Tidak dapat dinafikan, setiap wanita akan berdepan dengan delima untuk berhenti kerja demi menjaga anak dan menguruskan keluarga tercinta. Tambah-tambah lagi jika anak-anak masih kecil dan memerlukan lebih perhatian daripada ibunya sendiri. Bila ini berlaku, wanita yang punya jawatan penting di dalam sesebuah organisasi sekali pun akan berani mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Umumnya, keputusan yang diambil oleh seorang wanita tersebut pasti akan ada memberi kesan pada kehidupannya. Maklumlah, dahulu ada kerjaya tetap tapi kini bergelar suri rumah tangga. Oleh itu, kebiasaannya wanita yang ada pengalaman memegang ‘duit sendiri’ ini akan selesa untuk melakukan kerja daripada rumah untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria dan ikuti perkongsian perasaan dan pengalamannya setelah beberapa tahun berhenti kerja. Semoga ia akan dapat memberi info bermanfaat.

Ads

[su_highlight background=”#f9f2c0″ color=”#191ad4″]Ini Apa Yang Saya Rasa [/su_highlight]

  1. Jadi suri rumah jaga anak memang 200% ganda penat dan stres daripada bekerja.
  2. Jadi suri rumah, susah nak dapat Me Time. Time mandi pun ada penonton. Kalau tutup pintu. Ada yang ketuk pintu non stop sampai telinga kita bingit dan terpaksa buka pintu. Bila buang air, ada orang kat sebelah tolong flush kan adalah perkara biasa. Sebab? Anak yang 24 jam duduk dengan mak ni manja dia lain macam. Melekat tak boleh berenggang. Takpa dah besar nanti ok lah. Tak lama dah.
  3. Jadi suri rumah, kadang-kadang akan rasa bosan sebab tiap hari rutin yang sama. Bangun. Kemas rumah. Masak. Mendobi. Rumah selerak, kemas semula. Lipat baju. Rumah selerak,kemas semula. Kadang-kadang tak sempat makan. Nak pula kalau buat bisnes macam saya,terkejar-kejar antara kerja rumah dan bisnes. Paling boring ialah kemas rumah. Berkali-kali sehari sebab saya jenis tak boleh rumah selerak. Paling penting, time suami nak sampai dari pejabat, rumah wajib spotless clean. Anak-anak pun dah tau, kalau saya kata papa dah nak sampai, dorang takkan selerakkan rumah lagi. Papa dah sampai, baru boleh sambung projek selerak rumah
  4. Jadi suri rumah, kita akan rasa lonely. Takde kawan. Time kerja dulu masuk kerja jumpa orang. Sembang, makan sama-sama. Jadi suri rumah sembang dgn anak, sembang dengan tv, sembang kat wasap. Makan sorang sambil layan fb. Itu aje. Antara benda yang paling rasa missing bila dah tak kerja ialah kurang bersosial. Time ambil anak balik sekolah dapat la jumpa mak-mak atau nenek yg ambil anak. Dapatlah sembang dalam 10 minit. Bila suami cerita makan-makan dengan ofismate kadang-kadang rasa jealous.
  5. Jadi suri rumah takda cuti sakit atau cuti rehat. Time kerja dulu, kalau sakit boleh ambil mc. Hantar anak kat taska dan rehat kat rumah. Sekarang? Time sakit pun kena layan anak buat sarkas. Takde nya nak dapat rehat tidur dengan tenang dan bahagia.
  6. Jadi suri rumah,dah bertahun tak berdating dengan suami. Dulu time kerja kami ambil cuti sehari, pergi jalan-jalan tengok wayang. Anak kat taska. Sekarang dah tak merasa. Rindu moment tu. Takpe… anak-anak dah sekolah nanti boleh repeat semula.
  7. Jadi suri rumah, orang akan pandang rendah kat kita. “Belajar tinggi-tinggi tapi jaga anak kat rumah je” “dulu lepas spm tak dapat offer masuk u ke?” “Tak kerja tak takut ke kalau suami buat hal? Nanti terkontang-kanting kena tinggal” “syoklah dapat duduk rumah tak payah kerja. Relax-relax je main dengan anak”. Malah mertua saya pernah kantoi, taknak sebut saya suri rumah jaga anak. saya senyum je. Pasal suami buat hal tu…. apa yg kita fikir & sebut itulah yg akan jadi. Kalau takut nak berhenti kerja sebab takut suami buat hal, nah…nanti betul2 jadi. Fikir benda baik,sebut benda baik, doa yang baik-baik, buat yang terbaik, dan tawakal. Percaya kepada Kun fayakun.
  8. Jadi suri rumah, kadang-kadang syaitan akan datang dan bisik : kalau tak resign dulu… sekarang gaji mesti dah beribu bilion…bla..bla..bla.. berbaloi ke berhenti kerja jaga anak? Syaitan tu memang akan datang menjengah. Especially bila tgk kawan2 seangkatan naik pangkat, pakai baju cantik bergaya posing dalam bilik kat pejabat. Just shake it off. Jangan dilayan. Halau syaitan tu supaya pergi jauh-jauh.

“Sebab tu ada ustaz yang kata surirumah adalah pekerjaan paling mulia bagi seorang wanita. Sebab memang tak mudah. Pengorbanan paling besar ialah tinggalkan kerjaya dengan jawatan & gaji kita semata-mata untuk anak & suami. Allah juga yang akan memberi balasan untuk saya di syurga nanti. Insya Allah!”

Ads

Sumber : Nurul Kasmadillawati Zakaria

Ads

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI