Kita pastinya inginkan yang terbaik buat anak-anak, tanpa sedar kita lupa bahawa anak-anak menjadi ‘mangsa’ kemarahan kita. Kita merasakan apa yang anak lakukan salah sehingga segala keputusan mereka kita tentu kan.
Hakikatnya, kita lupa bahawa tindak tanduk kita kadang kala, tidak semuanya betul. Barangkali ego menguasai diri. Begitulah yang dipaparkan oleh wanita ini. Moga kita muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang.
Ikuti perkongsian ini.
Setiap bulan, saya akan bertanya kepada anak-anak apa yang mahu di buat menjelang weekend (Jumaat dan Sabtu). Tidaklah setiap hari, hanya hujung minggu.
Anak-anak akan request. Nak tidur lewat, nak makan mee hailam, nak spaghetti, nak moi sup, nak bermain basikal, nak menonton cartoon atau movie. Selalunya kami layankan je, ye la time ni ja masa untuk penuhi hajat anak-anak.
Cuma sejak PKP, anak kedua saya meminta sesuatu yang tidak pernah dia minta sebelum ini.
UMI, JANGAN MARAH
Zhafran meminta ‘Ummi jangan marah-marah tau’.
Ads
Saya terkejut. Saya renung muka Zhafran lama-lama. Beliau anak yang baik, sopan, tidak pernah bercakap kasar dan anak yang sangat manja.
Saya hanya membalas ‘ok sayang’.
Saya control emosi saya dan cuba penuhi permintaan itu. Saya ingatkan dah setel, tetapi setiap bulan Zhafran hanya ulangi permintaan yang sama.
“Ummi jangan marah-marah”.
Akhirnya saya tanya suami saya, “saya kerap marah-marah ke sejak dua menjak ni? Saya rasa saya tak marah-marah.”
Owh.. Baru saya tersedar, itu yang saya terlupa ubah rupanya..
TEGURAN DARI AHLI KELUARGA
Iya, saya rasa saya tidak meninggikan suara, rupa-rupanya nada suara saya tegas, tidak mesra, tidak menasihati tetapi hanya memberi arahan, dingin dan mungkin bagi anak-anak, saya sudah tidak seperti dahulu.
Ads
Kadang-kadang kita tidak perlukan orang luar untuk menegur kita,hanya bertanya kepada keluarga kecil kita, mereka jujur memberi tahu segala-galanya.
Anak-anak atau pasangan, takkan pernah menjatuhkan kita. Merekalah orang yang paling telus dan mahukan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga kita.
Selalu juga saya terlupa, saya mahukan yang terbaik untuk anak-anak, tetapi saya tidak bertanya apa yang anak-anak inginkan dari saya.
Saya okey je sebenarnya kalau suami atau anak-anak tegur, macam mana saya mahu pasangan dan anak-anak mendengar apa yang saya nasihatkan, saya juga tidak kisah menerima permintaan mereka untuk saya mengubah sikap menjadi lebih baik dari sebelum ini.
Latih anak-anak kita untuk berani voice out apa yang ada di dalam hati mereka, dengarlah pendapat mereka tentang diri kita dan belajarlah menerima kekurangan kita serta perbaiki kelemahan kita.
Menjadi ibu bapa tidak membuatkan kita 100% betul dan sempurna.
Kredit: Norzi Malek
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dah jadi adat setiap tahun mulanya persekolahan baru mesti ada perkara lucu yang dibuat oleh anak-anak pada hari pertama persekolahan.
Yang mana baru darjah satu dengan tangisan mereka, dan ada yang terlebih semangat. Malah bukan pelajar sahaja, cikgu-cikgu pun tak kurang peranan mereka dengan kostum kartun demi gembirakan anak-anak ke sekolah.
Kalau sebelum ini viral anak-anak ini tersangkut kepala di kerusi, tupperware mak tertinggal di sekolah, semalam, viral satu video yang memaparkan seorang pelajar berdepan detik cemas apabila jarinya tersangkut pada lubang botol minumannya.
Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna tiktok @rawahill, yang kelihatan jari pelajar cemas itu sedikit bengkak akibat tersangkut pada lubang kecil botol minuman miliknya.
Kedengaran juga suara seorang lelaki berkata bahawa jari budak itu tidak dapat dikeluarkan dari penutup botol tersebut.
Tersangkut botol air dah.. Nak buka tak boleh.. Hari pertama
Pelbagai pendapat mengenai amalan petua berpantang dan kesihatan diri yang diamalkan sejak nenek moyang kita dulu. Namun amalan petua ini jadi isu apabila ada yang mengalami masalah kesihatan akibat tidak mengamalkan dengan cara yang betul.
Hakikatnya amalan petua ini ada pro n kontra. Ikuti ulasan di laman facebooknya Doktor Erna Nadia. Sungguh bermanfaat.
__________________________________________
BISA BISA BADAN, ANGIN DAN DALAMAN
Ramai juga yang menuduh kami para doktor tidak percaya pada kata kata dan petua orang lama, asyik terpengaruh dengan kemodenan, tiada yang dulu tiadalah yang sekarang, orang dulu dulu elok je hidup sampai seratus tahun yada yada yada.
Ok mari sini saya terangkan kepada awak. Adakah orang dulu telan pil atau jus yang dibungkus yang dibuat entah dari siapa? Tidak.
Orang dulu dulu buat sendiri dan minum. Dan orang dulu dulu tidak makan makanan seperti yang kita telan hari ini. Serta orang dulu dulu rajin bekerja dan membanting tenaga.
Benda begini awak cuma perlu guna logik akal yang waras sahaja.
Nak minum air kunyit, air asam jawa,air manjakani, air akar kayu, air asam belimbing yada yada yada. Silalah. Minum dengan berpada sebulan sekali dua.
Tapi tapi tapi. Janganlah hanya dengan mengamalkan minum minum air tersebut tapi pemakanan seharian seumur hidup tidak dijaga dan malas bersenam serta malas berpeluh. Tak guna pun telan sebelanga air akar kayu dan segala air yang awak nak amalkan tapi yang lain tidak dijaga.
Bersalin itu bukan penyakit. Bersalin adalah proses normal atau semulajadi yang akan dilalui oleh wanita asli yang sudah mendirikan rumah tangga atau yang sudah bersenggama dan berlaku proses persenyawaan.
Jadinya, kenapa awak mesti nak jaga makan atau berpantang selepas bersalin atau selepas keguguran atau selepas pembedahan sahaja?
Why oh why?
Hiduplah dengan logik akal. Tak susah pun nak hadam benda ni.
Ada yang tanya bagaimana nak hilang sengal sengal atau bisa bisa badan? Bagaimana taknak bagi angin masuk? Bagaimana nak kembali kecut? Bagaiman nanti rahim kembang? Apa nak makan untuk dalaman?
Badan kita akan sihat jika kita menjaganya sentiasa secara sihat. Makanlah dengan kuantiti makanan yang betul, suku suku separuh iaitu suku karbohidrat,suku protein dan separuh serat. Makanlah makanan yang sihat dan fresh, bukan makanan yang diproses. Makanlah makanan yang kurang garam kurang gula kurang penambah rasa. Makanlah makanan yang sederhana,tidak terlalu pedas, tidak terlalu masam,tidak terlalu manis, tidak terlalu masin. Makanlah mengikut masa yang sama setiap hari.
Kita menggunakan tenaga yang banyak sewaktu hendak bersalin. Banyak kalori yang terbakar, banyak pendarahan yang berlaku namun tidak ada urat yang putus ye.
Jika, selepas bersalin, for sure kita akan rasa letih dan lemah. Kerana apa? Kerana badan kita dehidrasi. Kurang air, kurang tenaga dan kurang darah. Tak perlu supplemen atau jamu pun untuk rehidrasi kembali. Cuma perlu air masak yang banyak dan makanan yang sihat sahaja untuk kembalikan tenaga dan air ke dalam badan.
Saya pelik kenapa orang takut sungguh dengan air masak. Air masak samada sejuk atau panas, kalorinya adalah kosong, zero, null. Minumlah banyak mana pun, tetap tak akan gemuk.
Dan selepas bersalin, benda yang paling risau adalah sembelit. Bayangkan kalau najis keras dan terpaksa teran?
Sebab itu perlunya air masak dan buah buahan serta sayur sayuran. Barulah najis lembut dan mudah keluar. Kalau tak, nanti najis keras lepas tu tak berak dua tiga hari dan tentulah akan sakit perut.
Seperti saya kata rahim tak kembang ye. Yang akan kembang adalah badan awak seluruhnya jika malas jaga makan setiap hari. Tak perlu salahkan makanan. Yang membuat makanan adalah kita. Yang makan makanan pun adalah kita.
Kenapa pula salahkan laksa, donut, air sejuk, mi? Makanlah dengan berpada.
Laksa adalah sihat ok,lagi lagi kalau guna ikan yang fresh dan letak sayur banyak banyak. Donut tu kalau awak beli yang penuh gula ditambah dengan topping cheese ke coklat ke memanglah awak akan kembang, bukan rahim tapi seluruh badan. Nak makan, olahlah jadi yang sihat. Simple kan untuk fikir?
Angin itu berlaku jika cara dan jenis pemakanan kita tidak betul. Tidak ada istilah diet mengikut darah atau diet makan protein sahaja atau diet makan buah dan sayur sahaja. Tidak ada. Jika ada rasa perut kembung,tidak selesa, datang berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Badan kita mudah menjadi letih dan bisa bisa jika kita kurang air. Kurang air masal atau air kosong. Ini adalah tidak bagus. Kadang kadang kita akan rasa cramps atau tarik mengkarung atau otot menegang. Cramps berlaku disebabkan kurang air biasanya. Janganlah asyik kata sebab kurang kalsium lepas tu beli pil atau susu merapu untuk tambah kalsium. Tak perlu membazir.
Rahim kita akan kembali kecut selepas bersalin kerana itu adalah fisiologi badan manusia. Dan menyusu badan akan memecutkan lagi proses pemecutan rahim. Tak perlu pun bengkung atau apa apa,yang perlu cuma bersenam. Amalkanlah senaman kegel, baik lelaki atau wanita kerana ianya bagus untuk otot di bahagian pelvis.
Tidak guna awak bertangas, bertungku bagai tapi pemakanan yang lain tidak jaga. Sama macam kes akar kayu atau herba yang awak nak makan sebab konon untuk dalaman tu. Konsepnya sama sahaja.
Jaga yang asas seumur hidup, insha Allah awak sihat.
Lepas bersalin, kena makan buah dan sayur supaya mudah membuang air besar dan tinggi kandungan vitamin C yang akan mempercepatkan kesembuhan luka akibat proses bersalin. Kena makan protein kerana protein diperlukan untuk proses penyembuhan luka.
Yang awak perlu pantang adalah pantang bersama dengan suami. Islam sendiri kata haram bersenggama dengan suami semasa haid dan semasa masih di dalam darah nifas. Jika sudah habis nifas, jika mahu bersama juga, amalkan perancang keluarga. Janganlah asyik nak cuba kaedah azal atau kondom sahaja. Accident berlaku tanpa disangka. Bagilah anak awak yang kecil tu besar dan boleh faham arahan yang simple simple. Nanti anak dekat dekat lepas tu tak terjaga sebab penat. Rancang bersama suami sebab yang menanggungnya adalah isteri.
Ok, sekarang apa yang awak maksudkan untuk dalaman? Dalaman mana lagi? Dalaman dalam rahim? Takut rahim jatuh? Takut longgar? Apa yang awak nak cakap atau maksudkan dengan dalaman tu?
Kalau nak baca pasal tombong atau rahim jatuh, saya dah pernah ulas. Boleh search tentang tombong.
Rahim atau faraj longgar? Rahim takkan longgar ye. Ianyakan duduk dalam tulang pelvis dengan elok. Faraj diperbuat daripada otot otot. Untuk kekalkan keanjalan otot, yang perlu diamalkan adalah senaman. Dan senaman yang terbukti berkesan adalah senaman kemut atau nama lainnya senaman Kegel. Bagaimana nak buat? Kemutkan bahagian faraj dan anus anda selama 30 saat dan lepaskan. Buatlah semasa anda sedang berehat. Jangan buat semasa tengah kencing atau berak. Buat setiap hari dna berulang kali. Hanya senaman yang boleh melatih otot otot anda menjadi kuat dan sihat.
Tak guna awak telan macam macam tapi semua yang asas dan mudah anda malas nak amalkan.
Tiada istilah highway dalam menjadi sihat dan kurus. Tak perlu bazir beli produk pelik pelik. Walaupun dia kata produk dia homemade, tak usah percaya. Kalau homemade, awak sendiri boleh buat di rumah. Jangan bagi alasan malas atau tiada masa.
Bukan susah pun nak buat. Hanya rebus sahaja. Anda tak perlu kacau setiap masa pun. Kan?
Jangalah mudah sangat terpedaya dengan ayat penjual atau founder kononnya suami akan lari kalau bawah tu tak jaga. Adoilah. Jika pandai jaga yang asas insha Allah terjaga semuanya.
Jangan terlalu taksub dengan petua lama. Kadang tu petua lama ni simple je tapi orang sekarang yang dah banyak ubah caranya.
Contohnya petua mudah yang saya dapat untuk kurangkan menggeleber di bahagian pinggang adalah dengan memasukkan seulas dua bawang putih ke dalam nasi yang ditanak. Bagus petua ni sebab bawang putih memang bagus untuk kesihatan. Tapi bawang putih asli lah, tak perlu bazir beli pil bawang putih. Untuk apa?
Tapi jika amalkan petua di atas tapi makanan yang lain tak jaga pun tak guna juga kan? Letaklah 100 ulas bawang putih pun tetap takkan kurus kalau makan seolah esok lusa tak ada dah.
Benda yang super simple untuk dihadam sebenarnya tapi ramai yang malas nak baca dan faham betul betul.
Berhentilah menjadi tidak bijak dan membazir.
Ingat ye, nak makan air rebusan kunyit campur asam jawa campur halia tidak salah diamalkan sebulan sekali dua namun dalam masa yang sama jaga juga pemakanan seharian. Macam ni barulah umpphh!
Nota kaki : Kita adalah apa yang kita makan dan minum. Kita adaalah apa yang kita fikirkan✌?
Dr. Erna Nadia Berhati hati dalam mempercayai petua yang diberi oleh individu yang tiada asas perubatan kerana jika anda sakit bukan mereka yang merawat?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biarpun PKP 3.0, beraya tanpa kunjung mengunjung, namun raya tetap raya. Tetap ada baju raya untuk dipadankan pada sambutan hari raya Aidilfitri.
Malah tak lengkap sambutan hari raya jika tak rakam gambar bersama keluarga. Perkara yang penting dibuat selepas solat hari raya.
Sudah tentu gambar raya kenalah cantik kan. Bagi yang ada anak yang masih kecil, memang mencabar untuk memastikan mereka duduk diam sebentar. Tentu huru hara dibuatnya.
Namun tetap bersabar demi memastikan gambar tetap cantik! Memang benarlah, struggle is real! Begitulah yang dilalui oleh pelakon cantik, Amyra Rosli dan suami Amar Baharin yang kelihatan sabar menghadapi kerenah anak kala merakamkan gambar keluarga hari raya.
Menerusi muat naik gambar terbaru di Instagram Amyra Rosli, berkongsi beberapa gambar anak-anak ketika bergambar. Ada yang tidur, ada yang panjat tangga, tanggal baju dan mengamuk pun ada!
Mama dah singsing lengan baju
Korg selalu nampak indah sungguh celebrity ni depan camera kan? Kali ni kita tunjukkan reality sebenar artis dibelakang camera.. 😂 Moral of the story : artis pun manusia biasa.. xde lebih xde kurang.. sama je.
Peminat terhibur dengan gelagat anak-anak pasangan pelakon ini. Ramai mengakui, itu cabaran jika rakam gambar hari raya bagi yang mempunyai anak kecil.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.