Jodoh itu rahsia Allah, tiada siapa yang tahu. Begitu juga kisahnya buat pasangan ini yang selepas 21 tahun bercerai, namun siapa sangka jodoh mereka sangat kuat apabila bertaut kembali sebagai pasangan suami isteri buat kali kedua.
2002 Bawa Haluan Sendiri
Ikatan perkahwinan pertama dibina Hawazalina Mohd Othman, 46, dan Mohd Ezwani Ahmad Nazeri, 45, selama dua tahun terlerai pada Jun 2002 sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.
Kisah mereka mendapat perhatian di TikTok apabila Hawazalina yang mengambil tempahan dan mengajar seni mengait berkongsi video di akaun sosial itu, baru-baru ini.
Hawazalina berkata, selepas berpisah mereka berkahwin lain dengan pasangan masing-masing, namun perkahwinan itu tidak bertahan lama.
Menurutnya, sepanjang perpisahan selama hampir 21 tahun, mereka tidak pernah berhubung atau bertemu kerana sudah mempunyai hidup sendiri.
“Saya berkahwin dengan bekas suami kedua pada 2008 sebelum berpisah pada 2019 dan kami mempunyai tiga anak, manakala suami pula berkahwin bersama bekas isteri keduanya pada 2007.
“Suami kemudian berpisah dengan isterinya pada 2018 serta turut mempunyai tiga anak dan kami tidak pernah berhubung ketika itu,” katanya yang tinggal di Kampung Jawa, di sini, ketika dihubungi, baru-baru ini.
Hawazalina berkata, hubungannya dengan suami kembali terjalin pada 22 Februari lalu iaitu dua hari selepas ibunya meninggal dunia apabila Mohd Ezwani mengucapkan takziah di hantaran Facebook (FB) selepas diberitahu rakan mereka.
“Pada mulanya saya tidak mengecam wajah suami sebab susah terlalu lama tak berjumpa dan wajahnya juga sudah berubah sehingga adik saya yang mengecamnya.
“Suami kemudian mahu menjadi rakan di FB dan sejak itu kami mula berhubung dan ketika itulah kami baru tahu kisah masing-masing.
“Suami kemudiannya cakap, kenapa tidak kami bersatu kembali dan saya bersetuju dengannya,” katanya.
Ads
Ads
Setuju Perkahwinan Semula
Katanya, dia tidak mengambil masa lama untuk bersetuju kerana mengakui percaya dan yakin bahawa Mohd Ezwani mampu menjaganya hingga ke akhir hayat selain perpisahan sebelum ini bukan kerana mereka mempunyai masalah.
“Perpisahan kami sebelum ini kerana faktor sangat peribadi, tetapi sepanjang perkahwinan kami sebelum ini suami seorang yang baik dan bertanggungjawab. Saya percaya suami masih sama seperti 21 tahun lalu.
“Semua anak dan keluarga kami juga menerima keputusan (perkahwinan semula) ini. Sejujurnya memang agak kekok kerana sudah lama tidak bertemu, tetapi apa yang saya harapkan perkahwinan semula ini akan kekal selamanya hingga akhir hayat kami,” katanya.
Usahawan dan juga hos, Neelofa berkongsi foto kamar anak lelakinya, Muhammad Bilal membuatkan ramai teruja.
Isteri kepada pelakon dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz itu turut berkongsi akan pulang ke rumah pada ruangan di Insta Story.
Sebelum itu, Datin Noorkartini Noor Mohamed Yang juga ibu Neelofa memuatnaik beberapa sajian berpantang seperti lauk pauk yang diperap dan bubur nasi yang disediakan untuk anaknya dalam pantang.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Sememangnya sejak awal lagi rata-rata peminat tidak sabar dan teruja. Malah meluahkan tidak sabar melihat wajah anak sulung pasangan ini.
Pada zaman yang canggih dan moden seperti kini, siapa sahaja yang tidak menggunakan media sosial? Baik tua mahupun muda. Semua orang kenal akan media sosial tetapi masih ada yang tidak tahu cara menggunakan media sosial atau alam maya dengan betul.
Baru-baru ini, pelakon KL Gangster, Datuk Aaron Aziz telah berkongsi cara didikan keselamatan anak-anak remajanya di talian bersama isterinya, Datin Diyana Halik, di sesi temubual bersama Ketua Dasar Awam Instagram, Rantau Asia Pasifik, Philip Chua dan pelakon dan pengacara, Daphne Iking.
Ini sebagaimana memetik laporan Harian Metro, difahamkan Aaron Aziz telah memberi sebuah mesej yang memberitahu bahawa ibu bapa tidak patut menyekat anak-anak mereka daripada menggunakan media sosial malah mereka sendiri juga menggunakannya. Ini akan menimbulkan perasaan ketidakadilan di kalangan anak. Jadi, ibu bapa hanya perlu memantau sahaja.
“Isteri selalu periksa dan kita juga ‘ambush’ apa dia (anak) buat dalam bilik, lihat berbual dengan siapa… Alhamdulillah setakat ini semua baik cuma perlu mengawal dan mengingatkan langkah keselamatan apabila menggunakan media sosial” kata beliau.
Daphne Iking juga turut berkongsi kebimbangan anaknya ketika menggunakan media sosial terutamanya terhadap buli siber dan “online predator”. Anaknya juga pernah dihantar gambar kemaluan seorang lelaki di akaun Instagram. Walaubagaimanapun, Daphne tidak menyekat penggunaan media sosial tetapi menekan keselamatan di alam maya dengan tidak mendedahkan butiran peribadinya.
Philip Chua berkata bahawa pihak Instagram telah melancarkan Alat Pengawasan Ibu Bapa dan Pusat Keluarga sebagai inisiatif berterusan untuk mengiklankan keselamatan remaja dalam talian yang akan bermula 16 September ini.
“Kemas kini terbaru ini adalah sebagai inisiatif penambahbaikan yang sudah kami lakukan sepanjang tahun lalu. Ia boleh melihat siapa yang diikuti anak dan siapa yang mengikuti mereka, had masa harian dan rehat yang dijadualkan sepanjang minggu untuk membantu remaja mengimbangi masa mereka di Instagram. Selain itu anak boleh memberitahu ibu bapa sekiranya mereka membuat laporan di Instagram supaya ia boleh dibincangkan bersama” kata Philip.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada para pembaca semua. Keselamatan remaja dan kanak-kanak dalam talian adalah sangat penting bagi memastikan penggunaan media sosial adalah dengan cara yang betul dan selamat.
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Tak boleh nak bayangkan, sepatutnya hari diijab kabul dengan pasangan menjadi hari paling bahagia dan diingati menjadi duka apabila ibu tersayang pergi di hari yang sama.
Itulah yang dialami oleh seorang wanita ini bernama Ika yang kisahnya dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Mawie Khaili, baru sahaja setengah jam bergelar isteri terpaksa menerima hakikat ibu tersayang pergi meninggalkan mereka semua.
Menerusi video berkenaan, pengguna TikTok itu menceritakan bahawa sahabatnya telah bergegas ke hospital apabila mendapat khabar bahawa ibunya dalam keadaan kritikal setelah selamat bernikah dengan jejaka pilihan.
Namun, sesampainya dia di hospital, ibu tersayang sudahpun menghembuskan nafas yang terakhir.
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah kekuatan wanita bernama Ika itu yang tabah menguruskan segala hal dengan masih berpakaian pengantin.
Dia juga turut kembali ke majlis persandingannya untuk menghormati tetamu terutamanya keluarga dari Singapura dan Indonesia walaupun baru sahaja kehilangan insan paling disayangi pada hari bahagianya.
Pengguna TikTok itu juga turut berkongsi video ayah kepada Ika yang berkerusi roda namun tetap menemani perjalanan terakhir allahyarham isteri sehingga jenazah dikebumikan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata akui sebak dengan momen yang dikongsikan kerana ada diantara mereka pernah mengalami nasib yang sama. Malah, mereka juga turut mendoakan agar allahyarham ibu kepada Ika ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan berharap ahli keluarga yang ditinggalkan tabah menerima ujian daripada Allah S.W.T.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...