Berita Gembira, Tak Payah Bayar Balik PTPTN, Graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

Share

Kelmarin, PM Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengembalikan semula keistimewaan tersebut. Siswa yang dapat kelas pertama tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama tak perlu bayar Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keistimewaan itu akan diberikan kepada peminjam tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.

Ia sebagai dorongan kepada anak-anak Keluarga Malaysia untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka.

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Difahamkan pengecualian bayaran balik pinjaman itu diberikan kepada peminjam PTPTN yang tamat ijazah bermula 2019.

 

“Ini sebagai dorongan kepada anak Keluarga Malaysia untuk belajar bersungguh dan mendapatkan kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka

“Saya berharap PTPTN dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan berkenaan perkara ini dari segi peruntukan yang terbabit,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Jubli Perak 25 tahun PTPTN, di sini, hari ini.

Dalam ucapan sama, Ismail Sabri berkata, 3.67 juta peminjam dibantu bagi meneruskan pengajian dengan keseluruhan pinjaman berjumlah RM 66.8 bilion sehingga kini.

Beliau berkata, tindakan membayar balik pinjaman pendidikan amat penting bagi menjamin kesinambungan dana kepada pelajar baharu yang juga waris masa hadapan negara.

“Kerajaan melalui PTPTN menyediakan peruntukan lebih RM 3 bilion setahun bagi membiayai pinjaman pendidikan kepada purata lebih 180,000 pelajar baharu.

“Bagaimanapun, timbul kebimbangan kebergantungan rakyat terhadap pinjaman yang menyebabkan graduan masa hadapan terikat dengan bayaran balik pinjaman pendidikan setelah menamatkan pengajian.

“Justeru, kerajaan mewujudkan inisiatif Simpan SSPN sejak 2004 bagi memastikan Keluarga Malaysia mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman dan tidak terbeban di kemudian hari,” katanya.

Sumber: Harian Metro

 

Baca Juga: Sebab Jati Diri, Ibu Ini Tak Kisah Anak ‘Travel’ Jauh Naik ‘Train’ Ke Sekolah Dari Putrajaya Ke Kuala Lumpur.

Baca Juga: [VIDEO] “Dah Sampai Panggilannya. Saya Berdoa Mana Yang Terbaik Buatnya.” – Fizz Fairuz Luah Syukur.

Baca Juga: 10 Tahun Akan Datang Harga Durian Menjunam? Pensyarah Ini Tunjukkan Kronologinya.

Trending:“Ni Satu-Satunya Gambar Aki Mat Kilau Lengkap Berkeris, Berbaju Melayu Dan Bersamping .” Cucu Mat Kilau Dedah Perjuangan Kisah Benar.

Keluarga Talk: Mengukir Bahagia Tidak Semestinya Harus Korban Diri

 

Sumber: Harian Metro

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club