Beri Duit Raya Itu Sedekah, Bila Meminta Boleh Jatuh Dosa. Ibu Ayah Take Note!

Share

Memberi duit raya pada anak-anak kecil dan tetamu dah menjadi adat dalam masyarakat kita pada hari raya. Selepas sesi bermaafan di pagi raya, beri duit raya sudah menjadi rutin sekali datang perayaan itu.

Jika orang memberi, dah menjadi rezeki untuk menerima. Tetapi.. Sekarang ni dah menjadi trend lain pula orang meminta duit raya yang tanpa sedar sebenarnya boleh jadi dosa. Jom ikuti perkongsian dari seorang ustaz di laman Twitter.

BERDOSA SEBENARNYA MEMINTA-MINTA DUIT RAYA

‎Minta duit raya sebenarnya dosa. Beri duit raya itu sedekah. Meminta-minta pula dilarang agama.

Kata Nabi:

‎من سأل الناس أموالهم تكثرا فإنما يسأل جمرا

‎Siapa meminta minta untuk menambahkan hartanya, sungguh dia telah meminta bara api. [Riwayat Muslim]

Dalam hadis lain Nabi kata:

‎لا تزال المسألة بأحدكم حتى يلقى الله، وليس في وجهه مزعة لحم

‎Tidaklah seseorang itu meminta-minta sehingga nanti dia bertemu Allah tanpa seketul daging pun berada di wajahnya. [Riwayat Muslim]

‎Duit raya itu sedekah, minta duit raya ertinya meminta?

Imam an-Nawawi kata, ulama sepakat haramnya meminta-minta jika bukan dalam keadaan darurat. Haram juga jika darurat tapi mampu bekerja. Sebahagian ulama kata makruh. [al-Minhaj 7/127]

Kita pula rileks je minta duit raya padahal ianya dosa walaupun adat terbiasa. Wallahua’lam.

Adat ni dimaafkan kalau budak-budak je yang duk minta-minta. Logik lah mereka dalam tanggungan, tak bekerja tak ada kemampuan.

Ini yang dah besar panjang, dah kerja, sihat tubuh badan duk minta-minta duit raya, apa lagi kat strangers online. Tak malu ke?

Lepasni kita cuba ubah. Kita yang dah besar ni kumpul duit lepastu kita bagi kat anak-anak, keluarga dan kaum kerabat terutama yang kita tahu dia orang susah.

Lepastu kita slow-slow pesan kat adik/anak, jangan biasakan minta duit raya. Kalau dapat syukur, tak dapat jangan minta.

Sumber: Twitter Ustaz Addien