“Berikan Yang Terbaik Sebagai Anak, Isteri & Ibu.” Muliakan Orang Tua Tip Kak KM Murah Rezeki, Miliki Banglo RM5 Juta

Share

Siapa yang tak kenal dengan usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM.

Terbaru, anak dramatis terkenal Normah  Damanhuri ini menjadi bualan ramai apabila berkongsi momen indah memiliki rumah banglo berharga lebih RM5 juta di Instagramnya, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Kak KM bersyukur kerana ia antara hasil titik peluh perniagaan produk yang diusahakan. malah, rumah banglo berkenaan merupakan kediaman ketujuh yang dimilikinya.

“Sebenarnya tanah rumah ini sangat besar, 10,000 kaki persegi. Sebab jika beli rumah baru mungkin susah nak dapat (yang besar) macam tu. Ia rumah lama. Boleh je kalau nak duduk balik, tinggal lagi kalau boleh saya mahu ia semua baru.

“Jadi kita nak runtuhkan, ‘naik’ balik yang baru. Lokasinya di Ampang. Sebenarnya harga lebih (RM5 Juta), nanti dikatakan berlagak pula. Baru cakap RM5 Juta orang dah marah sangat, kata kita nak menunjuk-nunjuk.

“Padahal kita bukan nak menunjuk, kalau tak boleh tengok tutuplah Instagram tu, betul tak?,” katanya ketika ditemui di Sidang Media Minggu Usahawan Negara 2022, Festival Fesyen & Kecantikan

Mengulas lanjut mengenai proses pengubahusaian bagi membangunkan kediaman yang serba baru, Kak KM menjelaskan ia mungkin mengambil masa sekitar setahun.

“Kita bagi masa dalam setahun sebab nak runtuhkan semua nak naikkan balik. Sebab kita ambil keputusan untuk ubah suai kerana anak bertambah, kalau boleh biarlah bilik seorang satu. Untuk mak dan mertua, untuk bilik sendiri juga.

“Malah kalau boleh nak adakan surau. Nak lebihkan benda itu, nak ada surau,” katanya yang turut mendedahkan memiliki kediaman berkenaan sebagai impian yang tercapai.

Ditanya tip kejayaannya sehinggakini akui, Kak KM dia sentiasa memberikan yang terbaik sebagai anak, ibu dan isteri.

“Pertama sekali, memang kena buat baik dengan mak bapak. Macam mana marah pun, kita tak boleh cakap fasal mereka, tak boleh nak marah-marah mereka. Mak cuma satu. Kalau nak berkatlah.

“Selain itu kita kena jaga bahagian, tanggungjawab kita. Kita dengan anak-anak, suami dan adik-beradik. Kena jaga benda tu dulu. Bagi saya itulah asasnya.

“Kemudian barulah sibukkan untuk benda lain. Mak dengan mak mertua itu memang nombor satu,” katanya lagi.

 

Sumber: lianarosli_ official


ARTIKEL MENARIK: Tak Boleh Ikut Peraturan, Bersedialah Untuk Dihukum, Bukan Minta Dilayan Macam Raja

ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu

BACA INI JUGA : Neelofa Rancang Ikut Suami Sambung Belajar Di Tanah Arab & Dedahkan Bilal Persekitaran Baru!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club