Berjalan Kaki Seorang Diri Pukul 10 Malam. Kanak-Kanak Lari Dari Asrama, Sebab ‘Semua Orang Tak Suka’

Share

Baru-baru ini, kisah seorang pemuda yang terserempak dengan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun sedang berjalan kaki seorang diri pada waktu malam telah tular di aplikasi TikTok. 

Kanak-kanak lelaki itu dipercayai telah melarikan diri dari asrama dan sanggup berjalan kaki lebih dari 10 km untuk pulang ke rumahnya yang terletak di Rawang, Selangor.

Menerusi hantaran yang dikongsikan @aboyhakimi, kanak-kanak berkenaan dijumpai di tepi highway Sri Gombak pada jam 10 malam dalam keadaan sugul.

Difahamkan kanak-kanak berkenaan bersekolah di Taman Melawati dan melarikan diri dari asrama tanpa pengetahuan gurunya.

“Aku jumpa budak ni jalan kaki kat atas highway. Haih, jalan besar dia jalan kaki,”ujar aboyhakimi.

Apabila ditanya, kanak-kanak berkenaan memberitahu punca dia melarikan diri dari asrama adalah kerana tiada seorang pun yang menyukai dirinya.

“Kenapa adik tak nak duduk asrama? Adik kena buli ke?” soal aboyhakimi.

“Semua orang tak suka,” jawab kanak-kanak berkenaan.

Apa yang mengejutkan, apabila ditanya di mana rumahnya? Kanak-kanak ini mengatakan yang rumahnya terletak di Rawang dan dia sudah pun berjalan lebih 10 km untuk pulang ke sana. 

“Rumah kat Rawang, jauh dik kalau nak jalan kaki. Kalau kena langgar nanti macam mana? Nasib baik abang jumpa,”ujarnya.

Akhirnya lelaki berkenaan bertindak untuk membawa kanak-kanak tersebut ke Balai Polis. Tindakan ini adalah sewajarnya kerana bimbang keselamatan kanak-kanak tersebut akan membuat sesuatu yang tidak wajar akibat depresi. 

“Last sekali aku bawa pergi ke balai Gombak sebab tak tahu rumah kat mana.

“Kita takut jadi lain, jadi bawa ke balai,”tulisnya.

Lelaki berkenaan berharap agar selepas ini para guru lebih berhati-hati dalam mengawasi anak-anak murid terutama yang berada di asrama supaya perkara seperti ini tidak berulang. 

Sumber: TikTok @aboyhakimi

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club