCESS RAINAA,” tulisnya menerusi kapsyen.
Melalui entri yang sama juga, Rizman turut berkongsi makna pilihannya dan isteri, Rainaa yang turut membawa maksud yang indah dan baik.
Meluahkan rasa syukurnya yang tidak terhingga, Rizman turut mendoakan agar perjalanan anak keduanya dipermudahkan malah menjadi anak yang solehah dan baik budi pekertinya kelak.
“Semoga Rainaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama, dan InshaAllah.. yang akan menghuni syurga Allah yang abadi. Amin amin ya rabbalalamin,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan memuji wajah comel Rainaa yang saling tak tumpah seperti kakaknya.
Terdahulu, Rizman dan isteri, Nurida Suraya mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019. Pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan, Rizqaa.
Memang benar, sebagaimana yang dikongsikan oleh pengasas Jamu Ratu Malaya, Bonda Rozita Ibrahim mengenai kisah bagaimana anak-anaknya terutama Datuk Aliff Syukri dan Noor Hayati Kamarzaman (atau dikenali Yati Sendayu Tinggi) menjalani kehidupan susah semasa kecil.
Namun, setelah masing-masing mempunyai identiti tersendiri sebagaimana dengan anak-anaknya lain dengan perkahwinan keduanya.
Baginya, apa jua ujian yang dilaluinya dengan anak-anak dan perkahwinan ia adalah rencana yang Allah tentukan.
Ikuti perkongsian bonda mengenai anak-anaknya yang punya karektor tersendiri.
SETIAP ANAK PUNYA SIKAP BERBEZA.
“Anak saya 6, yang hidup perangai lain2 : Yati Kri Arwah Ani , 3 beradik itu anak arwah AZman , mereka ni anak yg betul2 duduk zaman miskin, cari uban lah sampai buku ketiak kaki bagai digodek si Kri, masa kecik rambut sy paling dia suka mainkan
DULU YATI DAN KRI ANAK ORANG MISKIN…
“Anak ber2 Yati Kri ni byk jasa sejak kecik dgn sy, masak , kemas rumah jaga adik..Anak org miskin ber2 ni bahasa mudah kita ibaratnya “ pembantu rumah “ …maaflah pd anak2 statement ni sekadar iktibar pd org lain
“Anak2 arwah Azman semuanya periang , jiwa kebal, suara nyaring..Kri mulut kata kakaknya “ mmg tak boleh blah” (Kalau xtahan jgn dekat dia , pasti mengena lah ketulang sum2 kita bahasanya tajam menikam dibuatnya)
“Kri kalau tengah berak pun call sy “ Mak sy berak ni , Kalau x berak xda masa call Mak ..Mak pulak semanjang bizy xda masa nak dengar suara sy..”
“Yati agak berjaga mulutnya , bijak dn tertib , suara garau jantan dn ke2 anak ni pembersih rajin
Husnuzon, doa elok-elok pada anak
“Anak Azhar sy dapat ; Ajim Ajah ..Mereka dilahirkan senang dn xbyk benda mereka kerja teruk x dan xrasa jd survivor macam Yati kri..lasak dn kental juga sgt jauh lah mmg xsama ..( anak ni kalau kita cakap lbh2 mereka ingat kita bandingkn ..So senyap lg baik)
“Ain Amani lagi pelik :Ain lembut sgt baik “ hari2 Alquran dn xbanyak dosa budak ni aduh malu lah kita org besar” KRI PANGGIL DIA MALAIKAT SBB BAIK SGT
“Adik sebiji macam sy dn susah kontrol , perangainya husnuzon doa elok2 pd anak2 , bab sembahyang nak kena suruh ..!! Yg si kakak ain masuk Azan solat terus, byk sgt dapat hafal Quran . “Aduhai anak2 ujian , dulu perkahwinan ujian ..Allah punya rencana pd hambaNya.
Dalam pada itu, diruangan komen, netizen mengakui apa yang dikatakan oleh bonda bahawa setiap anak-anak punya rezeki yang berbeza dan bersetuju bahawa bukan senang untuk membesarkan anak-anak.
Begitu lah perkongsian seorang ibu mengenai anak-anaknya. Aura ibu yang hebat akan memberi kesan positif pada diri anak itu.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.