Seorang penceramah seksualiti terkenal, Akhi Fairuz, jelaskan bahawa anak-anak berusia 13 tahun yang memasuki asrama berisiko jika ibu bapa tidak mengambil langkah yang sewajarnya.
Akhi Fairuz menerusi facebook miliknya memberitahu bahawa kenyataan itu diutarakan setelah ditanya oleh perunding kekeluargaan, Dr Taufiq Raziq mengenai usia yang sesuai untuk memasuki asrama.
“Semalam Dr Taufiq tanya saya elok anak masuk asrama usia 13 atau 16 tahun. Benda ni ada pro & con. Untuk usia 13 tahun ok je, tapi syaratnya adalah…. Baca post Dr Taufiq di bahagian komen tau.”- Akhi Fairuz
Tanpa persediaan ini, anak-anak mungkin menghadapi kesukaran menyesuaikan diri, sekaligus berpotensi memberi kesan negatif kepada perkembangan mereka.
Melalui laman Facebook milik Dr Taufiq Raziq meluahkan rasa kebimbangan mengenai isu ini menjelaskan 5 perkara yang ibu ayah kena buat sebelum mengambil keputusan untuk menghantar anak ke asrama.
Artikel Trending:
1. Pastikan anak sudah diajar untuk berdikari seperti mengemas tempat tidur, membasuh baju, cuci pinggan mangkuk dan skil untuk kehidupan.
2. Fahamkan anak yang setiap rakan-rakan di asrama nanti berbeza. Ada pendiam, ada peramah, ada pendendam, ada pembuli, ada terlalu advance bahkan ada yang dah terdedah dengan vape. Anak kena bersedia agar tidak berlaku kejutan budaya!
3. Bila homesick, jangan terlalu layan emosi hingga menangis tak henti-henti. Sedih dan rindu itu perlu, namun jika tidak dikawal, maka kemudaratan akan datang.
4.Anak kena didedahkan dengan sentuhan selamat dan tidak selamat. Mereka perlu tahu asrama adalah lokasi utama berlakunya gejala maksiat LGBT. Jangan layan jika ada ada orang nak jadikan adik angkat, ajak tidur bilik dia, tidur bersama satu katil serta tiada gurauan bila menyentuh private part.
5. Selalu bertanya khabar anak. Kerap melawat mereka. Usia 13 tahun ini agak fragile. Mereka baru akil baligh. Emosi dan perasaan anak sangat perlu dijaga oleh mak ayah. Bila emosi anak tak okay lagi mudah dia terjebak dengan benda benda tak elok
Sumber: Taufiq Razif
Layari portal Keluarga.my untuk info terkini dan bermanfaat seisi keluarga!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan event sepanjang tahun 2024!