Siapa sahaja yang tidak gembira bila membaca laporan berita yang mengatakan akan ada penyelarasan gaji baharu buat kita semua sebagai pekerja.
Difahamkan pekerja di negara ini dijangka menerima pelarasan gaji antara tiga hingga 20 peratus bergantung kepada industri, dengan industri pertumbuhan tinggi seperti teknologi dan pembuatan bakal menyaksikan perubahan lebih besar dalam struktur gaji dalaman.
Laporan Pasaran Pekerjaan dan Trend Gaji 2023 yang diterbitkan oleh syarikat perkhidmatan sumber manusia terbesar dunia, Randstad dalam laman webnya memberitahu bahawa kenaikan kos sara hidup dan peningkatan inflasi di Malaysia memberikan kesan terhadap kemampuan rakyat untuk membiayai barangan keperluan serta gaya hidup.
Laporan itu memaklumkan, gaji dan kerjaya juga tidak berkembang sepanjang pandemik Covid-19 apabila syarikat-syarikat membekukan pengambilan pekerja, kenaikan gaji dan pembayaran bonus pada 2020.
Ads
“Bagi bertindak balas terhadap kenaikan kadar faedah, syarikat sedang menyemak semula penanda aras gaji masing-masing bagi mengekal dan menarik bakat baharu,” kata Randstad dalam laporan berkenaan.
Selain itu, laporan Pasaran Pekerjaan dan Trend Gaji 2023 mendedahkan terdapat perkembangan kemahiran dari segi bakat dan kemahiran dalam tiga industri iaitu teknologi, pembuatan dan pembinaan.
“Industri teknologi akan menggunakan pendekatan pengurusan pekerja dan pengambilan pekerja yang lebih cermat, dengan menumpukan kepada permintaan bakat dalam perkomputeran awan, keselamatan siber, kepintaran buatan, Internet Segala-galanya (IoT), realiti maya serta blockchain.
Ads
“Permintaan bagi bakat teknikal dan komersial dalam industri pembuatan pula berterusan apabila syarikat berusaha meningkatkan transformasi digital 4.0 dalam automasi, pendigitalan serta pengalaman,”kata laporan berkenaan.
Ads
Sementara itu, pembangunan hartanah dan infrastruktur dalam industri pembinaan akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi untuk pekerja tempatan, namun boleh menimbulkan masalah dengan jurang kemahiran yang berterusan.
Barangan Eco semua sudah sedia maklum, murah dan jimatkan kos. Lagi-lagi jika ibu-ibu nak deko rumah dengan bajet murah tetapi hasilnya memuaskan.
Dekorasi bajet kediaman ini meraih perhatian ramai kerana ia menggunakan rod dengan kayu yang lebih mudah dipasang selain tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak. Barang yang digunakan pun mudah didapati dan murah harganya.
Inilah yang dikongsikan oleh puan Eliyana IraWati. Cukup mudah dan menjimatkan. Yang penting hasilnya sedap mata memandang!
Deco jimat guna barang dari kedai eco ada juga yg sy beli dari shoppe. Sebelum ni sy pakai yg jenis Hook tu nampak mcm kurang menarik dimata sy hehe
Nak beli rod dgn kayu yg siap dah tu mahal nya sayang duit 🤣 diy dengan barang eco je , batang mop balut dengan wallpaper kayu cantik je ,Penyangkut dia tu sy beli dalam shoppe 1pcs rm1,50 dgn penyekat hujung tu pun rm1.20 .. langsir rm9.90 😅 .. total lebih kurang dalam rm170 sbb untuk 2pintu dan 2 bilik tidur ,
Pokok monstera tu sy diy dari barang eco juga 1 dah siap 1 lagi belum sbb tak ingt nk beli rumput bawah nya tu hehe.
Ok lah kan untuk rumah kami yg kecil ni hehe inshaallah ada rezeki nak tambah cabinet tv doakan ya ❤️
Majlis ini sekadar untuk mengeratkan dan mentautkan kembali kasih yang ada. Disebabkan itulah majlis keluarga ini diberi nama majlis TAUTAN KASIH. Tanggal 14 Julai 2018, impian keluarga besar ini berjaya direalisasikan.
Program untuk mengadakan majlis keluarga Tautan Kasih ini dirancang dalam masa 5 bulan. Organisasi dipilih dari kedua-dua rumpun keluarga Bagan Datuk dan Kuala Selangor.
Seramai 19 orang dikalangan generasi kedua dan ketiga telah dilantik untuk merealisasikan majlis keluarga ini. Mesyuarat diadakan beberapa kali dalam setiap bulan bagi memastikan semuannya berjalan dengan lancar.
Menurut kata Pengerusi Majlis Tautan Kasih ini, En Zainal b. Hj Mohamad, dalam mendapatkan kerjasama dari semua ahli keluarga, ia tidak sesukar yang dibayangkan walaupun jumlah ahli keluarga hampir 700 orang. Ini kerana pihak urusetia hanya berhubung dengan wakil setiap 12 induk sahaja.
“Perjumpaan 2 rumpun Bagan Datuk dan Kuala Selangor ini merupakan yang pertama kali dibuat. Manakala perjumpaan bagi induk-induk sendiri selalu dilakukan terutamanya pada Hari Raya Aidilfitri, Hari Keluarga dan kejohanan sukan.
“Keluarga yang terlibat adalah dari 12 induk keluarga (generasi pertama) iaitu 6 induk dari rumpun Bagan Datuk dan 6 induk dari Kuala Selangor. Bancian telah dilakukan dan urusetia telah mendapat data dari setiap ahli keluarga. Jumlah keseluruhan 700 orang ahli dan kehadiran hampir 500 orang dari generasi pertama hingga ke generasi ke 5 Allahyarham Raden Hj Mahmud.
“Pihak urusetia telah sebulat suara memilih Hotel De Palma, Ampang kerana lokasi yang terletak berhampiran dengan tempat tinggal majoriti pihak urusetia. Ia dapat memudahkan semua persediaan dijalankan dengan sempurna dan menjadi titik tengah saudara mara yang hadir dari Utara dan Selatan tanahair,” jelas Asyikin Malek kepada penulis tatkala ditanya lanjut mengenai Majlis Tautan Kasih tersebut.
Beri impak positif pada keluarga
Pelbagai aktiviti telah dirancang dengan teliti dan berlangsung dengan jayanya sepanjang majlis tersebut. Di sebelah pagi antaranya adalah ucapan-ucapan dari wakil keluarga kedua belah pihak yang menerangkan susur galur keturunan keluarga , perasmian dan ucapan dari Penaung iaitu satu satunya generasi pertama yang masih ada iaitu Nenda Hjh Asiah bt. Raden Hj Mahmud, seisi bergambar dan temubual dengan pihak media.
“Tidak dilupakan pada mereka yang telah pergi, majlis tahlil turut dibuat selepas solat Zuhur.
Di sebelah petang pula, dimulakan dengan acara pakaian beragam untuk kanak-kanak berusia 6 tahun kebawah (majoriti terlibat adalah dari generasi ke 4 & 5), persembahan veteran dan harapan dari kedua belah rumpun, juga persembahan berkumpulan.
“Yang menariknya persembahan zapin mendendangkan lagu ” Bagan Datuk” menambahkan keceriaan majlis Tautan Kasih ini. Kesemua yang terlibat dalam aktiviti ini adalah dari generasi kedua hingga ke 5. Turut menghiasi majlis adalah dengan adanya permainan-permainan menarik selingan persembahan-persembahan tersebut.
“Aktiviti telah disambung kemalam nya menerusi Program Kejohanan Bowling Tautan Kasih di Ampang Superbowl Ampang Point, Ampang. Penyertaan seramai 120 orang untuk kejohanan tersebut dari keluarga Bagan Datuk dan Kuala Selangor.
“Alhamdulillah bab sumbangan dan hadiah tiada masalah kerana pihak urusetia telah menyediakan cenderahati pada mereka yang terlibat, untuk penaung keluarga, hadiah-hadiah kepada peserta persembahan dan pertandingan. Tidak ketinggalan dengan hadiah cabutan bertuah yang banyak. Ini memberikan satu semangat positif dikalangan tetamu yang hadir dan menjadikan majlis penuh meriah dan ceria.
“Apabila berkumpul dalam satu majlis besar seperti ini, sudah pastinya memberi impak yang sangat baik kepada seluruh ahli keluarga untuk setiap peringkat umur. Kasih sayang kekeluargaan yang dicurahkan dari dulu dapat dilihat dan terpancar disetiap wajah ahli keluarga yang hadir.
“Generasi bawah dan yang baru kebanyakan tidak mengetahui betapa ramainya ahli keluarga mereka dan ada juga yang tidak mengenali satu sama lain. Dengan adanya majlis seumpana ini memberi kesedaran bahawa masing-masing mempunyai pertalian keluarga yang sangat ramai.
“Juga dapat diketahui ada yang pernah belajar di Universiti yang sama, tinggal di blok asrama yang sama dan mengambil jurusan belajar yang sama dan tidak sangka selepas graduasi baru tahu ada pertalian saudara. Inilah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan,” ujar Asyikin sambil memberitahu majlis ini juga, persatuan keluarga iaitu Persatuan Tautan Kasih Raden Hj Mahmud untuk kedua rumpun terbentuk bagi memastikan hubungan ini terjalin selamanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buat penggemar bunga orkid atau yang baru berjinak-jinak untuk menanam orkid di halaman rumah, boleh mencuba tip yang dikongsikan oleh pemilik akaun facebook Salji Hokkaido ini. Apa yang menarik perhatian mengenai perkongsiannya selain terpesona melihat pokok-pokok orkid yang ditanam berbunga lebat, dia juga tidak pernah membeli baja khas untuk pokok orkidnya itu.
Menurutnya, “Saya tahu bukan semua sahabat-sahabat kita mampu nak beli baja untuk tanaman. Harga baja bukan la murah dan dengan kos sara hidup, dengan situasi sekarang ni amat memeritkan…carilah alternative lain untuk pokok-pokok kita.
“Di sini saya nak kongsi tip bahan buangan dari dapur untuk dijadikan baja. Saya tak pernah ada dan tak pernah beli baja khas untuk orkid-orkid saya.”
“Saya hanya guna sisa-sisa dari dapur iaitu air basuhan beras, ikan, ayam, daging, sotong atau udang,” jelasnya lagi.
Cara Buat :
Simpan la air basuhan di atas tu untuk pokok-pokok..kalau air basuhan beras saya amik yang pertama dan kedua basuhan sahaja saya simpan. 3 hari 3 kali basuh beras dah dapat setengah baldi. Cukup untuk orkid-orkid saya. Sesuai juga untuk pokok berdaun.
Hasilnya juga setanding dengan baja-baja kat pasaran sekarang, malah lebih berkesan jimat dan mudah. Kos untuk baja kita boleh guna perkara yang lebih penting untuk keluarga kita.
Ni kulit dan lemak ayam campur air basuhan beras sekali, tapi air basuhan ikan ayam jangan simpan lebih dari satu hari. Nanti busuk, nanti gatal-gatal tangan. Air basuhannya bleh guna terus
Ekstra Cara Berjimat
Pasu beli di kedai eco dan dan saya lubangkan dengan menggunakan paip besi. Caranya bakar paip besi tu sampai cukup panas dan cucuk kat pasu tu. Awas, guna sarung tangan atau kain masa nak pegang paip tu.
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...