Kasih sayang seorang ayah… Sebak membaca luahan hati pelakon popular Adi Putra menerusi perkongsiannya di laman instagram.
Memuat naik sepotong video sempena hari jadinya, Adi Putra melahirkan rasa sebak apabila anak perempuannya yang tidak boleh bercakap dan mendengar tetapi cuba membacakan doa selamat sebagai hadiah hari jadi cukup menyentuh hatinya sebagai seorang ayah.
“Saya sangat sebak bila putri saya Zara Adelia yang tak boleh mendengar dan bercakap membacakan doa selamat buat hari jadi saya. Allahu, bergenang air mata saya. Allah saja yang tahu.
“Inilah hadiah paling cukup istimewa yang tak dapat beli dimana-mana. Terima kasih istriku, az-zahra, nani, yang meraikan ulang tahun ku ke 40 Tahun.
Perkongsian yang cukup menyentuh hati itu turut mendapat reaksi warganet. Ada yang melahirkan rasa sebak melihat video berkenaan.
Allahu… terharu
Sumber: adpadiputra