Bukan mudah untuk mendidik anak. Lantaran itu setiap ibu bapa, perlu tahu cara cara yang betul untuk memastikan anak-anak membesar dalam persekitaran yang sihat. Ikuti perkongsian puan Maryam Thoraya Arifin. Jom semak tip ini.

Beri Anak Peluang, Barulah Dapat Rangsang Mindanya. Ikuti Perkongsian Bermanfaat Ini
MEMBERI PELUANG PADA ANAK
Anak-anak akan amat seronok apabila kehendak mereka diraikan. Kadang kala ia bukanlah sesuatu yang terlalu payah, tetapi sekadar MEMBERI PELUANG. Peluang yang diberi, beserta masa yang cukup, amat memuaskan mereka.
Pemerhatian kami, biasanya anak-anak akan mempunyai sangat banyak yang ingin diperkatakan. Pada masa ini, duduk searas dengan mereka, dan dengar apa yang ingin diperkatakan. Dalam keadaan ini, ibu bapa atau pendidik perlu beri ruang masa dan sabar mendengar pendapat dan keinginan mereka. Tahan dulu dari kita berbicara panjang.
Lebihkan perhatian, anggukan, ahha, mmm sebagai tanda kita faham dan berikan respon yang sesuai pada waktu yang sesuai. Elakkan daripada kalut. Tidak semestinya semua projek perlu siap sehari itu juga. Di Naluri Kreatif, kami mengusahakan satu projek boleh dikembangkan kepada aktiviti seminggu.
Jangan terlalu gopoh semuanya ingin dicapai sejam itu juga. Tidak kiralah kita ibu ayah atau guru. Anak-anak perlukan masa untuk mereka memproses ilmu. In-depth learning akan lebih membantu mereka memahami konteks kehidupan dengan lebih menyeluruh.
Tahan dari ingin capai semua, sebaliknya letakkan target kecil yang ingin di capai pada hari itu. Contohnya seperti gambar ini, anak-anak membuat Banana Milk Shake. Boleh fokus pada pandai menuang, pandai memotong. Ini tidak cukup dengan satu kali aktiviti ini sahaja untuk mengasah skill ini.
Perlu ada projek lain untuk bantu anak dalam terbiasa dengan kemahiran ini dalam masa yang dekat dengannya. Walaupun ini nampaknya mudah, tetapi sekiranya mengendalikan anak yang ramai, ia perlu ada perancangan.
Membentuk sesebuah nilai pada anak, tidak cukup hanya sekadar kata-kata. Ia perlu dibincang,  dibuat bersama, dirasai dan dibiasakan . Ia juga tidak boleh terburu-buru sehingga semuanya ingin capai dan buat serentak.
Anak punyai akal yang hebat untuk memproses. Bantu anak dengan wujudkan habit secara bertahap dalam sistem pendidikan anak dirumah atau di pra sekolah.
P/S:
Bagi penggerak pendidikan awal kanak-kanak, kami sudi berkongsi berkongsi bagaimana menjadikan pendidikan lebih bersistem agar tercapai hasrat kita pada anak-anak .
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI