Menjalani hari-hari selepas ketiadaaan pasangan, pasti sahaja itu merupakan saat yang menyedihkan dan detik sukar untuk ditempuh. Rasa cinta dan kasih yang tercurah selama ini tidak bersambut lagi.
Meskipun bukan mudah menelan peritnya kehilangan, ambillah masa untuk merawat kedukaan hati namun jangan sampai keterlaluan.
Lazimnya akan sampai satu tempuh waktu, ditemukan dengan insan lain untuk berkahwin jika itu takdirnya. Pun begitu bukanlah kerana cinta dan sayangnya pada arwah sudah tiada dihati.
Mana mungkin seseorang itu dapat melupakan cinta hatinya yang selama ini hidup bersama dalam suka dan duka. Pasti banyak momen tercipta yang kekal dalam ingatan selamanya.
Bila Nora Kahwin Lain
Pun begitu, kongsi Muhammad Hassan, kadang-kadang pelik masyarakat kita. Agaknya turun temurun jenis hasad dengki ni tak boleh buang. Yang peliknya sama kaum sendiri.
Saya baca komen-komen terhadap status Penyanyi Nora yang telah berkahwin dengan rakan arwah suami sendiri . Ada yang kata:
“Ingatkan Nora tak kahwin dah, semasa suami dia meninggal menangis beria-ria”
“Dulu berapa kali pengsan mengenangkan arwah suami sebab terlampau sayang, lama-lama hilanglah sayang”
Ada yang siap tag pasangan lagi. Nanti jika saya mati, awak jangan mengada nak kahwin lagi tau!.
Allah.. bila saya baca ni, mudahnya orang kita menghukum dan menulis tanpa sedikit pun fikir soal hati orang lain.
Soal jodoh, mati, rezeki ni semuanya dalam rahsia Allah. Tiada sesiapa pun boleh tentukan.
Berkahwin Lain Bukan Kerana Tidak Sayang Arwah
Tiada syarat seseorang itu sayang kepada pasangan yang telah meninggal tidak boleh kahwin. Dan bukan bermakna apabila berkahwin lagi tanda tidak sayang atau melupakan.
Soalah olah apabila suami meninggal menjadi satu aib pula bagi wanita untuk berkahwin lagi. Hairan saya dengan masyarakat kita. Dari dulu sampai sekarang mentaliti ini masih wujud.
Sedangkan sayang kepada simati itu bukan bermakna tidak akan kahwin lagi. Sayang kepada si mati, kita akan berbakti kepadanya dengan menjaga amanah atau wasiat yang telah si mati tinggalkan.
Ubat Kerinduan Dengan Berbakti
Rasulullah s.a.w tersangat sayang kepada Saidatina Khadijah r.ha, bahkan apabila Rasulullah s.a.w kahwin dengan isteri-isteri lain, sikit pun tidak melupakan Khadijah r.ha.
Pernah satu ketika. Apabila RASULULLAH S.A.W berada bersama Aisyah r.ha dirumah. Kakak kepada Khadijah R.ha datang ke rumah untuk Ziarah Rasulullah s.a.w. Kakak Khadijah r.ha memberi salam. Rasulullah s.a.w terbangun. Dan menyahut salam. Adakah itu Khadijah? . Kerana suara kakak Khadijah hampir sama dengan arwah. Kerinduan Rasulullah s.a.w terhadap Khadijah r.ha sangat kuat.
Dan setiap kali Rasulullah s.a.w sembelih kambing atau unta. Rasulullah s.a.w tidak akan lupa untuk agihkan daging-daging ini kepada rakan-rakan Siti Khadijah. Kerana ingin terus berbakti walaupun kekasih hati telah pergi. Sehinggakan Aisyah r.ha merasa cemburu dengan Khadijah r.ha.
Inilah bukti cinta dan sayang kepada pasangan yang telah meninggal dunia. Bukan kita menyiksa, meratapi kematian dengan menangis setiap masa. Bahkan Islam melarang perbuatan ini.
Buanglah sifat hasad dengki kita itu. Buanglah sifat iri hati kepada orang lain. Buanglah mentaliti kolot ini. Tanda-tanda kita tidak bahagia apabila kita tidak senang melihat kebahagiaan orang lain.
Sumber : -EncikMatt-
Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!
ARTIKEL MENARIK : “Orang Nak RM100,000 Kita Tak Jual…” Penjual Pokok Keladi Hiasan Ni Sayang Keladi Jenis Guine 916 Gold
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!