Berat bagi ibu atau ayah untuk menerima hakikat bahawa zuriat yang dinantikan selama ini tergolong dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU). Namun siapalah kita, Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui segala yang ditetapka OlehNya. Bagaimanapun, hidup mesti diteruskan dan menjadi tanggungjawab untuk membesarkan mereka.
Tidak kurang juga bagi doktor selebriti, Dr Say Sazril berkongsikan cerita yang dia telah pun menerima Kad OKU untuk anak sulungnya, Aezriel atau Ace.
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Dr Say di laman Instagram miliknya yang mengatakan pelbagai perasaan bermain di hatinya saat menerima kad tersebut bagi pihak anaknya yang merupakan kanak-kanak autism.
“Saya daftar untuk kad OKU Ace pada Januari 2023. Sabtu baru ni saya check online & kad OKU Ace ready untuk dituntut. Empat bulan untuk kad OKU siap.
“Terus terang cerita bila nak ambil kad OKU hari ini terasa sangat berat, rasa macam ‘aku dah bersedia ke nak pegang kad ni untuk anakku?’ tapi saya gagahkan jua sebab saya juga yang apply kad OKU tu.
“Sampai kat JKM Sepang, sepi takde orang lain. Macam suasana dicipta untuk sy soaked in yg anak sy istimewa, anak sy kelainan upaya & ini buktinya. Bila kad OKU dihulurkan kat sy, sy ucap terima kasih kat pegawai JKM & terus sy meluru masuk kereta,” tulisnya.
Tambah Dr Say atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin, dia tidak pernah berasa malu dikurniakan anak kurang upaya sebaliknya cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik untuk Ace contohnya seperti Kad OKU tersebut yang akan memberi beberapa kelebihan buat anaknya itu kelak.
“Dalam kereta sy amati elok2 kad OKU tu. Besar2 tulisan KAD OKU. Ada nama penuh Ace, ada kategori ketidakupayaannya & ada gambar Ace senyum yg cukup suci, ikhlas & naive. Berjurai air mata sy. Sy taktau sebab apa.
“Nak kata sy malu pegang kad OKU ni sikit pun tak, sebab sy tahu kad inilah yg boleh menjadi bantuan terunggul kepada Ace sekiranya sy atau wife tiba2 tiada di dunia ni. Nak kata sy sedih anak sy OKU juga tak sebab OKU doesnt mean dia tak boleh enjoy the world like other kids do. Sy serius taktahu kenapa sy sayu tapi it took me quite some time to accept that my son is now “OFFICIALLY” different” tambahnya.
Dalam pada itu, Dr Say juga ada berkongsi kad OKU yang dimiliki anaknya itu mempunyai pelbagai kelebihan antaranya pengecualian daripada membuat bayaran untuk MyKad, pengecualian bayaran rawatan perubatan serta mendapat kemudahan serta keistimewaan akses untuk melancong atau mengembara ke luar negara daripada syarikat penerbangan.
“Sy tahu mesti ramai persoalkan “kenapa buat kad OKU tuk Ace, kesian dia” well kalau kalian tak tahu, kad OKU ni ada banyak keistimewaannya antaranya pengecualian bayaran MyKad, pengecualian bayaran rawatan perubatan, butterfly effect bila travel tapi ULTIMATUMnya adalah sekiranya penjaga anak OKU meninggal, kad OKU lah yg akan menjadi hak yg sepatutnya anak istimewa kita dapat.
Kalau anda atau anak anda OKU, jangan malu, jangan segan sebab kerajaan betul2 nak tolong kita dengan pelbagai kelebihan & keistimewaan sebagai pemegang kad OKU. My son has an OKU card & i am content.” jelasnya.
Sumber : Instagram Dr Say