
Ayah bukan sahaja hero pertama dalam hidup anak-anak, malah sentiasa menjadi contoh rujukan lelaki terbaik yang mereka pernah ada.
Mungkin ada sesetengah ayah terasa gagal apabila tidak mampu untuk membahagiakan keluarganya dengan memenuhi kehendak dan permintaan mereka, namun segala rasa dan lelah dalam mencari rezeki hilang sekelip mata apabila anak-anak sendiri menghargai dirinya seperti yang dirasai oleh penyanyi, pelakon, hos dan usahawan Alif Satar.
Alif dalam laman Instagram miliknya memuat naik surat yang telah ditulis oleh anak-anak perempuannya, Alisha Anugerah dan Ariana Mecca yang mengundang sebak dirinya.
“Got home late from work yesterday.. walked upstairs and found the girls still not asleep yet.. “ayyy, awat tak tidoq lagi?”
“We made a surprise for you daddy, make sure you read it”.
“This is what they wrote. Berenang 4 kilometer kat laut aku gagah lagi matt, tapi ini barang boleh buat nangis 4 lautan bro..🥹🥹” tulisnya di ruangan kapsyen perkongsiannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata yang membaca not yang ditulis oleh anak Alif turut terasa sebak dan menitiskan air mata.
Sumber : Instagram Alif Satar
https://www.dailymotion.com/video/x8f72ub
Pergilah Me Time, Family Time, Nak Tunggu Banyak Duit Baru Boleh Seronok, Susahlah, Belanja Ikut Bajet

Isi Kandungan
TogglePergilah me time, family time, nak tunggu banyak duit baru boleh seronok, susahlah, belanja ikut bajet. Dalam dunia yang serba pantas dan penuh tekanan hari ini, ramai di antara kita sering terlepas pandang akan kepentingan masa untuk diri sendiri (me time) dan masa bersama keluarga (family time).
Pergilah Me Time, Family Time, Nak Tunggu Banyak Duit Baru Boleh Seronok, Susahlah
Kedua-dua masa ini adalah sangat penting untuk kesejahteraan fizikal, mental, dan emosi kita. Banyak manfaat ‘me time’ dan ‘family time’ terutama dari segi kesihatan mental. Tidak perlu pergi jauh-jauh atau perlu keluarkan belanja yang banyak, yang penting kita ada masa untuk ‘masa untuk diri sendiri.’
Berikut perkongsian Firdaus Shakirin
Kalau tunggu ada banyak duit baru boleh seronok, maka susahlah…
Ada sikit, kita seronok la cara sikit…
Nak kumpul bagi banyak pun, tapi asyik tertekan, stress, moody, bergaduh, masam muka, hang kata aku, aku kata hang…
Jadi tak seronok jugak… Si suami pergi balik keje hari-hari…si isteri uruskan hal rumah hari-hari…si anak pergi belajar hari-hari…
Belanja Ikut Bajet
Mental dan emosi setiap penghuni rumah tu, berlainan ikut apa yang dilalui…
Tapi kalau kena tunggu “ada duit” baru boleh ambik suasana baru, baru boleh keluar release tension, me time, family time, maka lambat…
Dan la masing-masing burn out…terus tak harmoni isi rumah itu…
Duit ni, kita guna ka, kita tak guna ka, tetap habis serupa tu jugak…tak lekat jugak kat tangan walaupun tak keluar mana-mana, dok saja dalam rumah…
Duit sikit, kita belanja cara sikit…duit banyak, kita belanja cara banyak…takat mana yang ada, sesuaikan saja apa aktiviti yang kita boleh buat…
Nowadays, bukan isteri saja yang sakit otak, suami dan anak-anak pun sakit otak gak kalau tak ke mana-mana untuk reset balik otak tu…
Sekecil-kecil perbelanjaan, cukup untuk masing-masing hilangkan tekanan, reset dan refresh badan…isi minyak kereta, jalan… Letak tikar, bawak lauk dari rumah, makan tepi laut…Balik semua happy.
Kepentingan ‘Me Time’
‘Me time’ merujuk kepada masa yang diperuntukkan khusus untuk diri sendiri tanpa gangguan dari pihak lain. Masa ini boleh digunakan untuk melakukan aktiviti yang kita sukai, seperti membaca buku, bersenam, meditasi, atau hanya berehat tanpa sebarang tanggungjawab.
Mengurangkan Tekanan:
Masa untuk diri sendiri membolehkan kita berehat dan melepaskan tekanan yang terkumpul akibat rutin harian. Dengan mengambil masa untuk berehat, kita dapat mengurangkan risiko keletihan dan tekanan.
Meningkatkan Produktiviti:
Apabila kita mempunyai masa untuk memulihkan tenaga, kita akan menjadi lebih produktif. Masa rehat yang berkualiti membantu kita berfikir dengan lebih jelas dan membuat keputusan yang lebih baik.
Penjagaan Diri:
‘Me time’ adalah masa untuk kita menjaga diri sendiri, baik dari segi fizikal mahupun emosi. Ia memberi peluang kepada kita untuk memahami diri sendiri, mengenal pasti apa yang kita perlukan, dan merancang langkah-langkah untuk mencapai kesejahteraan.
Kepentingan ‘Family Time’
‘Family time’ pula merujuk kepada masa yang diluangkan bersama keluarga, tanpa gangguan dari kerja atau komitmen lain. Masa ini sangat penting untuk membina hubungan yang erat dan harmoni dalam keluarga.
Mengukuhkan Hubungan:
Masa bersama keluarga membantu mengukuhkan ikatan antara ahli keluarga. Aktiviti bersama seperti makan malam, bermain permainan, atau menonton filem bersama-sama dapat meningkatkan komunikasi dan pemahaman antara satu sama lain.
Menanam Nilai dan Budaya:
Masa bersama keluarga adalah peluang terbaik untuk ibu bapa menanam nilai-nilai murni dan budaya kepada anak-anak. Ia juga memberi ruang untuk berkongsi pengalaman hidup dan memberi nasihat yang berguna.
Menyokong Pembangunan Emosi:
Anak-anak yang sering menghabiskan masa bersama keluarga biasanya mempunyai kestabilan emosi yang lebih baik. Mereka merasa disayangi dan dihargai, yang penting untuk perkembangan psikologi mereka.
Mengurangkan Tekanan:
Seperti ‘me time’, ‘family time’ juga dapat membantu mengurangkan tekanan. Berada dalam lingkungan keluarga yang menyokong memberi kita rasa selamat dan tenang, yang dapat membantu mengurangkan tekanan harian.
Mengimbangkan ‘Me Time’ dan ‘Family Time’
Adalah penting untuk mencari keseimbangan antara ‘me time’ dan ‘family time’. Kedua-duanya adalah penting dan saling melengkapi. Kita perlu bijak mengurus masa untuk memastikan kita mendapat manfaat daripada kedua-dua jenis masa ini.
Jadualkan Masa:
Tetapkan jadual yang jelas untuk ‘me time’ dan ‘family time’. Contohnya, luangkan masa untuk diri sendiri pada waktu pagi atau sebelum tidur, dan habiskan masa bersama keluarga pada hujung minggu atau waktu makan malam.
Komunikasi Terbuka:
Berkomunikasi dengan keluarga tentang keperluan untuk ‘me time’. Jelaskan bahawa masa ini adalah penting untuk kesejahteraan diri sendiri dan akan memberi manfaat kepada keluarga secara keseluruhan.
Fleksibiliti:
Jadilah fleksibel dalam mengatur masa. Kadang-kadang, kita mungkin perlu menyesuaikan jadual kita untuk memenuhi keperluan semasa, sama ada untuk diri sendiri atau keluarga.
Masa untuk ‘me time’ dan ‘family time’ adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Kedua-duanya mempunyai peranan yang unik dalam memastikan kesejahteraan fizikal, mental, dan emosi kita.
Dengan mengurus masa dengan bijak dan mencari keseimbangan antara keduanya, kita dapat menikmati kehidupan yang lebih bermakna dan harmonis. Oleh itu, jangan abaikan kepentingan masa untuk diri sendiri dan keluarga. Pastikan kita sentiasa meluangkan masa untuk kedua-duanya demi kesejahteraan yang berpanjangan.
Sumber: Firdaus Shakirin
Baca artikel lain juga: Terapi Stres Untuk Isteri Mudah Saja, Suami Berilah Izin BerMe Time Dengan Adik Beradik
Akshay Kumar Bangun 4.00 Pagi Ketika Isteri & Anak Tidur, Me Time Untuk Dirinya
Me Time Penting Untuk Kualiti Emosi Ibu-ibu, Ambillah Masa Untuk Menikmatinya
Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Tak Beri Isteri Kerja, Ini Yang Patut Suami Lakukan.

Ikuti perkongsian dari seorang suami bernama Saiful Umairah tentang apa yang dia lakukan bila mahukan isterinya menjadi surirumah sepenuh masa.
Apa yang dia mahukan, barpun isterinya mempunyai diploma dan ijazah, dia lebih suka isterinya tidak keluar bekerja dan biarlah tempat isterinya hanya di rumah.
Pun begitu, ada yang cukup istimewa bagaimana suami ini persipkan isterinya agar turut ada pendapatan sendiri. Ayuh ketahui kisah sepenuhnya agar setiap antara kita terinspirasi.
Ini katanya…
Isteri saya seorang suri rumah. Walaupun isteri saya mempunyai Diploma dan Degree. Saya lebih mahukan isteri menguruskan hal-hal berkaitan rumah dan anak. Atas sebab itu ramai yang melihatnya sebagai satu kerugian kerana mempunyai kelulusan tinggi tetapi tidak berkerja. Saya mempunyai pendapat yang berbeza tentang hal ini namun tidak mahu mengulasnya di sini. Apa yang saya mahu kongsikan adalah bagaimana saya menebus kehendak saya (tidak mahu isteri bekerja) kepada apa yang isteri suka dan perlu.
Support Hobby
Isteri saya sangat minat dengan kerja-kerja craft. Jadi apa-apa yang berkaitan dengan hobby ini saya akan cuba support selagi masih dalam kemampuan. So satu bilik dekat rumah, kami telah convert sebagai tempat membuat kerja-kerja craft. Dalam tu la ada mesin jahit, died-cut machine dan macam2 lagi. Kadang-kadang tu ada jugak join2 class craft ni, so dekat situ boleh develop new skills dan jumpa kenalan-kenalan baru. Sebab minat punya pasal dia pun ambil juga order secara kecil-kecilan. Boleh la dapat duit-duit tepi.
Setup Business
Selain hobby nya, saya push dan support isteri untuk buat business online. Saya setup satu business untuk isteri uruskan. Saya sendiri mencari barang-barang niaga dengan modal yang rendah. Saya sendiri juga explore tentang selok belok perniagaan online. Yang lain isteri uruskan, dari sales sampai ke packing barang. Saya tinggal pos je. Alhamdulillah, walaupun buat dalam scale yang kecil kerana terhad dengan commitment lain, hasilnya semakin bagus dari masa ke semasa. Kalau buat lebih sikit gaji lepasan Degree pun boleh dapat. Bolehlah bantu serba sedikit perbelanjaan bulanan.
Reward
Reward ni tak semestinya benda2 mahal, selalunya tentang spend masa, biasa lepas saya balik dari site, meeting or habis kerja, saya akan tanya isteri nak pergi mana. Selalunya nak pergi cari barang2 rumah macam barang2 basah, pergi taman ke or pergi makan (Kalau bawak pergi pasar malam, dia punya senyum sampai ke dahi terus). Balik saja sampai rumah takde rest2, terus kluar. Kalau rest jawapnya memang malas. Reward ni penting sebab duduk seharian di rumah memang boleh tepu. Jadi kene bawak keluar.
Ini antara perkara-perkara yang saya buat untuk suri rumah saya. Saya kongsi kan perkara ini adalah kerana ramai rakan-rakan saya berkongsi cerita mahukan isteri menjadi suri rumah sepenuh masa. Tidak kurang juga mahu isteri berniaga secara online.
Nasihat saya, jika kita benar-benar mahu isteri menjadi suri rumah. Jangan hanya bercakap, tapi tunjukkan effort dan keep supporting your wife. Percayalah. Kunci rezeki itu ada di dalam rumah. Iaitu isteri dan anak2.
Sumber : Saiful Umairah
“Tak Pernah Maafkan Diriku Tak Temani Tidur Malam Itu.” PU Azman Kongsi Momen Bersama Arwah Ibu, Undang Sebak!

Rindu yang paling sakit adalah rindu pada yang telah tiada. Itulah kata-kata yang sering diungkapkan apabila merindui mereka yang telah pergi buat selama-lamanya. Terutama sekali insan yang paling disayangi seperti ibu kita.
Demikian juga dengan kisah dari Pendakwah Pencetus Ummah (PU) Azman baru ini. Dalam satu perkongsiannya di laman instagram, PU Aman meluahkan rasa sedih dan terkilan kerana tidak dapat melupakan kenangan pahit bersama arwah ibunya.
Menurut Azman, masih wujud penyesalan dalam dirinya kerana tidak sempat menemani ibunya buat kali terakhir.
“Aku sering lelah tanpa kamu. Dihimpit kenangan. Rindunya tiada penghujung. Orang melihat aku ketawa mak. Tapi jiwa ini sering berkaca menahan tangis.
“Aku tak pernah memaafkan diriku mak kerana tak menemanimu tidur malam itu, kerana ku kira kita masih ada waktu ternyata itu malam terakhir aku mendengar nafasmu.
“Aku pernah menjadi bayi kamu mak. Dan selamanya aku bayi kamu. Dan mak… Aku takkan pernah lupa saat pandanganku tak berkedip melihat papan terakhir menutup pusaramu,” coretnya.
View this post on InstagramA post shared by PU Azman (@puazmanofficial) on