Menggelabah, rasa risau yang melampau sehingga tangan kelihatan menggeletar tanpa sebarang sebab yang jelas, mungkin petanda individu tersebut sedang mengalami serangan panik.
Serangan panik boleh berlaku dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.Ini yang dinamakan penyakit anxiety disorder, sejenis penyakit mental yang boleh menyebabkan kesukaran untuk menjalani kehidupan secara normal.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
PEMANDU WANITA ALAMI ANXIETY
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menerusi perkongsian facebook DBKL, difahamkan seorang pemandu mengalami anxiety.
Menerusi perkongsian itu dimaklumkan berlaku satu insiden di mana seorang pengguna jalan raya secara tiba-tiba memberhentikan kenderaan beliau di tengah-tengah jalan utama di Jalan Kuching menghala ke Selayang. Di fahamkan kejadian itu berlaku semalam (23 Disember 2022).
Insiden ini menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas di laluan berkenaan.
Walaubagaimanapun, hasil usaha pantas skuad penyelamat, anggota trafik serta pasukan ITIS DBKL serta dibantu oleh pasukan PDRM, situasi telah dapat dikawal dengan segera.
Pemilik kenderaan yang dikatakan mengalami anxiety, telah berjaya dipujuk untuk keluar dari kenderaannya dan kenderaan beliau kemudiannya telah dialihkan ke bahu jalan.
Sumber: DBKL
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club