Ibu ayah adalah insan yang paling penting dalam kehidupan anak-anak, justeru itu setiap tindakan yang anak ingin lakukan perlulah mendapat keizinan daripada ibu ayah untuk menandakan kita adalah anak yang taat, pandai menghormati dan menghargai ibu ayah.
Apatah lagi dalam soal mencari dan mimilih jodoh, restu ibu ayah itu sangat bermakna dan penting. Tidak keterlaluan juga bila ada yang mengatakan, kunci kebahagiaan dan kehidupan yang berkat dalam rumah tangga adalah dengan adanya restu ibu ayah.
Pun bagitu, atas alasan cinta tidak dinafikan wujud juga anak-anak yang sanggup mengetepikan nasihat ibu ayah hingga menyebabkan berlakunya perkahwinan tanpa restu. Berkahwin secara ‘senyap-senyap’ dan tahu-tahu sudah pun bernikah dengan pilihan hati.
Benar, restu ibu bapa bukanlah syarat sah perkahwinan namun mengabaikan perasaan ibu ayah pasti akan melukakan hati mereka. Sedangkan, sebagai anak perlu mengutamakan ibu bapa kerana Islam meletakkan kemuliaan ibu bapa selepas taat Allah SWT dan Rasul.
Ini sebagaimana Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” Riwayat at-Tirmizi
Dalam memilih jodoh, ini dijelaskan sendiri oleh pendakwah Ustaz Azhar Idrus, walaupun ibu bapa tidak boleh memaksa anak berkahwin dengan pasangan yang dipilih kecuali bagi wali mujbir, Ustaz Azhar menasihatkan anak muda agar tidak mengetepikann pandangan ibu ayah dalam bab memilih jodoh.
“Jika tiada restu ibu bapa itu berkaitan dengan agama, misalnya pasangan itu tidak baik perangainya maka kita perlu mematuhi nasihat ibu bapa.
“Jika pasangan pilihan kita baik agamanya, tetapi ibu bapa tidak menyukai seseorang yang baik pegangan agama maka kita boleh mendahulukan pilihan sendiri dan kemudian memujuk ibu bapa.
“Namun jika pilihan ibu bapa dan pilihan kita kedua-duanya baik dari segi agama, kita perlu berkahwin dengan pilihan ibu bapa kerana konsepnya tiada ibu bapa maka tiadalah kita,” katanya menerusi saluran YouTube rasmi, Ustaz Azhar Idrus Official.
Pendakwah itu turut menambah, perkahwinan anak lelaki dengan pasangan tidak direstui ibu bapa tetap sah kerana lelaki tidak memerlukan wali.
Tetapi keputusan berkahwin dengan calon yang tidak disukai orang tua adalah sesuatu yang perlu difikirkan sedalam-dalamnya.
“Jika kita meletakkan diri sebagai bapa, sukakah jika anak melawan cakap dan berkahwin dengan orang yang tidak kita sukai? Tentunya ramai tidak akan melakukannya.
“Justeru jika kita tidak mahu anak melakukan hal sebegitu maka elakkan berbuat sedemikian kepada ibu bapa pada hari ini. Jika tetap melakukannya ia dikatakan mementingkan diri sendiri,” katanya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Bagaimanapun bagi lelaki yang mengahwini pasangan tanpa restu tetapi pasangannya itu baik dan ibu bapa hanya terpedaya dengan fitnah pelbagai pihak, carilah jalan keluar menjernihkan keadaan.
“Jika pilihan kita itu sebenarnya baik dan ibu bapa kita hanya mendengar fitnah orang, maka perbaiki keadaan. Pujuk kedua-dua orang tua dan terangkan dengan baik. Tunjuk kesungguhan bahawa dengan pasangan itu kita berupaya mengecapi kebahagiaan, insya-ALLAH pada satu masa mereka akan merestui,” katanya.
Menurut Ustaz Azhar, dalam hal perkahwinan, ramai yang menjadi ‘buta’ tanpa seseorang itu menyedarinya. Beliau menasihatkan anak muda agar tidak mengenepikan kedua ibu bapa dalam mengejar pilihan hati.
“Apabila seseorang wanita menyukainya, beliau sudah menjadi ‘buta’. Apakah maksud buta itu? Beliau tidak lagi mendengar cakap (mentaati) ibu bapa. Cinta itu membutakan.
“Bercintalah tetapi tetap taat kepada ibu bapa. Ramai orang jatuh cinta terus tidak kenal (taat) kepada ibu bapa. Apa yang pasangannya mahukan itu lebih utama daripada ibu bapa. Itu namanya orang buta,” katanya.
Sumber : Youtube ustaz Ahar Idrus Oficial & Sinar Plus
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI