Isteri kepada Allahyarham Mohd Firdaus atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif, Farah Ahmad mencetus rasa sebak apabila berkongsi foto masakan ikan terakhir dari hasil pancingan suaminya itu.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut pelakon itu, Pitt berhasrat untuk menyuruh Farah memasak ikan kenerak hasil tangkapannya dan memberitahu perkara itu kepada rakan yang dikenali sebagai Aiman.
Kenapa En Firdaus Xpercaya ker? Farah berjaya masak ikan KENERAK yang awak last mancing sebelum hari kejadian.Aiman dah tunaikan hasrat awak.
Di hari kejadian Ketika sampai Sham kawan Pitt yang selamat bgth Pitt ada simpan ikan nak bawak KL suruh Farah masak.
28hb Aiman kawan Pitt yg sewakan boat whatsapp.
Dia punya minta Maaf x dpt jaga keselamatan Arwah sb sepatutnya dia pergi sama tapi dia demam.
Aiman text, sehari sebelum Arwah xde Arwah ada dapat ikan, hajat dia nak bawak balik suruh akak masak. Arwah cakap
.
“ Kerinting aku terror masak la man. Apa masakan pun kerinting aku boleh masak lah man. Aku nak suruh kerinting masak tempoyak ikan ni Man kompom padu Man !
Allah…
Awak, Farah tahu awak dah xde. Dan xde makna kalau Farah minta Maaf tp Farah tahu awak xpernah xmaafkan org selalu apa jadi awak sejenis xamik port. Yer lah lama Farah xmasak sejak awak our station dan Farah pun bz.
Tapi Farah berjaya masak tp siang je x sb ikan tu besar sangat. Selalu dapat ikan awak siangkan siap2 tinggal masuk kuali jer hehhe yg ni Farah suruh abg aluze htr kedai suruh siangkan heheh.
Farah masak gulai tempoyak dgn asam pedas sb mama awak Fauziah Nawi xmakan tempoyak. So malam ni kenduri farah ada jemput kekawan mancing awak sekali utk mereka lepas rindu.
Awak terima kasih tau selalu ingat kita. Kita Akan ingat kata2 awak En Firdaus Hensem ❤.
#prayforpitthanif #tottiespoppies #iflife #pittfarah #part3