Sejak tular video seorang jutawan yang membelikan wang bonus secara tunai sebanyak RM 10000 kepada 3 pembantu rumahnya serta percutian mewah, ramai yang tertanya-tanya siapakan usahawan tempatan yang dimaksudkan.
Melihat pada kemurahan hatinya menghargai pembantu rumah yang selama ini menguruskan rumah dan anak-anak dengan sebaiknya, ramai yang mendoakan agar wanita ini menjadi inspirasi kepada usahawan-usahawan yang lain.
Tidak ada salahnya jika kita berkemampuan dan menghulurkan pada yang memerlukan. Selain dapat membantu, kita juga dapat mendapat pahala kerana menggembirakan mereka.
Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok @farahwen, usahawan ini dilihat menawarkan hadiah bonus sebanyak RM30,000 kepada 3 pembantu rumahnya.
Bukan itu sahaja, pembantu rumahnya turut dibawa bersama bercuti di sebuah pulau yang menawarkan penginapan yang begitu mewah. Lebih hebat, perjalanan menuju ke tempat penginapan mewah ini dibawa dengan menaiki helikopter.
Ads
Kemewahan yang dilimpahkan buat ketiga-ketiga pembantu rumah beliau ini sekaligus membuatkan para netizen teruja serta menjadikannya sebagai inspirasi kerana jarang ada majikan yang menghargai pekerja seperti ini.
Bagi yang ingin mengetahui siapakah usahawan ini, beliau pernah tular suatu ketika dulu apabila baju raya yang berharga RM 20 000 tertumpah kuah minyak. Pada ketika itu, beliau masih belum sempat bergambar dengan baju rayanya itu.
Paling menyedihkan apabila kotoran tersebut tidak dapat dicuci pada baju yang dibuat dari sutera itu.
Diakui hanya segelintir sahaja di atara kita yang dapat melanjutkan pelajaran hingga keperingkat PhD. Bahkan ada juga yang terkandas di tengah jalan. Nyata ia bukannya mudah, perlu pengorbanan dan usaha berganda berbeza daripada apa yang telah dilalui di peringkat ijazah mahupun master.
Jadi tentunya bila berjaya menamatkan pengajian dengan dianugerahkan PhD, itu adalah suatu perkara yang cukup membanggakan. Bukan sahaja untuk diri sendiri malah ibu ayah juga tumpang gembira dan bangga.
Begitulah kegembiraan yang ingin diterjemahkan oleh ibu kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman bila mana anaknya telah membuktikan meskipun sibuk namun akhirnya berjaya memperolehi Ijazah Dortor Falsafah daripada universiti Asia e University (AeU) yang merupakan universiti swasta bertaraf global.
Meninjau di Instagram @azizanosman_official turut ada berkongsi video menzahirkan rasa gembira dengan mendapat hadiah jambangan bunga daripada ibu tercinta. Dapat dilihat anak beranak ini berbalas pelukan dan ketawa riang tanda gembira.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang tumpang gembira dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan mendapatkan PhD.
Manakala memetik berita di Astro Awani, difahamkan Datuk Wira Dr Azizan Osman mencari jalan bagi menyediakan dirinya untuk sentiasa ke hadapan dalam memikul tanggungjawab yang lebih besar.
Mentor usahawan itu, mengorbankan masa dan tenaganya untuk mendapatkan ilmu, strategi dan kajian terkini agar memberikan kelebihan persaingan buat usahawan di bawah bimbingannya.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks), Radz Mohd berkata, beliau merupakan role-model kepada warga syarikat dan semua anak didik bimbingannya bila mana tidak pernah berhenti mencari ilmu-ilmu baharu walaupun sudah terbukti kepakarannya membimbing usahawan.
Katanya, Azizan bukan hanya pergi belajar malah mengolah dan lakukan tindakan bagi membuktikan keberhasilan perkara yang dipelajari.
“Bayangkan meskipun ketika musim sambutan Hari Raya Aidilfitri sebelum ini, beliau sanggup meninggalkan tanah air untuk menuntut ilmu.
“Azizan bukan saja cakap malah melakukan apa yang disebut kepada ramai bangsa usahawan di luar sana,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi konvokesyen Asia e University (AeU) yang merupakan university swasta bertaraf global dengan Akreditasi MQA bagi ijazah doktor falsafah (PhD) Pentadbiran Perniagaan sejak 2010 di World Trade Centre Kuala Lumpur pada Sabtu.
Untuk ijazah doktor falsafah itu, Azizan telah menyediakan tesis Effect of Business Coaching on Growth and Performance and The Moderating Role of Competitive Advantage in Small Medium Enterprises in Malaysia.
Terdahulu, beliau telah menduduki peperiksaan bagi Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) dan lulus pada April lalu.
Tambah Radz, selain membimbing secara dekat sekitar 300 usahawan jutawan di RichWorks, Azizan kini mempunyai tanggungjawab besar apabila dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Managepay Systems Bhd. (MPay) sebagai Pengarah Bukan Bebas.
Dalam pada itu, Azizan ketika ditemui memberitahu, beliau sangat bersyukur dengan pengiktirafan yang diterima semalam.
“Matlamat saya untuk mempersiapkan diri agar dapat terus memberikan nilai dan panduan berkesan buat bangsa usahawan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di dalam dan luar negara.
“Pengiktirafan dan kelulusan pendidikan yang diterima bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi untuk diberikan kembali kepada orang ramai terutama usahawan dan organisasi,” tegasnya.
Azizan berkata, beliau bersama RichWorks juga sudah 15 tahun dalam membimbing usahawan dan ia merupakan passion dirinya untuk melihat transformasi dan metamorfosis seseorang usahawan.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mengindahkan ruang rumah agar terlihat cantik dan rapi, akan lebih berseri jika digayakan bersama pokok hidup pelbagai saiz dan bentuk.
Memastikan pokok yang ditanam di laman rumah kekal segar, ada baiknya ketahui asas penjagaan indor plan yang dikongsikan ini.
ASAS PENJAGAAN INDOOR PLANT
Mungkin dah ramai tahu kelebihan pokok dalam rumah, kemudian ramai pula yang baru berjinak-jinak berkecimpung dalam bidang tanaman hidup ni kan.
Jadi hari ni kakak share tips asas penjagaan pokok dalam rumah ok.
Indoor plant ni sebenarnya tak lah rumit mana nak jaga. Cuma setiap pokok tu dia ada cara dia tersendiri .
Gambar hiasan
Basic rules pokok hidup dalam rumah:
1. Pastikan tanah lembab
2. Siram 3-4 hari sekali bergantung kepada kelembapan tanah tadi.
3. Jangan selalu siram pokok. Biar kurang air dari lebih air. Jika kurang air, pokok layu tapi once kita siram, akan segar semula. Jika terlebih air, akan merosakkan akar pokok. So pokok boleh mati.
4. Pokok hidup memang semula jadi perlu matahari. Seeloknya letak pokok ditepi tingkap.
Gambar hiasan
5. Jika rumah tak masuk matahari, dedahkan pokok 1-2 minggu sekali pada matahari.
6. Kalau jenis pokok yang memang indoor, jangan letak di kawasan direct sunlight.
7. Perlu baja kan pokok dalam 1-2 minggu sekali. Pokok juga perlu makan.
8. Untuk pasu yang tidak berlubang dibawah, saya letakkan pasu basic yang plastik dalamnya. Kira pasu luar tu sebagai hiasan.
Gambar hiasan
9. Jangan biarkan air bertakung dalam alas pasu.
10. Setiap pokok tak sama cara penjagaannya. Ada tak boleh lebih air, ada yang memang boleh hidup dalam air.
Pokoknya, kalau tak tau, tanyalah tukang jual .
Nanti ada masa kakak share pulak cara jaga setiap pokok.
Orang kata tangan panas tak boleh tanam pokok. Sebenarnya bukan salah tangan yang panas. Tapi mungkin sebab tangan rajin sangat siram pokok .
Tips ini mungkin berbeza dari orang lain. Ini hanya dari bacaan dan pengalaman kakak tanam pokok hidup. Banyak dah pokok kakak binasa sebelum ni sebenarnya.
Sumber : Atul Kiena
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Nampak Kesungguhan Dan Keikhlasan”-Datuk Syafinaz Ajar Qariah Teknik Pernafasan Raih Pujian Netizen!
Datuk Syafinaz Selamat, namanya begitu dikenali sebagai guru vokal dan juri program realiti TV, juga smerupakan seorang penyanyi yang berbakat.
Terbaharu, tular beberapa video berkenaan Datuk Syafinaz mengajar teknik pernafasan yang betul dalam satu kelas tarannum telah menarik perhatian umum.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Menerusi video tersebut, selebriti dan juga pensyarah muzik ini begitu bersungguh-sungguh mengajar dan berkongsi ilmunya.
Melalui video tersebut, kita juga dapat dengar bacaan tarannum daripada Ustazah Aisyah Baain itu lebih baik selepas mengikut saranan teknik pernafasan daripada Datuk Syafinaz.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang tampil memuji serta meluahkan rasa kagum dengan Syafinaz.
Selain pujian, ada juga yang mendoakan agar Syafinaz mendapat pahala yang berganda-ganda kerana membantu para qari dan qariah.
Kebiasaannya kita melihat Syafinaz menjadi juri dalam sesebuah pertandingan, sememangnya ramai tidak menyangka Syafinaz yang juga pensyarah muzik itu turut mengajar qari dan qariah.
Meninjau di ruangan komen, ini antara yang menarik perhatian daripada ribuan komen yang ada.
“Macam-macam cara Allah kurniakn kita utk memanfaat diri utk orang di sekeliling kita. Datuk Syafinaz dikurniakn ilmu. Semoga usaha dirahmati Allah.”
“Ustazah ni dh terer taranum weh, tapi dia pun terbuka untuk belaja lagi dengan tokpinaz. Subhanallah. Tahniah kdua duanya. Moga menjadi asbab untuk masuk ke syurga Allah.”
“Masing-masing ada kepakaran masing-masing .. banyak ilmu yang kita tak tau tapi orang lain tau.. dan ini bukti penting berguru”
“Cantik Datuk bertudung.. Teruskan Datuk.. Ameen…”
“Bagus gunakan teknik guru vokal..sebab mengaji ni pun sama macam kelas vokal. Teknik pernafasan tu. Ada orang tak cukup nafas boleh jadi semput dan pengsan.”
Penduduk di Sabak Bernam dikejutkan dengan penemuan seorang bayi yang ditemui di dalam mangkuk tandas wanita di sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani di sini pada tengah hari Ahad.