Mendapatkan berat badan yang ideal mungkin mudah bagi mereka yang belum berkahwin atau jenis yang metabolisme tinggi. Namun bagi yang sudah berkahwin dan memiliki anak, perubahan pada bentuk badan tidak dapat nak dielakkan.
Jika ada yang mampu kekal idea itu satu bonus buat mereka. Tak perlu susah payah nak berdiet kan. Bagi yang terpaksa berdiet, mungkin terpaksa menahan nafsu makan terutama bagi makanan kegemaran mereka yang mempunyai kalori tinggi dan sebagainya.
Tapi sebenarnya, ada satu jenis diet di mana seseorang itu tidak perlu betul-betul ‘diet’ pun, tapi masih boleh makan cuma dengan cara yang berbeza.
Perkongsian dari Kak Xara mungkin dapat membantu anda. Jom kita baca!
Hai hampaaa..
Kak Xara nak share macam mana Kak Xara turun berat dari 56kg ke 46kg.. Kak Xara tak ada la diet mana pun sebab Kak Xara tak boleh kalau tak makan nasi.. So Kak Xara pilih diet yang boleh makan nasi.. ??
Kak Xara buat DIET RENDAH KALORI.. Kalau nk buat diet ni hampa kena kira sikit jumlah kalori yang hampa perlu sehari.. Cara nak kira Kak Xara buh kat bawah.. Make sure tengok gambaq smpai habis tau sbb hampa kena kira kalori kalau nak buat ni..
Diet ni cadangan hampa mkan nasi dari beras perang tu tapi Kak Xara tibai ja nasi putih tu.. Tak banyak la maakn.. Lauk tu lagi banyak dari nasi la.. Sayur benda penting dan wajib ada setiap kali Kak Xara makan..
JANGAN SKIP SARAPAN ✔️
Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Tapi jangan la hampa tibai nasik lemak 3 bungkus..
SAY NO TO MAKAN MALAM
Maksud tak makan malam ni bukan tak boleh makan terus.. Kalau nk makan berat sikit hampa makan sebelum pukul 8.. Lepas pukul 8 makan untuk kunyah manja ja.. Macam apple hijau.
SAY NO TO MINUMAN MANIS
Pastu Kak Xara memang tak amik minuman manis.. Dah dekat setahun Kak Xara minum ayaq kosong ja.. Tapi kadang2 ada jgk tersedut ayaq manis sikit.. Sikit ja tak banyak pastu insaf sat.. hehe
SAY NO TO ICE
Yang ni betoi2.. Dulu Kak Xara klau p kedai mkn.. Wajib order ais 1 cawan asing sbb seronok dok pepak/gigit ais.. Nikmat weyh.. Tapi semenjak perut koi kedepan.. Buat sit up pon tak menjadi.. Kak Xara stop amik ais.. serius wey menjadi.. Perut kempis.. (ada yg kata ais tak menggemokkan.. tapi Kak Xara tak amik ais untuk elak Kak Xara tak minum minuman manis. sbb dua2 ni mcm combo.. wajib.. spa nk minum ayaq sirap tak buh ais.. so ni slh satu cara nk elak minuman manis.)
TEH HIJAU ✔️
Kak Xara minum teh hijau taw hampa.. Jangan gatai dok p tambah gula nah.. stg rasa2 pait sikit dok buat rajin tambah gula pulak.. Teh hijau ni dia pertingkatkan pembakaran lemak.
SENAMAN ✔️
Hampa buat la senaman sikit2.. Kalau rasa mls nak keluar umah.. Hampa tengok ja youtube.. Buat la tabata ka zumba sorang2 kat umah.. Kalau umah dua tingkat.. naik turun tangga tu.. Tak yah lama-lama.. Sat pon jadi la janji buat.. Kak Xara dulu dok p zumba.. Kadang-kadang 3 kali seminggu.
Bab2 makan Kak Xara boleh cakap hat tu ja sebab Kak Xara pon terumbang ambing lagi.. Point dia Kak Xara nak ajaq cara kira kalori yang perlu supaya hampa boleh mantain apa hampa makan.
Cara Kira Kalori
Tambahan Kak Xara tunjuk apps yang hampa boleh download untuk kira kalori hampa dengan hampa makan apa pun dia kira skali.. best kan??
RUJUK GAMBAR NGAN VIDEO KAT BAWAH:
Nak kira ni hampa rujuk BMR ngan DCR punya gambaq tu..
Posted by Xara Raslan on Friday, 27 October 2017
https://www.facebook.com/xara.raslan/videos/10214087176801793/