Tauhu jika digoreng kosong agak menjemukan. Jika mahu menikmati Tauhu yang lebih enak dan sedap, apa kata tauhu yang ada di dalam peti sejuk itu diolah menjadi Bergedil Tauhu. Malah, resipi ini juga boleh menarik perhatian anak yang tidak suka makan tauhu.
Hidangan enak yang kaya dengan protein ini pasti mengenyangkan jika dimakan bersama nasi atau sekadar dicicah dengan sambal hitam. Jom ibu-ibu cuba resipi ini petang nanti.
Bahan:
4 keping tauhu lembut
3 biji kentang | direbus/goreng
1-2 ketul dada ayam | dicincang halus/ rebus kemudian siat-siat.
1 biji bawang besar | dicincang halus
Bawang goreng | jika suka
1 pokok daun sup | dicincang
1/2 batang cili hijau & merah | dicincang
1/2 batang lobak merah | dicincang
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk bawang putih | jika tiada, boleh pakai bawang putih biasa, cincang dan goreng
1 sudu teh garam
2 biji telur
Nota: Ayam boleh digantikan dengan bahan lain seperti isi udang atau ketam
Ads
Cara Buat Tauhu Begedil:
1. Ubi kentang dan tauhu ditumbuk hingga halus.
2. Kemudian satukan dengan semua bahan yang lain kecuali telur. Gaul hingga semua bahan sebati.
3.Ambil adunan dan bulatkan seperti dalam gambar. Kalau nak lagi sedap, boleh dikukus selama 15 minit.
Ads
4. Pilihan kedua, inti tadi selain dikepal, boleh juga disumbat ke dalam tauhu pok. Caranya, potong bentuk X pada tauhu dan keluarkan isinya. Kemudian sumbat dengan inti tauhu tadi hingga penuh.
Ads
5.Ambil telur dan pecahkan. Pukul sedikit kemudian celupkan kepingan bergedil tauhu tadi. Goreng menggunakan api perlahan sehingga warna menjadi perang. Minyak menggoreng sebaiknya ditukar setiap 2 kali gorengan bagi mendapatkan hasil bergedil yang cantik.
6. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Boleh dinikmati bersama nasi atau dimakan bersama sambal kicap.
Rasanya mesti kita biasa dengar mak-mak kita dulu selalu pesan, nak potong daging kena ikut urat. Kalau main potong sahaja, nanti daging yang dimasak akan terasa liat untuk dimakan.
Pun begitu, tidak dinafikan ada sahaja yang masih keliru untuk melakukannya dengan cara yang betul. Lebih-lebih lagi bila jarang menyediakan menu berasaskan daging.
Jadi apa kata kebetulan tidak lama lagi Hari Raya Korban, tentu ada yang menerima agihan daging bolehlah praktis untuk memotong daging dengan cara yang betul seperti yang dikongsikan oleh Firda Ashaary untuk panduan bersama.
“Korang tengok gambar di bawah yer. Aku dah snap sesuatu khas untuk korang perhatikan dan tengok perbezaan mana satu urat yang betul. Mana satu yang salah. Semoga bermanfaat.
Daging yang korang beli tu, potong lah kepada beberapa ketul kecil dulu untuk memudahkan. Kalau takmau potong pun tak apa lah. Kot nak rebus seketul besar tu, boleh je.
Nanti time nak potong, ikut step yang sama.
Kalau tengok side tepi tu tekstur/uratnya melintang begini.
Jangan potong.
Ingat tau,
JANGAN!
Tengok side depan pulak. Berbeza kan?
Okay, nampak kan teksturnya lain dari yang tadi.
Jadi potong sini.
Gini baru betul urat dia.
Ni ketul lain pulak, ulang step sama macam tadi.
Kenal pasti dulu side mana yang teksturnya betul.
Macam yang ni nampak kan, urat dia melintang jugak. Jadi jangan potong sini.
Pusing side lain.
Nahhh, sini tekstur dia betul.
Boleh bezakan dah kan? Urat melintang dan urat yang betul ni. So potong lah sini. InshaAllah nanti daging masak dengan cepat dan empuk. Tak liat.
Incase korang dah rebus daging tu pun, tetap potong ikut urat macam ni jugak tau. Kalau tak mau lenguh rahang mengunyah.
Solok lada memang sedap! Biasa kita makan dengan nasi kerabu. Makanan ‘orang Kelantan’ ini bukan sahaja digemari oleh masyarakat tempatan tetapi juga orang luar. Selain dimakan bersama nasi kerabu, solok lada juga boleh jadi lauk atau boleh dimakan begitu sahaja.
Cuma di luar ini tak ramai jual, nak puas makan kena buat sendiri. Caranya ikut langkah yang dikongsi oleh El Musliha Katiman. Cara buatnya pun tidaklah sesudah mana pun.
Resipi Solok Lada, Kalau Beli Memang Mahal
Bahan-bahan:
15 biji cili besar
1/3 biji kelapa parut- ditumbuk
2 cawan santan separa pekat
3 ekor ikan-rebus, buang tulang dan tumbuk
4 biji bawang merah- tumbuk
3 biji bawang putih- tumbuk
1 sudu kecil lada hitam- tumbuk
Sedikit halia- ditumbuk
3 helai gaun pandan
Gula dan garam
Buat Sendiri Puas Makan
Cara-cara membuat:
1. Bersihkan dan belah memanjang cili besar. Tak perlu buang tangkai. Ketepikan.
2. Gaul kelapa parut, ikan rebus, bawang merah, lada hitam dan halia bersama gula dan garam secukup rasa hingga rata.
3. Sumbat kelapa yang sudah digaul ke dalam cili.
4. Lapik periuk dengan daun pandan (boleh guna kacang panjang juga) & susun solok lada yang telah ada inti di atasnya. Tutup dengan daun pandan.
5. Dalam periuk, masukkan santan biar paras separuh dengan solok lada.
6. Masak dengan api perlahan hingga santan kering/solok lada kelihatan dah masak.
Bercerita tentang pengalaman menjadi seorang ibu dalam menjaga anak-anak memang bermacam-macam kisahnya. Ada saat membahagiakan, berdepan dengan waktu cemas, rasa gembira, suka, duka dan pelbagai emosi lainnya.
Apa yang pasti, semua yang dilalui sepanjang membesarkan anak-anak ini secara tidak langsung telah mematangkan diri kita untuk menjadi seorang ibu yang terbaik untuk anak-anak kita.
Ini sebagaimana mana yang ingin dikongsikan oleh Puan Niena Samsir tentang apa yang pernah dilaluinya pada April tahun lalu. Ibu muda ini juga turun memberikan beberapa pesanan kepada ibu-ibu di luar sana yang mempunyai anak kecil agar jangan beri anak makan pisang terlalu banyak dan kalau anak tak kencing lebih 4 jam, disarankan terus ke hospital.
Nak tahu kenapa ibu ini berpesan demikian, ayuh baca artikel penuh ini semoga bermanfaat untuk semua.
Scroll album, terjumpa gambar Haziq masa warded di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bharu.
Waktu tu, kami sebenarnya nak pergi bercuti ke JB. Dalam perjalanan ke sana, Haziq moody. Makan tak nak, minum pun kena paksa. Tapi kami anggap mungkin sebab dia demam.
Sampai hotel nak check in, Haziq menangis non stop. Serba tak kena. Masuk tandas, tengok diaper kering. (Aik, takkan tak kencing langsung. Pelik ni.)
Haziq mula nangis sekuat hati, tak ada kompromi dah. Dia cakap sakit kat perut. Tekan perut da keras, pundi da keras. Tak sempat check in, kami pi klinik. Hari Ahad, klinik banyak tutup. Syukur jumpa satu klinik yang buka.
Doctor check, doctor minta terus ke Hospital, bahagian kecemasan. Kami blur. Doctor explain, Haziq tak kencing dah lebih 4 jam. Sangat bahaya untuk kanak-kanak. Boleh akibatkan pundi kencing pecah! (Masa ni, Allah je tahu apa perasaan kami).
Hujan lebat, kami redah cari hospital berhampiran. Terus berlari bawak Haziq ke bahagian kecemasan. Bila doctor panggil dan check Haziq, doctor terus refer ke bahagian red zone! (Ummi da nak nangis masa ni .
Datang doctor pakar, minta Haziq buat xray. Saluran air kencing da penuh dan terlalu sendat. Usus Haziq dah membengkak, kalau lambat keluarkan air kencing, boleh effect buah pinggang Haziq! Allahuakbar, ummi rasa nak pengsan. Kaki dah tak kuat, seram sejuk badan, dukung Haziq. Ayah Haziq kat luar menunggu.
Doctor ambil darah Haziq, Haziq pun meraung kesakitan. Ummi mampu peluk dan pujuk Haziq je. Paling gerun, bila doctor nak masukkan tiub untuk keluarkan air kencing Haziq. Risiko? Ya, ada risiko nya. Tapi, tu je cara yang ada.
Dua kali Doctor cuba, tak juga boleh. Haziq da pucat kesakitan menangis. Merayu kat ummi, nak balik. Ummi mampu peluk je Haziq, ummi tak kuat nak pandang mata Haziq waktu ni. Apa yang silap, kenapa Haziq tak boleh kencing macam biasa.
Doctor kata, kena buat operation jugak! OT room doctor dah booked. Tunggu doctor pakar datang. Ya allah, ummi rasa nak pitam. Takkan sampai kena operate!!!
Haziq kena naik ke ward sementara, tunggu Doctor pakar datang. Ada sesi interview. Nurse tanya bila last Haziq buang air besar, apa menu Haziq makan dan minum, berapa kali kekerapan yang biasanya Haziq buang air besar dan kecik.
Habis tu, Doctor pakar datang. Tengok result darah dan xray Haziq. Doctor minta izin cuba masukkan sekali lagi tiub untuk keluarkan air kencing Haziq. Ummi dengan berat hati, terpaksa akur. Ayah Haziq pun ada sekali, sama-sama risau tengok anak yang dalam kesakitan.
Tiub yang ada besar, doctor explain apa risikonya. Kalau silap cara, boleh akibatkan luka dan maybe boleh akibatkan kemandulan pada Haziq. Ya allah, berita apa lagi ni. Kami tak ada pilihan. Kami serahkan pada doctor pakar buat keputusan. Selebihnya, kami mampu berdoa saja pada Allah untuk Haziq.
Alhamdulillah, doctor berjaya keluarkan air kencing Haziq. Kemudian, doctor masukkan ubat untuk pelembut najis. Haziq tak membuang baru 1 hari, tapi kami tak sangka hasilnya sampai buat dia sakit macam tu. Selalunya dia akan membuang setiap hari sekali sekurang-kurangnya.
Bila borak dengan doctor, doctor syak Haziq jadi macam tu sebab ‘pisang’. Yea, pisang! Doctor explain gambar xray usus dan pundi Haziq. Usus penuh dan padat langsung tak ada ruang. Najis terlalu banyak, kalau tak keluarkan, usus boleh pecah.
Dan, paling buat kami terkejut, doctor kata pisang adalah salah satu punca kanak-kanak sembelit teruk. Bukan Haziq sorang, tapi dah banyak kes jadi macam tu sebab makan pisang.
Haziq suka pisang. Kebetulan memang seminggu tu dia kerap makan pisang. Menu yang lain semua sama je. Air masak dia minum jugak, tapi tak cukup doctor kata. Kalau makan pisang, kena lebihkan ambil air kosong daripada biasa.
Pisang akan buat najis jadi banyak, dan usus akan jadi sendat, padat. Maafkan ummi sayang. Ummi ingatkan pisang ni melawaskan, tapi sebaliknya.
Sejak dari kes tu, kami kawal Haziq. Kalau makan pisang, cukup sebiji je. Lepastu, memang kami akan bagi dia air kosong banyak-banyak.
Ni lah kisah yang kami takkan lupakan. Hanya kerana pisang, Haziq nyaris kena operate. Sejak Haziq hadir dalam hidup kami, slowly banyak perkara yang kami tak pernah tahu, jadi tahu. Benda yang kami tak pernah kisah, sekarang jadi keutamaan kami.
Betul kata orang, bila kau dah ada anak, hidup kau akan berubah 360°!! Tu la kisah Haziq, Ummi ter throw back malam ni. Hehe, ada ke ni yang baca?
Ingat ya, siapa ada anak kecik. Jangan bagi anak makan pisang banyak sangat. Kalau anak tak kencing lebih 4 jam, terus ke Hospital tau. Jangan pergi Klinik.
Banyak lagi kisah Haziq ni. Nanti ada masa kita sembang lagi. Sampaikan pada kawan-kawan yang ada anak kecik tau. Pantau diaper anak selalu.
Tangguh SPM, gadis 17 tahun perlu jalani rawatan kanser ovari. Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanser ovari yang dihidapi sejak tahun lalu.