“Bergaduh dengan pasangan ni, limitnya cukup dengan sehari semalam. Kalau lebih dari tu, itu ego.”
Ikuti perkongsian saudara, Saudara Firdaus Syakirin mengenai hubungan suami isteri yang harus diambil tahu agar jalinan kasih sayang kekal bahagia.
Bergaduh pagi, petang baik balik.. Bergaduh petang, malam baik. Bergaduh malam, keesokan pagi kena baik. Jangan dipanjangkan atau dibiarkan pergaduhan tu sampai berhari-hari.
Tak bercakap, bermasam muka, buat tak tahu antara satu sama lain.
Siapa yang minta maaf dulu, siapa yang mula bercakap dulu, siapa yang dah buat macam biasa balik, maka dia lah yang terbaik sebab dia boleh kawal dan rendahkan ego dia.
Siapa yang tunggu orang lain minta maaf, siapa yang tunggu orang lain mula bercakap dulu, maka dia lah yang PALING EGO dalam rumah tu..
Lelaki ada ego, perempuan ada ego.
Ads
Kena tahu ego ni kegunaannya untuk apa. Yang lelaki kalau nak dihormati isteri, maka jangan guna ego sebab ego lelaki kebanyakannya akan memakan diri sendiri. Akhlak, perangai, pertuturan, perbuatan, budi bahasa si lelaki tu yang menyebabkan isteri taat dan hormat suami.
Bukan kita kena EGO TINGGI, baru isteri hormat dan taat kepada kita.
Ads
Lama-kelamaan isteri akan menyampah, meluat, bosan bila kita asyik menggunakan EGO kita untuk memenangi apa saja perbalahan, pergaduhan dan pertengkaran yang asalnya bermula akibat daripada kesilapan kita sendiri.
Trust me, hubungan yang bahagia, hubungan yang harmoni, pasangan yang gembira, kedua-dua suami dan isteri tolak ego ke tepi.
Siapa salah, dia mintak maaf. Siapa yang silap, dialah yang perbetulkan. Siapa yang sedar pasangan dia buat salah dan silap, dialah yang kena bagi teguran dan nasihat.
Siapa yang kena tegur dan kena nasihat, dialah yang kena berlapang dada dan terbuka dengan teguran dan nasihat tersebut.
Setiap kali videonya si muat naik, ramai yang geram dengan gelagat comelnya. Nur Fatima Aisya, anak kesayangan Fazura dan Fattah Amin kini sudahpun 8 bulan.
Walaupun masih kecil, namun dia sudah meraih populariti sama seperti mommy dan daddynya. Seperti mana kanak-kanak lain seusianya, biasanya usia begini sudah diperkenalkan dengan makanan.
Jika sebelum ini video Fatima ketika sedang seronok menjamu selera ditunjukkan, kali ini gelagat lain pula yang dibuat Fatima.
Meninjau akaun Instagram Fattzuralovelife, satu video dimuatnaik akan gelagat comel Fatima.
Kelihatan Fatima sedang duduk di atas kerusi bayinya sambil tangan diletakkan di mulut, seolah-olah nampak seperti Fatima sedang termenung. Seketika kemudian, terdengar suara mommynya bertanyakan kepada Fatima ‘nenek di mana’ .
Mendengar akan soalan itu, Fatima secara spontan berpaling dan menyebut ‘tadaa’ sambil sebelah tangannya di tunjukkan ke hadapan.
Cukup comel dan mencuit hati gaya Fatima yang sudah pandai memberi respon.
Tercuit rasa hiba tatkala menonton video kakak yang tidak dapat menahan sebak sambil ditenangkan oleh adik lelakinya. Rakaman video yang tularitu dikatakan di ambil usai majlis persandingan lelaki berkenaan di Felda Lakum, Pahang./
Rupa-rupanya ada kisah yang lebih sayu disebalik tangisan tersebut. Difahamkan mereka kehilangan ibu akibat kanser payudara. Justeru segala tanggung jawab menjaga makan pakai adik selama ini dilakukan oleh kakak sulung tersebut yang dikenali sebagai Amy Fatimah,36 tahun.
Kakak pengganti mak…
Menurut pemuda bernama Mohd Amaluddin, 24, dia kehilangan ibu ketika usia masih lagi kecil, oleh itu hanya dengan kakaknya sahaja tempat untuk menumpang kasih.
Tambahnya lagi, pengorbanan kakaknya cukup besar dalam membantu ayah membesarkan mereka enam beradik, baginya kakaknya itu dianggap sebagai pengganti kepada ibu yang telah tiada.
Mengulas mengenai video yang tular itu, Amaluddin memberitahu bahawa ia terjadi tanpa diduga keran mungkin kakaknya tidak menyangka bahawa kini adiknya sudah berkahwin.
Akui sangat rapat dengan kakaknya, membuatkan kakaknya berasa sedih lebih-lebih lagi dia adalah anak lelaki pertama yang berkahwin dalam kalangan adik beradiknya.
Amaluddin di kesempatan itu, meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada kakaknya yang merupakan peniaga kuih tradisional, kerana telah berjasa dalam membesarkannya.
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Pastinya setiap ibu bapa inginkan anak yang mendengar kata. Namun tahukah ibu bapa bahawa jika salah doa ia akan memberi kesan kepada tingkahlaku anak.
Namun sebagai ibu kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan diasuh dengan baik. Bagaimana sukar sekalipun atau besar cabarannya namun kita harus pikul tanggungjawab ini dengan baik. Perlu prihatin dan sedari setiap sudut agar kita tidak menyesal di kemudian hari.
Justeru, Dato’Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ada menyentuh mengenai kesilapan setengah ibu-ibu dalam berdoa.
“Sebenarnya Ustazah tak nak sentuh mengenai kesilapan ibu-ibu kerana jasa ibu-ibu ini besar pengorbanannya. Namun semoga kesilapan ini kita diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus perbaiki diri dalam mendidik anak-anak”.
Kurang berdoa
Ustazah Siti Noor Bahyah memberitahu bahawa, “adakah kita sebagai ibu ini berdoa sepenuh hati dan kasih sayang. Ini kerana kasih sayang seorang ibu tiada sempadan dan tiada noktah.
“Dalam hal ini, adakah kita berdoa kepada Allah dengan sepenuh jiwa kita dan membayangkan muka anak kala berdoa”,jelasnya ketika ditemui baru-baru di sebuah majlis ilmu di Shah Alam,Selangor.
Beliau turut berkongsi pengalaman cara terbaik mendoakan untuk anak-anaknya, “Ya Allah jadikan anak ku Wan Muhammd Saifullah, seorang anak yang mudah mendengar, anak yang baik, anak daripada kecil tidak meninggalkan solat”.
“Apabila menyebut nama anak secara khusus kita boleh bayangkan muka anak dan fokus untuk anak itu sahaja.
“Begitu juga dengan anak seterusnya. Seperti mana kita sedia ketahui bahawasanya doa ibu ini ajaib. Perkataan ibu adalah merupakan doa. Doa ibu tiada hijabnya di sisi Allah.”
Moga cara doa yang khusus ini kepada anak, menjadi panduan buat kita semua untuk memperolehi anak yang mendengar kata, soleh soleheh dan anak-anak cemerlang dunia akhirat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...