“Berehatlah Sayang, Allah Lebih Menyayangimu.” Sepatutnya Jalani Pembedahan Kali Pertama, Adik Jannah Penghidap Penyakit Hydrocephalus Meninggal Dunia

Share

Berakhir sudah penderitaan yang ditanggung adik Nur Umairah Jannah yang menghidap penyakit lebihan cecair dalam otak atau hydrocephalus sejak lahir lagi. Penderitaan yang dialaminya itu menyebabkan kepalanya semakin membesar disebabkan terkumpulnya air dari otak.

Terbaru, menerusi Facebook Syahir Syafiq, lelaki itu berkongsi berita bahawa adik Umairah telah pergi menghadap ilahi. Lebih menyedihkan, dia sepatutnya menjalani pembedahan hari ini di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Perancangan Allah lebih hebat

Syahir sebelum ini memuat naik satu perkongsian memberitahu allahyarham bakal menjalani pembedahan. Menurutnya, berkat doa seluruh rakyat Malaysia, pembedahan membuang cecair tersebut bakal berlangsung. Namun, hasrat tersebut tidak kesampaian apabila dia dijemput dahulu oleh Ilahi.

Dalam pada itu, Syahir turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan dan berdoa kepada adik Umaira selama ini. Dia turut mendoakan kanak-kanak itu tenang dan gembira bermain di dalam syurga.

Selain Syahir, turut berkongsi berita yang sama adalah SweetDhuha.

Pemergian Jannah sangat mengejutkan kerana dia sepatutnya menjalani 0peration di HUKM kali pertama dalam hidupnya. Sebelum itu, dia juga pernah beberapa kali mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di pusat rawatan sama sambil dibantu oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Perak yang telah menyumbangkan sebuah unit kenderaan ambulan khas bagi tujuan tersebut.

Terdahulu, pergerakan adik Jannah difahamkan semakin terbatas sejak dia berusia 8 bulan dan hanya mampu berinteraksi sambil dalam posisi baring apabila keadaan kepalanya yang semakin membengkak.

Rata-rata netizen yang membaca kisah adik Nur Humaira mengakui sedih dengan berita tersebut dan mendoakan semoga keluarga allahyarham sabar dengan dugaan tersebut.

Noorhazeira Noor Izahar Salam takziah. Berehatlah dgn tenang anak syurgaku…

Nureel Syafika Innalillahiwainnailaihirojiun.. Al fatihah.. Salam takziah utk kluarga baby jannah

Nur Nisa Syurga tempat mu syg… Smoga ibu ayah Jannah tabah harungi smua ujian ni..

Norazlinda Linda Allah…al-fatihah ??? tenang lah kau di sana wahai anak berakhir sudah derita mu di dunia nie bermain lah di syurga sne ye syg

Azlinda Din Innalillahiwainnailaihirajiun…
AL-FATIHAH
Salam Takziah buat sekeluarga.