Berjimat Sudah, Menabung Pun Sudah. Tapi Ketahui Juga Ada Cara Lain Yang Boleh Pastikan Masa Depan Keluarga Lebih Terjamin!

Share

Menyentuh tentang perancangan kewangan keluarga, semua antara kita sedia maklum akan kepentingannya. Wang gaji atau sumber pendapatan keluarga yang diperolehi perlu diurus sebaiknya oleh suami sebagai ketua keluarga. Bahkan tidak ada salahnya bila suami turut melantik isterinya sebagai ‘Penasihat Kewangan’ dengan tujuan untuk sama-sama dapat mengurus dan merancang kewangan agar lebih teratur.

Apatah lagi bila memikirkan perlu menyediakan sumber kewangan yang secukupnya untuk pembiayaan sekolah anak-anak dari tadika hingga ke menara gading. Jika ingin dihitung, bukan suatu jumlah yang sedikit diperlukan. Begitu juga perlu berjimat dan menabung untuk membuat persiapan diri bagi menempuh waktu persaraan yang lebih selesa kelak.

Hakikatnya, apa sahaja perancangan mahupun persiapan kewangan masa kini yang kita laksanakan akan menentukan bagaimana kehidupan yang akan kita lalui kelak. Sama ada lebih memudahkan atau sebaliknya.

Ini seiring dengan pepatah Melayu, “Sediakan payung sebelum hujan”. Jadi andai pula berlaku sesuatu yang tidak diingini pada diri, sekurang-kurangnya kita boleh mempersiapkan ‘bekalan’ untuk keluarga yang ditinggalkan agar mereka dapat terus dilindungi dan menjalani kehidupan tanpa perlu memikul beban kewangan akibat kegagalan kita merancang peninggalan legasi yang baik.

Rancang Masa Depan Dengan Pelan A-Life Legasi

Perancangan kewangan yang baik, bermula dengan pengurusan legasi yang betul. Menyedari akan kepentingan pengurusan legasi bagi sesebuah keluarga, AIA PUBLIC Takaful Bhd.  (AIA PUBLIC Takaful) memperkenalkan A-Life Legasi, sebuah pelan takaful keluarga yang dapat membantu memastikan masa depan orang tersayang dilindungi melalui pengurusan legasi yang baik.

Legasi itu sendiri membawa maksud pemberian yang diwarisi daripada generasi sebelum ini. Legasi yang ditinggalkan sering kali dikaitkan dengan pengakhiran, tetapi sebenarnya, ia adalah permulaan kepada era baru yang lebih terjamin.

 Hibah Ringankan Beban Keluarga Teruskan Hidup

Istimewanya pelan A-Life Legasi ini selain patuh syariah, ia memberi perlindungan terhadap kematian akibat kemalangan atau semasa mengerjakan haji atau umrah termasuk juga perlindungan hilang upaya menyeluruh dan kekal.

Pelan ini bertindak sebagai salah satu kaedah pengurusan harta yang menawarkan nilai perlindungan minimum sebanyak RM350,000 dan akan membayar sehingga 6 kali ganda jumlah yang dilindungi dalam bentuk hibah kepada orang yang tersayang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Malah pelanggan juga boleh mendapatkan perlindungan hingga RM4 juta tanpa perlu menjalani pemeriksaan kesihatan. Fungsi hibah melalui pelan takaful ini akan menjadi legasi untuk diwarisi oleh anak-anak dan pasangan agar mereka dilindungi dari aspek kewangan dan tidak terus dibebani akibat kemalangan atau pemergian yang tidak diduga.

Berganda Wang Simpanan Dengan Akaun Legasi

Tidak dinafikan, pelan ini juga memberi peluang keemasan untuk kita meningkatkan simpanan melalui ganjaran yang berterusan dan amat rugi kiranya dilepaskan begitu sahaja. Sebagai contoh agar lebih mudah difahami berkenaan keistimewaan pelan A-Life Legasi ini; jika pelanggan mengamalkan tabiat pengurusan kewangan yang baik yakni membuat caruman dalam tempoh ditetapkan, sejumlah amaun akan dikreditkan ke dalam Akaun Legasi setiap 2 tahun, pada tahun ke 20 dan pada tempoh sijil matang.

Di samping itu, sekiranya pelanggan berkahwin, menimang cahaya mata, bersara atau mencapai peringkat kehidupan lain, sehingga 50% daripada jumlah Akaun Legasi yang terkumpul akan dibayar kepada pelanggan.

Amal Jariah Bekalan Akhirat

Satu lagi keunikan pelan A-Life Legasi ini adalah ciri amalnya yang menyediakan saluran mudah kepada para pelanggan untuk menyumbang dan menginfaqkan faedah Takaful secara berterusan kepada komuniti dan golongan yang memerlukan.

Pelanggan boleh memilih untuk menyertakan manfaat tambahan (rider) A-Plus Infaq kepada pelan asas A-Life Legasi dan berkongsi legasi yang dibina bersama badan-badan amal pilihan pelanggan atau rakan amal rider iaitu Mercy Malaysia dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Ini bermakna andai pelanggan meninggal dunia atau mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal, amaun perlindungan rider akan disalurkan terus kepada badan amal tersebut tanpa memerlukan bantuan pihak luar.

Dengan adanya pelan menyeluruh seperti A-Life Legasi ini, ia bukan sahaja memudahkan kita untuk membuat persiapan kewangan yang mantap untuk diri dan tersayang, bahkan secara tidak langsung dapat membantu kita memungut saham akhirat melalui sedekah jariah kepada masyarakat.

Apa yang penting adalah kita perlu niat dan berusaha untuk melakukan yang terbaik sebelum berserah kepada ketentuan Ilahi. “Usaha dengan Takaful, Pelengkap Tawakal Anda”

Untuk maklumat lanjut mengenai A-Life Legasi dan A-Plus Infaq serta penyelesaian dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh AIA PUBLIC Takaful, layari:

Laman web: https://www.aia.com.my/

Facebook: https://www.facebook.com/aiapublictakaful/

Instagram: https://www.instagram.com/aiapublictakaful/