Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kehilangan tonggak keluarga yang selama ini mencari rezeki menyebabkan lima beradik hilang tempat bergantung. Ayah yang disayangi meninggal dunia baru-baru ini akibat penyakit lelah.
Lebih malang lagi, ibu mereka tidak mampu menguruskan lima beradik ini. Wanita ini hanya mampu terbaring di atas tilam ekoran terlibat dalam kemalangan sejak setahun lalu yang mengakibatkan wanita itu lumpuh seluruh badan.
Kini, anak sulung Nafrah Qistina Razali, 12, terpaksa menggalas tanggung jawab sebagai ketua keluarga tersebut. Pelajar Sekolah Kebangsaan Belimbing, terpaksa bergilir dengan adiknya menjaga ibunya, Rahimah Omar, 42, yang terlantar di atas katil.
Ads
Menurut Nafrah, dia akan bergilir menjaga ibunya dengan adik keduanya, Muhammad Habbi Al Muhaimin Razali, 10.
“Ada ketika saya tidak sekolah selama seminggu, lagi pun ibu perlukan perhatian khusus kerana tidak boleh makan dan minum seperti biasa dan hanya bergantung kepada susu khas sebagai penambah tenaga.
“Ibu juga perlu dipakaikan lampin pakai buang kerana dia tidak mampu menguruskan dirinya sendiri,”katanya kepada Sinar Harian.
Ads
Setakat ini keluarga malang ini ada menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu bantuan untuk salah seorang adik dari adik kembarnya Nuaiqalisa Razali, 5 dan ibunya yang sakit.
“Namun perbelanjaan kami tidak mencukupi kerana rumah yang kami diami ini merupakan rumah yang disewa.
“Harga sewa rumah RM300 dan kami buntu memikirkannya kerana sumber pendapatan tetap keluarga tiada selepas ayah yang bekerja sebagai pemandu lori sebelum ini, meninggal dunia,” katanya.
Ads
Menurut Nafrah, kini dia hanya menggunakan wang JKM untuk menampung perbelanjaan makan dan minum mereka sekeluarga termasuk bayar sewa rumah, bekalan susu dan lampin pakai buang ibu mereka di samping untuk belanja dapur.
Terdahulu, Nafrah dan keluarga dikunjungi Mantan Setiausaha Dun Bukit Panau, Mohd Alias Yusof dan mantan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) Mohd Rozimi Mohd Zain.
Alias berkata, pihaknya amat bersimpati terhadap nasib keluarga berkenaan dan akan berusaha mendapatkan bantuan susulan demi kelangsungan hidup keluarga itu.
Sumber: gpsbestari
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kekurangan yang dihadapi oleh seseorang bukan penghalang untuk mereka berjaya. Apa yang penting, sokongan padu dari orang sekeliling yang menerima kekurangan dan sentiasa menyayangi mereka termasuklah ibu bapa. Sokongan padu dari ahli keluarga beri sangat memberi erti sehingga boleh beri impak positif pada seseorang.
Itulah yang dikongsikan oleh pelakon dan pengarah, Ahmad Idham bersyukur apabila anak istimewanya, Ahmad Firdaus, 21, kini sudah boleh berjalan meskipun memerlukan alat sokongan.
Melalui perkongsiannya di Instagram, Ahmad Idham berkata tiada perkara yang mustahil yang boleh dicapai kerana anak sulungnya itu telah disahkan mengalami focal encephalitis ketika kecil sehingga menyebabkan kesukaran untuk berjalan dan bertutur.
“Antara aktiviti hujung minggu, bawa Abang (Ahmad Firdaus) jalan-jalan untuk latihan kuatkan kaki Abang.
“Walaupun kadang-kadang ada benda kita rasa mustahil untuk kita capai, namun tidak pernah ada yang mustahil selagi Allah izinkan ianya untuk berlaku.
“Abang, ketika usia 2 tahun doktor mengesahkan dia mengalami focal encephalitis sehingga mengalami kesukaran berjalan dan bertutur.
“Namun, hari ini abang dah boleh berjalan walaupun memerlukan alat sokongan, tapi abang tetap berjaya lakukannya,” katanya.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik video yang disunting ketika melakukan aktiviti beriadah dan bercuti bersama keluarganya.
Menurut Idham yang juga menubuhkan Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus itu dia berbangga dengan anaknya serta berharap agar lebih ramai anak istimewa menjalani kehidupan seperti manusia biasa.
“Daddy bangga dengan abang!
“Semoga lebih ramai anak-anak istimewa mampu menjalani kehidupan seperti manusia biasa yang lain,” beritahunya.
Lesung batu ni macam jadi satu benda wajib di dapur kita. Kalau tak ada lesung batu ibarat dapur macam tak berfungsi dengan sepenuhnya. Tak gitu?
Kalau tiap kali tumbuk sambal tapi susah nak hancur dan lumat, tu maknanya lesung batu kita dah tak berapa nak tajam. Proses tumbuk sambal patutnya sekejap saja jika batunya benar-benar tajam.
Jika anda mengambil masa yang agak lama ketika proses menumbuk, itu bermakna lesung batu kita dah kurang tajam dan tidak lagi berfungsi dengan betul.
Tau tak lesung batu yang terlalu lama juga akan mengakibatkan permukaan jadi licin dan haus. Macam mana nak tajamkan lesung batu ini? Jangan pandang mudah. Walaupun lesung batu bukanlah perkakasan utama tapi ia sangat membantu kerja-kerja memasak. Rasa pun sedap kalau ditumbuk.
Macam mana nak jaga dan tajamkannya?
BAHAN-BAHAN:
Garam kasar
Kulit Kerang
1. Caranya adalah mudah sahaja, ambil garam kasar yang bersaiz besar dan masukkan ke dalam lesung batu.
2. Golekkan dengan penumbuknya dan tumbuk garam ini lumat.
3. Cara kedua pula adalah dengan menggunakan kulit kerang. Tumbuk kulit kerang kerang hingga hancur dan bersihkan permukaannya.
4. Hasilnya permukaan lesung batu menjadi lebih tajam dan kasar. Cubalah.
Tip Jaga Lesung Batu
Siapa kata lesung batu tidak harus dijaga dengan baik. Untuk menjadikan lesung sentiasa bersih, tajam dan terjaga kondisinya, harus ada caranya. Cuba tip yang diberikan ini.
* Selepas digunakan, pastikan lesung batu dibasuh bersihbagi menghilangkan baunya.
* Jika perlu, gunakan sabun untuk hilangkan bau-bauannya.
* Keringkan di tempat yang di bawahnya berjaring seperti tempat letak pinggan. Ini bagi membolehkan bahagian bawah lesung lebih cepat kering dan hilang baunya.
* Selalulah menumbuk garam kasar di dalamnya bagi menajamkan matanya.
* Sesekali tumbuk sebarang jenis cengkerangbagi menajamkan lagi matanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seronok kan bila tengok tanaman kita subur dan segar. Rasa berbaloi dan puas hati berpenat lelah selama ini.
Tetapi macam mana pula jika kesemuanya habis diserang serangga perosak? Memang geram melihatkan tanaman mahupun pokok bunga-bungaan kesayangan yang dijaga sempurna rosak dek dikerjakan serangga perosak.
Nah admin kongsikan tip guna Baking Soda untuk dijadikan racun serangga. Jom baca perkongsian puan Cherie Sis Noriza ni.
BAKING SODA bole dijadikan RACUN SERANGGA 1- SIPUT menyerang waktu malam .Taburkan baking soda keliling tanaman . Otot siput akan hancur jika terkena soda . #pastikan soda tak kena pangkal tanaman hanya keliling tanaman.
2- FUNGUS campurkan 1 sudu teh soda + 1 liter air . Semburkan pada bahagian yg kena fungus atau kehitaman .
3- JANGKITAN DEBU PUTIH campurkan 1 sudu teh soda + 1 liter air + 1 sudu teh cecair pencuci pinggan . Semburkan pada permukaan daun yg terkena debu putih itu secara rutin tiap minggu hingga hilang jangkitan .
4- SEMUT Sikit gula halus campurkan sikit soda . Taburkan pda laluan semut td Semut akan mati bila termakan soda . Atau bole wat campuran air semburan seperti di no3 .
5- ULAT RATUS- LUBANG2 KAN DAUN TANAMAN Soda + tepung jagung Taburkan pada bahagian yg diserang . Ulat2 itu akn mati
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...