Insiden membabitkan bekas Dewi Remaja 2018/19 susulan tersebarnya video yang di sebuah kelab malam dan memegang gelas minuman keras tular di internet.
Menyebabkan buat pertama kali dalam sejarah penganjurannya, gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang dimahkotakan kepada Haneesya Hanee, ditarik balik.
Susulan insiden tersebut, ramai yang mengecam tak kurang yang tampil memberi sokongan kepada gadis hitam manis ini. Antara selebriti tersebut termasuklah Fasha Sandha.
Dalam catatan yang dimuat naik di laman instagramnya, Fasha memohon semua pihak memberi peluang kepada Hanee kerana dia seorang yang berbakat dalam industri seni.
Kepada @haneesyahanee ,
Remember this quote
‘Fall 7 times,stand up 8’
It’s undeniable–we all make mistakes.
It’s in our nature as humans to fail.
“Insyaallah ada rezeki di tempat lain untuk awak, terutamanya untuk yang teraniaya oleh ‘sahabat’ sendiri.
“Video aib dirakam ‘sebelum kemenangan’ disebarkan selepas kemenangan. Berhati-hati memilih kawan.Tak semua kawan suka dengan ‘kejayaan’ kita. .
“Jangan diulangi kesalahan itu Hanee dan…
Semoga industri dapat memaafkan Hanee. Dia unik, cantik dan berbakat besar dalam industri modelling dan lakonan.
“Saya yakin ada kebaikan dalam diri Hanee. Berikan dia peluang. Jangan kita hukum dan menghina dia dan keluarga. #doayangbaikbaik
Kita tidak tahu apa akan jadi pada kita, atau keturunan kita kelak.Nasihat Fasha turut disokong oleh netizen lain yang turut memberi kata-kata semangat kepada Hanee untuk terus maju ke hadapan dan tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama.
Sumber: IG fashasandha