Allahu berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Apalah daya seorang suami dan ayah bila mana insan yang disayangi pergi buat selama-lamanya.
Segalanya berlaku sekelip mata apabila kenderaan yang dinaiki sekeluarga dirempuh Treler. Akibatnya isteri dan 7 anak meninggal dunia ditempat kejadian akibat terperosok dibawah treler.
Menerusi laporan Berita Harian, polis sudah mengenal pasti 10 individu maut dirempuh treler ketika berhenti di lorong kecemasan.
Mangsa yang meninggal dunia adalah Norul Naziah Buyong, 37, dan lapan anaknya berusia antara 10 bulan hingga 16 tahun dilaporkan menaiki Proton Wira dipandu suaminya Abdul Razak Majit, 50, yang cedera ringan.
Seorang lagi mangsa yang maut adalah seorang mekanik, Muhamad Rahimi Rolex, 27, yang mana ketika kejadian memandu kereta jenis Proton Wira, datang untuk membantu menghidupkan bateri kereta dipandu Abdul Razak.
Jurucakap Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, berkata semasa kejadian keadaan permukaan jalan lebuh raya tiga lorong sehala menghala ke Shah Alam licin akibat hujan lebat.
“Pada masa sama lori berkenaan menyeret kereta Abdul Razak ke kanan lebuh raya sehingga menyebabkan sembilan ahli keluarganya dan Muhamad Rahimi maut ditempat kejadian,” katanya.
Seorang mangsa yang cedera parah serta dua cedera ringan dihantar ke Hospital Shah Alam, untuk rawatan.
Sumber: Berita Harian