‘Berjanjilah Untuk Bertahan Walau Sejuta Halangan.’ Peminat Kagum Dengan Kesetiaan Rosyam Nor

Share

Setiap pasangan mengimpikan rumahtangga yang aman, harmoni serta bahagia. Sejujurnya pasangan mana yang telah melayari bahtera rumah tangga tidak dipukul ombak namun atas kecekalan menghadapi ujian bersama, ianya dapat dipertahankan.

Di laman TikTok, sebuah video milik kelab peminat pelakon terkenal tanah air, Datuk Rosyam Nor telah mencuri perhatian warganet di media sosial. Video yang telah mengikut trend memaparkan gambar Datuk Rosyam Nor bersama isterinya, Datin Runika Mohd Yusof.

@rosyamnor40
terima kasih cinta 🤍🕊 #rosyamnor #isterirosyamnor ♬ Cinta Kita – dzaqrazky

[TRENDING] ‘Dia Ditinggalkan Terkapai-kapai Menguruskan Anak-anak Yang Sedang Membesar. Adilkan Semua Ini?

[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan

Apa yang menarik perhatian netizen adalah kapsyen ringkas yang dipaparkan dalam video tersebut.

“Jangan pernah berjanji untuk setia, tapi berjanjilah untuk tetap bertahan walau sejuta halangan ada didepan.

1989 – 2023. Alhamdulillah” tulisnya

Melihat coretan yang penuh mesej itu di samping perkongsian tempoh rumahtangga aktor kacak dan berbakat ini berjaya bertahan sehingga ke hari ini, membuatkan warganet kagum terhadap Rosyam Nor bersama isteri.

Kisah rumahtangga pelakon ini sentiasa menjadi inspirasi kepada para pengikut pelakon ini memandangkan kurang kontroversi dan sentiasa memberikan teladan kepada masyarakat.

[MESTI BACA]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club