Keibubapaan

Beri Arahan Pada Anak Kena Ikut Peringkat Usia, Baru Berkesan!

Share

Mendidik anak sememangnya perlukan kesabaran. Namun mendidik anak juga perlukan ilmu yang tepat dalam mendidik.

Menegur anak misalnya perlukan cara yang bersesuaian dengan umur anak supaya arahan lebih senang diterima anak-anak. Ini yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim. Ikuti perkongsian beliau.

Ajar common sense, lepas sepah suruh kemas. Haih, bukan tak nak ajar tapi belum sampai waktunya.

Meh saya kongsi sikit kenapa nak mendidik anak ni ada fasa fasa dia, tak boleh gelojoh semua nak ajar daripada kecik.

1. Ajak
Fasa mengajak. Kanak-kanak ribena, belum masuk fasa mumayyiz, akal pun tak ada lagi. Bukan tak boleh ajar tapi dia tak faham & tak ready.

Sebaiknya masa ni kita banyak mengajak dia mengemas. Meh kemas sama-sama. Meh tolong ibu kemas, meh susun balik mainan ni.

2. Ajar
Fasa mengajar kena ada hemah & hikmah. Mula usia 5 tahun anak dah mula ada akal rasional sikit, boleh dah ajar life skils kemas kemas ni.

Mainan ni lepas main kena kemas, supaya tak hilang, kang ayah terpijak rosak pulak nanti.. contoh dialog dengan anak.

3. Arah
Dah tunjuk contoh. Dah ajar secara rasional. Baru la masuk fasa kita nak bertegas. Seeloknya selepas anak dah mumayyiz la ya.

Lebih baik, buat house rules. Latih anak ikut peraturan, bukan kemas mainan sahaja tapi ada house chores tertentu yang memang anak perlu buat setiap hari. Kemas mengemas ni remeh je tapi common sense & kemahiran hidup itu paling utama.

Tak apa la sepah sikit sikit apa ada hal. Terlajak sepah, boleh kemas lagi. Tapi terlajak kata-kata tak elok, eh boleh merentan tak sudah nanti.

Wallahu a’la