Baru-baru ini, kisah seorang pemuda yang terserempak dengan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun sedang berjalan kaki seorang diri pada waktu malam telah tular di aplikasi TikTok.
Kanak-kanak lelaki itu dipercayai telah melarikan diri dari asrama dan sanggup berjalan kaki lebih dari 10 km untuk pulang ke rumahnya yang terletak di Rawang, Selangor.
Menerusi hantaran yang dikongsikan @aboyhakimi, kanak-kanak berkenaan dijumpai di tepi highway Sri Gombak pada jam 10 malam dalam keadaan sugul.
Difahamkan kanak-kanak berkenaan bersekolah di Taman Melawati dan melarikan diri dari asrama tanpa pengetahuan gurunya.
“Aku jumpa budak ni jalan kaki kat atas highway. Haih, jalan besar dia jalan kaki,”ujar aboyhakimi.
Apabila ditanya, kanak-kanak berkenaan memberitahu punca dia melarikan diri dari asrama adalah kerana tiada seorang pun yang menyukai dirinya.
“Semua orang tak suka,” jawab kanak-kanak berkenaan.
Apa yang mengejutkan, apabila ditanya di mana rumahnya? Kanak-kanak ini mengatakan yang rumahnya terletak di Rawang dan dia sudah pun berjalan lebih 10 km untuk pulang ke sana.
“Rumah kat Rawang, jauh dik kalau nak jalan kaki. Kalau kena langgar nanti macam mana? Nasib baik abang jumpa,”ujarnya.
Akhirnya lelaki berkenaan bertindak untuk membawa kanak-kanak tersebut ke Balai Polis. Tindakan ini adalah sewajarnya kerana bimbang keselamatan kanak-kanak tersebut akan membuat sesuatu yang tidak wajar akibat depresi.
Ads
“Last sekali aku bawa pergi ke balai Gombak sebab tak tahu rumah kat mana.
“Kita takut jadi lain, jadi bawa ke balai,”tulisnya.
Lelaki berkenaan berharap agar selepas ini para guru lebih berhati-hati dalam mengawasi anak-anak murid terutama yang berada di asrama supaya perkara seperti ini tidak berulang.
Hakikatnya kebahagiaan rumahtangga adalah kunci kepada hubungan kasih sayang suami isteri kekal sehingga akhir hayat. Biarpun datang onak duri yang melanda, pastinya ia tetap kukuh dan utuh!
Namun, kesibukan kerja dan tanggungjawab kepada keluarga, kadang kala, membuatkan encik suami alpa akan sikap romantisnya sebelum berkahwin.
Moga perkongsian DrTaufiq Razif ini jadi inspirasi.
Kenapa Saya Tak Boleh Kedekut Dengan Isteri?
Kelemahan terbesar saya adalah saya terlalu fokus kerja sampai saya terlepas pandang dan KURANG PERASAN dengan apa yang isteri saya dah buat untuk saya dan anak-anak.
Bila saya KURANG PERASAN, KURANG MEMUJI dan KURANG MENGHARGAI sebenarnya saya sedang RAMPAS HORMON DOPAMINE isteri saya.
Padahal hormon dopamine ni sangat la penting untuk naikkan balik semangat dan motivasi dalaman isteri saya!
Hormon dopamine ni akan meningkat kalau saya selalu menghargai dan puji isteri saya kerana benda ni semua adalah ‘social reward’ pada otak isteri saya.
Tapi..
Inilah kelemahan terbesar saya, saya kurang menghargai dan memuji!
Tu la kenapa saya selalu bagi isteri saya ‘shopping’. Paling saya suka sebenarnya kalau isteri saya ‘online shopping’ je sebab perasaan teruja menunggu barang sampai dan membuka bungkusan ( anticipating the reward ) tu la yang akan membuatkan dopamine isteri saya makin cepat meningkat!
Tak percaya cuba korang tengok mimik muka isteri korang masa dia baru buka bungkusan atau parcel yang sampai tu. Berbunga bunga dan berseri wajahnya kan? Tu lah tanda dia sedang BAHAGIA
p/s : Ni la cara saya tutup kelemahan saya yang selalu sibuk dan kurang memuji dan menghargai. Apa pun, saya akan tetap cuba baiki diri. Doakan saya!
Sumber: Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila mempunyai anak-anak tentu ibu ingin menyediakan masakan yang berkhasiat buat anak. Oleh itu, ramai yang suka memilih buat secara homemade apa sahaja menu yang mudah untuk ahli keluarga.
Perkongsian oleh Masriza Basri, sungguh bermanfaat untuk kita mencuba kentang goreng homemade ni. Confirm tak ada bahan awet.
Kentang goreng simple rangup diluar, lembut di dalam ~ macam kentang McD
Kali kedua buat kentang goreng homemade untuk difrozenkan… Anak saya suka sangat. Buat banyak-banyak setiap kali dia nak senang sebab dh ada dalam peti ais, tinggal goreng je balik.
Yang penting berbaloi buat sendiri fries untuk anak dan nak bagi anak makan tanpa was-was dan sedap
Resepi cara saya ??
? Kentang potong jejari dan rendam dalam air + cuka – ikut suka nak rendam berapa lama, agak2 jer. Cuka pun agak-agak jer… ?
✅ Option satu :
Toskan dan gaul ngan tepung bestari yang original, nak pedas guna yang pedas, sampai semua kentang bersalut dengan tepung. Anak saya tak suka pedas…
✅ Option dua :
Kalau tak nak guna tepung bestari boleh guna tepung gandum campur tepung beras macam kita nak buat bancuhan goreng pisang. Jangan lupa letak juga garam sikit dan lada sulah… jangan bayak sangat, nnt pedas
Bila semua dh bersalut tepung, bolehla mula menggoreng .
Boleh frozen
Kalau nak buat frozen, goreng sekejap jer lepas tu angkat dan tos minyak dia. Biarkan sejuk dulu…
Dah sejuk boleh masukkan dalam beg zip lock dan simpan dalam peti ais.
Bila anak nak makan boleh keluarkan kejap, pastu goreng sampai kekuningan.
Gerenti sedap!!! Mama goreng sikit, anak suh goreng lagi sebab tak cukup.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika hari-hari masak dapur mesti berminyak dan agak kotor jika tidak membersihkannya setiap hari.
Tapi boleh cuba tip-tip ni. Jadi walau seteruk manapun keadaan dapur boleh cuba panduan ni supaya dapat membantu mengembalikan keindahan, kebersihan dan kekemasan dapur seperti sedia kala.
Kerak pada Kuali
Masalah kerak pada periuk belanga memang satu masalah yang serius. Jika ditinggal sekejap sekalipun, kerak yang wujud akibat minyak kering dan bahan masakan yang terlekat pada periuk atau kuali akan sukar untuk ditanggal. Kebanyakan daripada anda pasti terpaksa berhempas pulas menyental untuk keluarkan kerak tersebut sehingga sakit dan pedih tangan anda. Malangnya, usaha anda itu tak membuahkan hasil yang diharapkan. Akhirnya, anda terpaksa membeli kuali atau periuk yang baru. Tak perlu membazir wang.
Penyelesaiannya: Anda hanya perlu merendam kuali atau periuk berkerak tersebut dalam air panas bercampur dengan sabun. Masukkan tisu ke dalam rendaman air sabun tersebut. Biarkan selama 30 minit hingga 1 jam sebelum keluarkan tisu tersebut. Sebahagian besar daripada kerak yang terlekat itu akan diserap masuk oleh tisu itu dan kuali tersebut akan mudah dicuci selepas itu.
Kerak pada Penunu
Penunu tempat masak merupakan tempat yang paling berkerak dan kotor di seluruh dapur anda. Kebanyakan daripada anda pasti malas untuk mencuci penunu tersebut kerana anda selalunya tidak dapat mengeluarkan sepenuhnya kerak yang terkumpul lama di atas penunu itu. Sekarang, anda tak perlu bertangguh lagi untuk mencuci penunu anda khasnya apabila anda tahu para tetamu akan datang ke rumah anda semasa rumah terbuka anda nanti.
Penyelesaiannya: Campurkan soda bikarbonat dan sedikit cuka di dalam larutan air panas yang sedikit sehingga terhasilnya satu campuran yang pekat. Gosok campuran tersebut pada bahagian penunu yang berkerak. Biarkan selama 20 minit. Ambil berus sabut dan berus bahagian yang berkerak dan kemudian berus dengan sedikit sabun untuk tanggalkan sisa kerak yang tinggal. Dalam 30 minit, penunu anda akan menjadi bersih dan baru!
Kesan Makanan pada Dinding
Masakan Malaysia, khususnya sajian Melayu dan sajian perayaan seperti rendang dan sambal banyak melibatkan cili boh atau cili yang dikisar dimasak dalam minyak panas. Hasilnya, sambal yang ditumis atau kuah yang mereneh akan melompat-lompat keluar daripada kuali dan terpercik di dinding sehingga meninggalkan kesan. Sebab itulah, tak menghairankan apabila golongan wanita di Malaysia ini takut melihat dapur berkerak. Tak mengapalah kalau dinding ada diletakkan jubin atau permukaan yang licin kerana proses pembersihan adalah mudah atas permukaan seperti itu. Jika dapur anda hanyalah dinding simen yang biasa, pastilah kesan tersebut sukar untuk ditanggal. Tak perlu risau.
Penyelesaiannya:Campurkan sedikit soda bikarbonat, cuka dan perahan lemon dan gosok pada kesan percikan makanan di dinding itu. Gosok campuran itu beberapa kali sehingga tertanggal. Untuk mempercepatkan proses pembersihan itu, anda boleh cuci menggunakan hidrogen peroksida. Pastikan gas ditutup terlebih dahulu ya dan tiada makanan diletakkan di penunu semasa mencuci dinding. Nanti tercemar pula makanan yang ada penat-penat sediakan.
Sinki tersumbat
Membasuh bahan-bahan masakan setiap hari dan membuang sisa makanan terus ke dalam sinki boleh menjadi antara penyebab sinki mudah tersumbat. Apabila berlaku tentu akan mengakibatkan bau kurang menyenangkan di dapur. Tak perlu tukar sinki baru tapi cuba tip ini.
Penyelesaiannya: Cara ini adalah menggunakan baking soda dan cuka. Campurkan lebih kurang 1/3 cawan baking soda dengan 1/3 cawan cuka di dalam sebuah bekas. Sebaik saja campuran ini akan berbuih, cepat-cepat tuangkan ke dalam saluran sinki tersumbat tadi. Biarkan sekejap, sekitar 10 minit, untuk tindakbalas yang lebih menyeluruh. Kemudian, bilas dengan air panas macam cara di atas.
Seperti yang kita tahu, kedua-dua bahan ini memang sangat berguna bukan saja untuk memasak, tetapi juga untuk tujuan mencuci. Jadi, kalau belum ada 2 bahan ini, bolehlah beli dan simpan stok di rumah. Memang memudahkan!
Kredit: Butterkicap.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.