Menerima ujian disahkan diri positif covid-19 dan turut dialami oleh ibu dan ayah yang telah berusia, tentunya merupakan ujian yang berat untuk diterima. Tidak dengan itu, belum pun surut rasa bebanan yang ditanggung, kini ibu dan ayah pula telah kembali ke negeri abadi.
“Mereka dah janji nak sehidup semati, tak sangka akhirnya mereka ‘pergi’ bersama,” luah Zuriyani Ramli, sayu bercerita tentang ibu dan bapanya yang meninggal dunia akibat COVID-19 masing-masing pada Jumaat dan semalam ketika menerima rawatan di Hospital Sik, Kedah.
Menurut sumber, Zuriyani, 42, yang turut disahkan positif COVID-19 dan dirawat di hospital sama berasa terkilan apabila tidak dapat menatap wajah ibunya, Salmah Shariff, 74, buat kali terakhir sebelum jenazah dibawa keluar dari hospital untuk dikebumikan.
Namun, suri rumah itu tetap bersyukur kerana bapanya Ramli Awang, 82, ditempatkan di wad sama dengannya dan sempat meluangkan masa sehingga warga emas itu pula dijemput Ilahi.
Salmah Shariff (kiri) dan suaminya Ramli Awang (kanan) meninggal dunia selang 24 jam selepas disahkan positif COVID-19 Jumaat lalu. – NSTP/Ihsan Zuriyani Ramli
“Kami bertiga dirawat di hospital sama dan saya duduk satu wad dengan ayah, mak pula menerima rawatan di wad kecemasan. Jadi saya tak dapat tengok mak langsung dari mula masuk hospital sampai beliau meninggal dunia pukul 11.50 malam hari Jumaat lepas.
“Ayah duduk satu wad dengan saya dan kami sempat baca Yassin sama-sama. Malah, semasa ayah nazak saya sempat ajar ayah mengucap dan beliau menghembuskan nafas terakhir depan mata saya pada pukul 12.05 tengah malam semalam,” kata Zuriyani dalam nada sebak ketika dihubungi di sini, malam tadi.
Zuriyani yang tinggal di Kampung Kota Bukit, Jeneri, di sini bersama suami dan lima anaknya berusia antara enam hingga 20 tahun berkata, bapanya yang menghidap strok tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu sebelum ibunya menyusul beberapa minggu kemudian.
“Sebelum ini ayah dan mak tinggal di rumah mereka di Kampung Batu 9, Gurun, bersama seorang lagi adik lelaki saya yang belum berkahwin. Saya bawa ayah duduk dengan saya sebab nak jaga dia dan mak pun ikut sekali selepas itu,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai jangkitan COVID-19, Zuriyani berkata beliau tidak pasti siapa yang pertama dijangkiti dahulu, namun penyakit itu mula dikesan pada dirinya.
Ads
Zuriyani berkata sebelum disahkan positif COVID-19, dia mengalami demam dan batuk selama seminggu dan beransur pulih, namun memutuskan untuk ke hospital bagi mendapatkan ubat batuk pada Jumaat lepas.
“Di hospital, doktor kata saya perlu buat ujian calitan. Apabila tahu saya positif COVID-19 saya terus telefon adik lelaki saya suruh bawa ayah ke hospital, sebab ayah juga beberapa hari sudah demam dan sejak itu tak boleh bercakap. Mak pula batuk-batuk tapi ingatkan batuk biasa sebab usia tua,” katanya.
Wanita itu berkata selepas bapanya disahkan positif COVID-19 pihak hospital mengambil ibunya di rumah yang kemudian turut disahkan positif dan dimasukkan ke wad kecemasan disebabkan keadaannya yang agak lemah.
“Saya tak sangka mereka positif. Saya ingat ayah yang kritikal sebab ada strok, tapi tak sangka mak yang pergi dulu sebelum ayah. Saya tak tahu kena jangkitan dari mana sebab saya tidak pergi ke mana-mana, rutin harian saya jaga mak ayah dan masak untuk mereka sahaja,” katanya.
Zuriyani berkata suami dan lima anaknya turut menjalani ujian saringan COVID-19, namun keputusannya belum dimaklumkan dan berharap mereka bebas jangkitan.
Ads
“Sebelum ini, ayah ada cakap yang dia nak beraya (Hari Raya Aidiladha) dengan saya sekeluarga, malangnya tak kesampaian. Ayah juga selalu pesan agar jangan tinggal sembahyang,” katanya yang turut memberitahu jenazah ibu dan bapanya dikebumikan di tanah perkuburan di kampung mereka.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo ketika dihubungi berkata pasangan suami isteri warga emas itu dimasukkan ke Hospital Sik pada Jumaat lepas dengan gejala jangkitan salur pernafasan dan kematian adalah akibat pneumonia COVID-19.
Ruang dapur yang cantik menjadi idaman semua wanita. Maklumlah, bila tempat memasak cantik, hari-hari masak pun tak boring. Masak pun dalam keadaan mood happy. Jika dapur bersepah, nak masuk pun berserabut.
Bagi yang bercadang nak makeover dapur, tak perlu hire tukang atau pakar, kita sendiri boleh buat. Seperti wanita ini, Puan Hani Mynis Semuanya dilakukan sendiri. Lebih menarik, kos pun rendah. Jom lihat idea beliau.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Make over dapur kali ke dua!
The power of wallpaper
Last time hani dah kongsi hani make over ruang tamu kan? As promised, dalam post ni hani kongsikan ruang dapur pula. Awal tahun hari tu, hani re make over dua ruang ni kat dalam rumah yang kitorang masih menyewa ni
Sebagai mengubat hati yang sedih sebab tak dapat nak pindah masuk rumah sendiri, Alif Firdaus berikan hani sejumlah bajet untuk hani make over semula ruang mengikut yg hani nak buat di rumah sendiri nanti.
Kalau bab berangan memang bagi kat hani lah kan. Hehe utk dapur hani siap berangan nak buat tema modern/industrial farmhouse, nak ada backsplash khas kat bhgn masak, nak ada pot filler, nak two tone /color cabinet (atas warna lain, bawah warna lain), nak ada island, nak farmhouse apron sink, nak accessories dapur mcm handle cabinet, pot filler, kitchen tap semua warna gold/brass. Nak ada appliances garage, nak ada coffee station, mcm2 lagi hahaha
Alif tengok je senarai hani terus dia azan kat telinga hani. Haha berangan kan percuma, dapat ke tak dapat kena tepuk poket tengok bajet lahh hahahaha
Ok alhamdulillah hani make over dapur ni dan hani dapat 90% dari apa yang hani idamkan dengan bajet tak sampai rm300!
Alif pun terkejut hani boleh stick dalam bajet tak terlebih. Dan hani sangat lah happy sampai cakap kat Alif takmau pindah rumah sendiri dulu lah haha sbb dapur dah cantik. yes, hani puas hati dah gini. Haha so inilah dia dapur rakyat marhaen yang feeling2 kayangan.
Mcm mana hani buat? The power of wallpaper! Untuk project hani dapatkan dapur modern farmhouse ni hani gunakan 6 jenis wallpaper yang berbeza! Betul ni, wallpaper kalau kena cara nya mampu transform sesuatu ruang dengan berkesan. Yg penting tahu where to start and when to stop, gituu.
Cukuplah hani bebel, jom tengok perubahan yang hani buat ya utk hani make over dapur. Ada penerangan dalam setiap gambar ya.
Semoga memberi inspirasi untuk semua mendekor dapur masing-masing walaupun dapur rumah sewa je.
Dapur (before) Dapur hijau hani, dapur ni dah mengalami make over kali pertama pada pertengahan tahun 2017 haritu. Rumah sewa ni mmg kitorang masuk, mmg kosong sekosongnya. Heheh dari tahun 2012-2017 kitorg duk rumah ni almari dapur kebanyakan guna perabot lusuh /yg hendak dilupuskan oleh universiti. Mcm meja exam, hani jadikan meja utk letak dapur gas. Sayang pulak xde gambar dapur masa tahun 2014-2017. Tahun 2017, alif hadiahkan hani makeover dapur dan satu rumah sebagai hadiah tamat phd! Hadiah paling best sampai skrg cannot beat hehe Pertama sekali hani beli perabot dapur satu set. Design color semua kena sama. Satu set alhamdulillah masa tu dapat harga rm770. Ada tiga perabot.
Walaupun murah, satu kekurangan perabot ni ialah kualiti nya lah hehe. Biasalah tu. Hani pun x expect much. Kualiti tang cosmetic tu je. Kayu penutup kabinet ni tak boleh kena air. Nanti dia kembang. So itu lah yg berlaku, pintu kabinet jadi kembang dan bersopak2 haha sakit oo mata. Tp struktur wise almari ni mmg kukuh. So sayang lah nak buang kan. Hehe Apa hani buat ialah, hani kikis bahagian yang kembang kat pintu kabinet/laci tu. Hani sapu gam supaya habuk dia x keluar dah. Hani tampal duct tape supaya dia “licin” serata dengan permukaan kabinet. Akhir sekali hani balut dengan wallpaper. Sebelum tu, hani tanggalkan semua hardware sebelum tampal wallpaper. Contoh hardware ialah pemegang/handle pintu kabinet dan laci tu. Asalnya warna silver kan? Kata nak hardware gold/brass hehe hani spray gold /hitam mengikut kesesuaian. Line gold tu pulak hani tampal duct tape warna gold beli di Eco shj.
Sebelum Coffee station Selain dari hani tampal wallpaper putih kat almari dan spray hitam handle pintu, hani tampal juga wallpaper marble kat permukaan kaunter nya.
Selepas.. Terang sikit kan bila pasang wallpaper putih/marble. Alhamdulillah puas hati. Wallpaper putih dari Mr Diy, wallpaper marble dari Shopee 🤗 Lagi apa yang berubah ialah bekas penstoran. Bekas hijau2 semua hani bagi orang 😂 kecuali yg dalam almari hehe tak tukar pun. Bekas putih ni hani beli kat Daiso
Sebelum Kalau tengok dari gambar ni pun dah boleh nampak kat laci dan bahagian pintu tu dah start kembang sbb kena air. Hehe sakit mata tengok
Selepas Hani make over kabinet ni. Kabinet ni yg 3 in hani beli rm770 tu. Hani balut wallpaper hitam kat bahagian pintu dan kabinet. Hani tampal wallpaper marble kat bahagian kaunter. Line gold tu tampal duct tape fold. Hani spray paint handle2 semua. Perubahan lain, kat para letaknya blender2 tu hani tukar L bracketnya, dan paranya hani balut wallpaper warna kayu supaya padan dengan tema.
Sebelum
Selepas Tak banyak perubahan pun kat sini kecuali tukar wallpaper. Wallpaper bata hitam putih ni hani beli kat shopee.
Menarik kan! Boleh cuba idea yang dicadangkan oleh wanita ini. Selamat mencuba!
Bila ada tanda-tanda ketidakstabilan hormon bagi dalam diri kita, wajar untuk segera diambil tindakan untuk mengembalikan semula keseimbangannya.
Jika tidak dirawat, pasti sahaja keadaan tersebut akan menjadi penyebab kitaran haid terganggu, masalah keguguran rambut, kulit berkedut dan sebagainya menjadi lebih serius.
Jadi untuk itu, ayuh kita baca perkongsian daripada doktor ini agar kita boleh merawatnya selain sekadar bergantung kepada pil hormon semata-mata.
TIPS MUDAH MENGIMBANGKAN SEMULA HORMON DALAM TUBUH WANITA
Ramai wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon hingga menyebabkan kitaran haid tidak menentu, emosi yang tidak stabil, rambut keguguran, kulit menjadi berkedut dan kering, muka menjadi kusam dan mudah rasa penat.
Pengambilan pil hormon tidak membantu kerana ia hanyalah suatu langkah bersifat sementara. Apabila berhenti pengambilan pil hormon, kita mengalami masalah yang berulang yang sama.
Yang terbaik adalah kita membantu tubuh kita mencapai keseimbangan ini dari dalam tubuh.
Selalunya bila kita bercakap tentang ketidakseimbangan hormon, tahap hormon estreogen yang terlalu tinggi.
Estrogen adalah hormon yang bertanggungjawab terhadap ciri ciri kewanitaan seperti keanjalan kulit, menstabilkan emosi, menjaga kesihatan rambut, kitaran haid yang tetap, kekuatan wanita, selain penting dalam mencegah penyakit seperti kerapuhan tulang, sakit jantung, dan dementia.
Antara langkah yang boleh dilakukan :
1. Kurangkan pendedahan terhadap bahan kimia sintetik seperti pencuci lantai, kosmetik seperti gincu, losen siang/ malam, serum muka, ‘personal care’ seperti sabun mandi, deodoran, baja kimia dan racun serangga. Pastikan kita memakai sarung tangan jika penggunaannya tidak dapat dielakkan.
2. Kurangkan lemak berlebihan dalam badan dengan menurunkan berat badan. Tisu tisu lemak pada tubuh juga penting tetapi jangan berlebihan kerana ia mengundang pelbagai masalah kesihatan.
3. Tambahkan dan pelbagaikan sumber protein dan lemak sihat dalam hidangan. Tanpa protein yang mencukupi kita mungkin akan berasa cepat lapar dan ini akan menyebabkan kita ketap makan dan bertambah berat badan.
Protein yang sihat seperti ikan, telur dan ayam juga penting untuk kesihatan rambut, pembinaan otot dan merawat tisu yang rosak. Lemak sihat seperti minyak zaitun dan minyak kelapa dara.
4. Membantu proses perkumahan toksin dengan mengamalkan banyak sayur-sayuran dan buah buahan atau makanan yang disebut sebagai Quranic Food seperti minyak zaitun, buah teen, buah delima, anggur, pisang dan kurma. Ia mengandungi cukup mineral, vitamin dan antioksida.
5. Elakkan penggunaan gula putih atau sebarang gula tambahan dalam minuman dan makanan.
6. Tambahkan sumber vitamin E, vitamin C dan vitamin D dalam makanan. Vitamin D dapat ditingkatkan dengan pendedahan selama 10-15 minit setiap hari pada sinaran matahari yang tidak terik. Dalam banyak kajian, mereka yang kekurangan vitamin-vitamin ini walaupun cukup makan, akan mudah mengalami obesiti, sindrom metabolik dan sesetengah kanser. Pengambilan suplemen vitamin yang bersesuaian mungkin membantu menambahkan sumber vitamin untuk tubuh kita.
7. Pastikan makanan kita mengandungi mineral yang penting seperti magnesium, zinc, selenium yang mencukupi. Ia penting dalam keseimbangan hormon dan merangsangkan metabolisme tubuh.
8. Dapatkan tidur yang mencukupi, kawal stress, lakukan senaman ringan dan cukup minum air kosong.
Tumit kaki kering dan pecah-pecah mungkin semua antara kita pernah alami. Namun jika dibiarkan lama kelamaan akan menjadi lebih teruk. Tambah membimbangkan jika ada kesan-kesan hitam pada rekahan tersebut. Tentunya akan membuatkan sesiapa pun tidak selesa melihatnya.
Untuk itu, segeralah rawat dengan 7 petua ini. Dan salah satunya telah pun diamalkan oleh Siti Norsyafika Amran dan terbukti berkesan.
#1 Listerine,cuka & air
Ini Perlu Buat:
Sediakan campuran satu cawan Listerine, satu cawan cuka putih dan 2 cawan air.
Rendam kaki di dalam bahan campuran tadi selama 15 minit.
Setelah itu, gosokkan kaki menggunakan batu apung untuk mengeluarkan kulit mati.
Bilas dengan air bersih.
Keringkan kaki dan guna pelembap untuk melembapkan kaki.
#2 Tepung beras, madu dan cuka epal
Ini Perlu Buat :
Gosok tumit dengan campuran 3 sudu tepung beras, satu sudu madu dan 2-3 sudu cuka epal.
Kacau bahan-bahan tersebut untuk membentuk pes.
Rendam kaki anda dalam air suam selama 10 minit, dan gosok lembut dengan menggunakan pes untuk menghilangkan kulit mati.
Ulangi proses 2-3 kali seminggu.
#3 Pisang
Ini Perlu Buat :
Lumatkan dua biji pisang yang telah masak ranum.
Perlahan-lahan gosokkan bahan tersebut di tumit kaki selama 20 minit.
Selepas 20 minit, bilas kaki anda dengan air bersih.
Ulangi setiap malam sebelum tidur selama 2 minggu atau sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.
#5 Minyak sayuran
Ini Perlu Buat :
Bersihkan kaki terlebih dahulu.
Kemudian keringkan kaki dengan menggunakan tuala lembut.
Sapukan minyak sayuran pada bahagian tumit yang bermasalah.
Pakai sarung kaki yang bersih dan biarkan semalaman.
Lakukan setiap hari sebelum tidur.
#6 Gel Aloe vera/ lidah buaya
Ini Perlu Buat :
Rendam kaki dengan air suam dan gosok menggunakan batu apung untuk menghilangkan kulit mati.
Keringkan kaki dan kemudian sapukan lapisan aloe vera yang tebal pada kaki anda.
Pakai sarung kaki dan cuci dengan air suam pada keesokan paginya..
Ulangi setiap malam selama 4-5 hari untuk melihat hasilnya.
Manakala melalui perkongsian Siti Norsyafika Amran di dalam akaun fbnya, dia amalkan petua menggunakan limau dan garam untuk hilangkan kesan tumit kaki merekahnya dan kesan dapat dilihat dengan begitu cepat. Jom semak!
Tips tumit merekah bersinau dalam 5 minit hanya guna 2 barang je
Jangan duk pandang rendah tang tumit merekah. tumit pun ada hak nak melawa, bergojes, ada skin haluih mulus bak muka ploles jugak
Yer korang, nampak tua bukan je pada paras rupa! orang tengok kaki pun boleh kata kita tua. bukan sorang je tapi ramai hat tegur kaki datin dah macam orang tua padahal umor baru 26. malu sungguh!
datin berlapang dada nak share tips basmi masalah tumit merekah hanya guna barang kat dapur je. mudah dan senang. anak2 tido mommy2 boleh la belai2 tumit
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...