Berjaya Tangkap 157 Ikan ‘Mahal’ Dikenali ‘Emas Laut’ Bernilai Lebih RM739k, Nelayan Ni Jadi Kaya Sekelip Mata!

Share

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Demikianlah dengan apa yang diperolehh Candrakant Tare, seorang nelayan dari Palghar.

Ikan ’emas laut’

Dalam satu laporan oleh India Times, dia keluar  memancing bersama rakannya pada 28 ogos lalu tidak menyangka bahwa mereka akan berjaya mendapat tangkapan 157 ikan ghol yang dikenali sebagai ’emas laut’.Hasil tangkapan itu dilapor telah berjaya dijual dengan harga Rs 1.33 crores (sekitar RM739,110.00). Lelongan ikan tersebut diadakan di Murbe, Palghar dan keseluruhannya dibeli oleh peniaga yang berpangkalan di Uttar Pradesh dan Bihar.

Ikan yang jarang ditemui

Ikan yang nama saintifiknya ‘Protonibea Diacanthus’ merupakan sejenis ikan croaker. Kerana pencemaran, ikan seperti ini sangat jarang ditemui di kawasan berkenaan. Nelayan di daerah itu perlu menjelajah jauh ke laut untuk mendapatkan hasil tangkapan yang baik.

‘Ikan dengan hati emas’ miliki nilai dalam perubatan

Menurut India Times, ikan ini juga dikenali sebagai ‘ikan dengan hati emas’ kerana mempunyai nilai dalam bidang perubatan.

Sumber kolegan berkualiti tinggi

Ikan Ghol mempunyai sumber kolagen yang berkualiti tinggi, yang digunakan dalam pembuatan makanan dan juga produk kosmetik. Ia dianggap sebagai pengganti gelatin babi dan sapi.

Sumber: India Times

ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!