Beri Ruang ‘Me Time’ Berkualiti! Suami Ni Akan Pastikan Yang Terbaik Untuk Isterinya, Memang Sweet!

Share

Menjadi seorang ibu dan dalam masa yang sama berkerja tentunya jadual harian yang dilalui sangat padat dan meletihkan. Perlu menggalas tanggungjawab di pejabat dan bila di rumah, melunaskan banyak perkara dalam mengurus rumah tangga agar sempurna.

Atas alasan ini, wajar bagi seorang isteri mahukan ruang waktu bersendirian atau sedikit ‘me time’ untuk merehatkan diri dan sekali gus menenangkan minda. Sebagai suami pula, sebenarnya ada baiknya memahami keperluan memberi waktu ‘me time’ untuk isteri tercinta.

Apa yang pasti, ‘me time’ setiap wanita itu berbeza-beza. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang suami ini, bila menyentuh tentang me time terbaik yang diberikan untuk isterinya.


‘Me time’ yang terbaik buat seorang isteri adalah dapat baca Al-Quran, zikir, solat tanpa gangguan dari suami dan anak-anak. Saya ambil peluang ini jaga anak sementara isteri habiskan amalan dia.

Prinsip saya. Untuk isteri taat suami, berusahalah agar isteri taat الله dan Rasul terlebih dahulu. Sibukkan isteri dengan amal ugama, bukan sibukkan mereka dengan drama TV dan jangan sibokkan mereka dengan kerja rumah yang tak pernah habis.

Percayalah. Isteri itu anugerah terhebat dari الله. Dialah penyeri hidup seorang suami, dialah sumber pahala buat suami, dari dia jugalah akan lahirnya anak yang soleh solehah.

Kita suami jangan lupa doa;
“ ya Allah jaga isteri saya, ampunilah dosa-dosa dia, jauhkankanlah dia dari fitnah akhir zaman, kurniakan dia syurga tanpa hisab”

sumber : Muhammad Hassan