Menyentuh tentang MC atau surat sakit untuk anak-anak, jangan tidak percaya ada sahaja kisah disebaliknya. Dan hal ini dikongsikan panjang lebar oleh doktor ini.
Ada macam-macam kes dan alasan yang tersendiri. Sama-sama kita ambil pengajarannya agar dalam hal mc ini juga dalam tidak sedar kita sebagai ibu ayah sedang mendidik dan membentuk pemikiran generasi akan datang.
Jom baca perkongsian penuh doktor ini.
Sebelum saya mula, saya nak mohon maaf dahulu kepada pihak yang saya nak tegur, iaitu ibubapa pelajar, dan pihak sekolah. Tiada niat selain mahukan yang terbaik untuk pada pelajar.
Beberapa tahun kebelakangan ini, saya lihat pihak sekolah semakin tegas dalam memastikan para pelajar hadir ke sekolah. Itu perkara yang saya harus puji. Kita perlukan ketegasan untuk mendidik.
Saya dikhabarkan oleh kebanyakan ibu bapa pelajar, bahawa pihak sekolah akan pohon penjelasan daripada ibubapa pelajar sekiranya anak mereka tidak hadir ke sekolah.
Jika sakit, perlu beri bukti cuti sakit daripada doktor. Jika ada urusan keluarga seperti kematian, kelahiran, atau keuzuran ahli keluarga, ibubapa perlu kemukakan surat rasmi sebagai dokumentasi.
Saya sebagai doktor, ada perkara saya perlu beritahu. Jujur saya katakan, ramai ibubapa bawa anak datang ke klinik dan paksa doktor beri cuti sakit pada anak, sedangkan anak tu tak sakit.
Ads
Pelajar itu tak hadir ke sekolah kerana ikut keluarga bercuti, ada kerana tak sempat pulang dari kampung kerana jalan raya sesak, ada kerana kenderaan rosak, ada juga kerana kerja sekolah tak siap.
Saya enggan beri cuti sakit, tetapi ibubapa seboleh-boleh merayu, memujuk, memaksa, malah yang sampai mengugut saya, demi untuk dapatkan juga cuti sakit anaknya tak sakit itu.
Lebih sukar bagi saya jika ibubapa itu meminta sijil cuti sakit untuk anaknya, dengan tarikh yang lebih awal daripada hari mereka ke klinik. Kadang-kadang tarikh dua hari awal.
Kenapa saya sibuk nak ketengahkan perkara ini?
Begini. Perilaku ibubapa tadi dilihat oleh si anak. Dia lihat ibubapa dia paksa doktor beri sijil cuti sakit, tawar duit untuk sijil cuti sakit, cuba tipu tarikh pemberian sijil cuti sakit.
Bila pelajar ini dewasa nanti, pastinya sebahagian besar mereka akan rasa amalan ini adalah amalan biasa. Sebahagian besar mereka akan praktikkan juga amalan ni bila mereka dah bekerja kelak.
Ads
Andai saya tolak permintaan ibubapa ni, mereka akan kata pihak sekolah yang minta sijil cuti sakit, dan kalau tak dapat kemukakan, markah terkumpul(carry over) pelajar akan di tolak, atau pelajar akan didenda.
Terus terang, saya tak pasti sama ada dakwaan ibubapa itu benar atau tidak, tapi ramai ibubapa yang mengatakan perkara yang sama. Ramai dakwa, tak semestinya ia benar.
Gambar hiasan
Sungguhpun begitu, jika ia benar, saya rasa ia ketegasan yang agak berlebihan. Jika keuzuran ringan, dan pelajar tidak hadir satu hari, pada pendapat saya, cukuplah surat makluman daripada ibubapa.
Ketegasan berlebihan begini, pada hemat saya tidak mendatangkan hasil yang baik. Jika pelajar tak ke sekolah atas apa-apa sebab, mereka akan minta ibubapa dapatkan cuti sakit.
Akhirnya, ponteng kelas membawa kepada, sikap manipulatif, pemalsuan keuzuran dan sijil cuti sakit, dan inokulasi perilaku-perilaku negatif lain seperti telah dinyatakan awal tadi.
Ads
Kita(semua pihak, termasuk saya, ibubapa, dan pihak sekolah) perlu sama-sama perlu faham bahawa pelajar tidak ke sekolah bukan hanya atas faktor kesihatan semata-mata.
Jika tidak hadir ke sekolah bukan atas faktor kesihatan, ibubapa tak perlu kemukan sijil cuti sakit. Tulis saja surat penjelasan kepada sekolah. Kalau cuti yang dirancang, hantar permohonan cuti awal-awal.
Saya percaya, jika alasan dan tempoh cuti dalam permohonan itu munasabah, maka pihak sekolah tidak akan mengambil apa-apa tindakan disiplin terhadap pelajar berkenaan.
Di alam pekerjaan nanti, ini juga prosedurnya. Pupuklah amalan ini dari bangku persekolahan lagi. Cadangan saya, lagi elok jika surat mohon cuti itu ditulis oleh pelajar, dan disahkan oleh ibubapa.
Jika memang pelajar tak hadir ke sekolah tanpa sebab yang kukuh, maka ibubapa tak perlu cuba melindungi kesalahan itu. Ajarlah mereka bertanggungjawab atas perbuatan mereka sendiri.
Sebelum tamatkan omelan ini, saya mohon maaf sekali lagi daripada pihak-pihak yang terlibat andainya ada hal yang ditulis ini tidak tepat. Saya terbuka untuk diperbetulkan.
Ibu dan ayah kita tentunya telah lakukan yang terbaik dan cemerlang untuk kita sebagai anaknya.
Pun begitu setelah kita berjaya dan cemerlang dalam hidup apa pula khidmat kita dapat lakukan untuk ibu ayah tercinta. Apatah lagi andai orang tua kini sudah kembali ke pangkuan Ilahi.
Jom semak perkongsian ini untuk dijadikan renungan bersama.
DIDIK ANAK CEMERLANG
Ayah gemar bercerita kejayaan anak. Secara relatif banyak kejayaan akademik dan kerjaya telah saya capai.
Sebahagiannya sempat diceritakan oleh ayah kepada keluarga yang hampir serta sahabat beliau yang lain.
Barangkali kedai kopi yang menjadi lokasi wajib harian menjadi saksi. Tentu sekali ayah berbangga dan puas hati dengan kecemerlangan – akademik dan kerjaya – anak lelaki beliau ini.
Malah saya fikir ramai ibu bapa yang lain juga akan berbangga dengan anak sendiri jika anak-anak jauh lebih berjaya berbanding percapaian masa lampau mereka.
Ayah sudah meninggal.
Lebih 20 tahun al-marhum dijemput pulang. Kisah kehidupan dunia berakhir.
Apa yang sedang berlaku di alam kubur tidak dapat saya tulis secara khusus.
Sudah hancurkah tulang belulang ayah? Apakah tanah menghimpit beliau? Gelap gelitakah suasana kubur ayah? Berapa lama beliau akan berada di sana?
Masih mampukah beliau bercerita bangga “kejayaan anak lelaki” ini kepada ahli kubur yang lain?
Jawapan kepada soalan ini sangat mudah. Tentu sekali tidak. Masing-masing bersendirian menghadapi kehidupan baru.
Kejayaan anak-anak yang telah dicapai secara khusus di dunia tidak dapat membantu al-marhum selepas meninggalkan kehidupan dunia.
Sungguh, kita sering kali mendengar kutipan Rasulullah SAW bersabda melalui riwayat Muslim yang bermaksud,
“Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya”
Akhirnya – jika dipermudahkan – kejayaan anak-anak semasa di dunia bukan hanya setakat berjaya di dalam dunia akademik dan seterusnya membina kerjaya kehidupan yang cemerlang.
PhD, JUSA, ahli senat, Dekan atau Pengarah – akhirnya – tidak benar-benar bernilai jika saya tidak tergolong sebagai anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.
Jika saya tidak mengamalkan segala nasihat ayah maka hilanglah ilmu bermanfaat yang berguna untuknya pada ketika ini.
Ukuran kecemerlangan akademik dan kerjaya kelihatan susut dengan pantas sekali selepas ayah meninggal.
Khasiat kurma cina juga sering disebut-disebut bagus untuk kesihatan tubuh badan dan dapat membantu memberi lebih tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan untuk kekal aktif dan sihat.
Namun begitu tidak semua antara kita biasa mengamalkan pengambilan kurma cina ini berbanding rempah atau herba seperti halba, cengkih dan sebagainya sedangkan khasiatnya cukup luar biasa.
Antara khasiat yang terkandung di dalam kurma cina menurut kajian yang dikongsikan di klikdokter adalah seperti berikut :-
Meningkatkan imuniti tubuh
Melawan pertumbuhan sel kanser
Melancarkan dan memelihara saluran pencernaan
Menibgkatkan kualiti tidur dan mencegah insomnia
Memelihara fungsi otak
Mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah
Mencegah penyalit berkaitan hati
Meningkatkan kesihatan kulit
Mengetahui betapa banyaknya kebaikkan kurma cina ini untuk kesihatan, apa kata anda amalkan untuk minum air rebusan kurma cina ini seperti mana yang diamalkan oleh Fairuz Azmi.
Menurut perkongsiannya, air rebusan ini bagus untuk membuang angin dalam badan dan sekali gus dapat menjadikan tubuh badan lebih bertenaga dan tidak mudah letih.
Bagi anda yang ingin mencuba di sini di kongsikan cara untuk menyediakan air rebusan tersebut, selamat mencuba.
Resipi Air Rebusan Kurma Cina Untuk Lebih Bertenaga
Bahan-bahan:
Air 4 mug
Kurma cina segenggam
Halba 1 sudu besar
Halia ketuk 2 inci
Gula batu Secukup rasa
Cara Buat :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masak sampai mendidih.
Kemudian tuang dalam cawan dan minum panas-panas.
Ekstra info : Air rebusan ini boleh guna untuk 3-4 kali minum. Contoh : Malam ini saya rebus dalam periuk, tuang dalam cawan untuk minum. Kemudian saya tutup periuk tu elok-elok. Esok malam saya akan panaskan sahaja. Ulang sampai 3-4 hari. Lepas tu baru tukar bahan yang baru.
Siapa sahaja yang tidak rasa segan atau malu bila pertama kali berjumpa dengan seseorang. Lainlah jika dengan adik beradik sendiri. Meskipun telah berpuluh tahun tidak berjumpa atas alasan tertentu, andai dapat peluang bersua dan berkumpul sesama adik beradik pasti itu menjadi detik yang cukup menggembirakan.
Namun lain pula kisahnya bila dua beradik ini yang sedari kecil telah ‘dipisahkan’ asbab ibu ayah mereka sudah tidak sehaluan.
Seorang dibawa bersama ayah, dan seorang lagi dibesarkan oleh ibu. Terpisah dek jarak dan waktu hingga 13 tahun lamanya tanpa berhubung.
Baru-baru ini Nur Izzatie ada berkongsi rakaman video yang memaparkan pertemuan anak buahnya yang merupakan pasangan adik beradik dengan disaksikan oleh keluarga terdekat.
Apa yang menarik perhatian hingga tular di aplikasi Tik Tok video ini, melihat reaksi di mana adik beradik tersebut malu-malu bila kali pertama bersua muka.
Difahamkan bahawa budak lelaki tersebut sebelum ini dijaga oleh bapanya di Kelantan manakala adiknya perempuannya pula dibesarkan oleh ibunya yang menetap di Perak.
Bercerita lanjut, pertemuan penuh bermakna itu digerakkan oleh seorang pakcik sebelah keluarga ayah mereka memandangkan sudah terputus hubungan sekian lama.
Lantaran itu dia berhajat untuk menemukan dan menyatukan semula dua beradik ini kerana kedua-duanya sudah pun meningkat remaja. Sekali gus bagi memastikan mereka kenal antara satu sama lain.
Turut dikongsikan video pertemuan si abang dengan ibu kandungnya setelah sekian lama tidak bersua muka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dan tumpang rasa gembira dengan usaha yang dilakukan oleh keluarga ini bagi menemukan kembali dua beradik yang telah terpisah sejak kecil. Ramai juga yang turut mendoakan agar silaturrahim yang terjalin semakin erat.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.