Minggu ini ramai ibu bapa yang memuat naik kisah anak di dalam sesi orientasi sebelum memulakan persekolahan minggu depan.
Baik orang biasa mahupun selebriti, pasti tak sabar kan. Termasuklah juga penyanyi Misha Omar.
Rupa-rupanya, anak sulung beliau , Muhammad Adam Emir bakal memulakan alam persekolahan di tingkatan satu minggu depan.
Justeru, menerusi laman instagramnya, penyanyi Sampai Bila ini turut memuat naik sekeping gambar si suaminya sedang mengikat tali kasut anak mereka.
“Orientasi Muhammad Adam Emir di sekolah menengah..Harini from top to toe Abah yang siapkan Adam…
“Bergenang airmata Ibu tgk scene depa berdua pagi ni bila Adam belum pandai ikat tali kasut sendiri…. Terima kasih, Abah,” tulis Misha di kapsyennya.
Walaupun bakal memasuki tingkatan satu, anak Misha ini rupanya masih belum pandai mengikat tali kasut. Nampak lucu manakala si ayah sporting betul tolong ikatkan.misha
gambar tersebut turut mendapat respond dari peminat Misha yang memuji anak pemyanyi itu sudah besar dan mendoakan keluarga ini agar terus kekal bahagia.
Malah ada yang berkongsi cerita anak mereka yang sama seperti anak Misha, tidak pandai ikat tali kasut sendiri.
Sumber: IG mishaomar