Kisah penderitaan seorang ibu yang yang menghidap kanser lidah pernah tular di media sosial apabila anaknya berkongsi kesedihan memohon doa untuk ibu tercinta. Dan semalam baru sahaja warganet membaca beberapa helaian kertas yang ditulis khusus olehnya untuk menyampaikan pesanan buat lima orang anak-anaknya.
Membaca setiap baris perkataan daripada isi hati daripada seorang ibu, nyata cukup menyentuh hati setiap yang membacanya. Apatah lagi bila melihat keadaan kesihatan dirinya yang semakin serius, mata bengkak hampir tertutup dan lidah pula mengeras tidak boleh berkata-kata.
Namun hari ini, satu perkhabaran sedih diterima apabila dimaklumkan ibu berkenaan dikenali sebagai, Rosimah Ismail, berusia 49 tahun, telah disahkan meninggal dunia.
Al fatihah dan salam takziah diucapkan buat seisi keluarga.
JUMAAT (6 MAC 2020)
Ads
Al Fatihah.
Mak dah kembali ke Rahmatullah pagi tadi . Mak berehat la disana. Semoga kita berjumpa lagi di syurga nanti.
Ads
Allah sayang mak. Kami semua sayang mak.Mak insan terpilih. Mak dijemput Ilahi dihari yang penuh barakah hari yang mulia. Terlerai sudah penderitaan mak selama ni. Semoga Allah kuatkan hati piena, abah , kakak dan adik-adik untuk terima semua ni.
Semoga mak tenang di sana.
Ads
Mak, mungkin kita terpisah antara dua dunia yang berbeza. Tapi mak tetap dihati kami selamanya hingga ke syurga nanti. InshaaAllah. Ameen.
Mak tunggu piena tau .
Assalamualaikum . Berehat puas-puas dekat sana ya mak
Apabila kerajaan Malaysia umumkan sektor ekonomi mula beroperasi bermula 4 Mei ini iaitu hari ni ramai yang menyambut secara positif. Namun pada masa yang sama, bagi suami isteri yang mempunyai anak tentu akan menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak semasa mereka keluar berkerja.
Menerusi Face Book, Medical Mythbusters Malaysia menyediakan panduan mudah faham bagi pusat jagaan kanak-kanak atau taska menjaga SOP yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
IKUTI PERKONGSIAN INI
TIPS DARI KAK ESAH: CARA ELAK KLUSTER TADIKA
Bila kelonggaran PKP bermula, banyak sektor yang dah mula beroperasi. Ibu bapa yang bekerja pun kena mula masuk kerja.
Anak-anak nak kena hantar pusat asuhan atau taska. Kalau boleh gilir-gilir bekerja dari rumah, bagus lah. Tak perlu hantar anak ke pusat asuhan. Tapi kalau perlu, macam mana? Selamat ke?
Kami nak bawa beberapa tips dari seorang pengusaha pusat jagaan kanak-kanak yang selalu keluar TV dan radio, Kak Esah. Mari dengar dan ikut tips-tips ini Kak Esah nak bebel ni.
InsyaAllah, risiko penularan jangkitan dapat dikurangkan. Pengusaha pusat jagaan kanak-kanak kena main peranan. Ibu bapa pun kena turut ambil berat.
Setelah pengacara dan usahawan Neelofa memuat sekeping gambar sedang menggendong bayinya, ramai peminat teruja.
Melihat Bilal kelihatan selesa berada di sampingnya ibunya membuatkan ada peminat bercadang untuk menggunakan gendongan sebegitu.
Sebenarnya fungsi ‘baby carrier’ atau kain gendongan bayi adalah untuk memastikan bayi baru lahir berasa selamat berada dekat dengan ibunya. Ia bagaikan seakan berada di dalam rahim ibu.
Oleh kerana bayi masih kecil pemilihan pemakaian gendongan ini selamat perlu dititikberatkan kerana ketika ini tulang bayi baru lahir masih lembut.
Sebagaimana perkongsian seorang jurujual ini, berkongsi teknik yang betul penggunaan baby carrier untuk memastikan bayi selamat dan selesa.
Alert teknik yang betul gendongan bayi
Setiap kali ada artis terkenal bawa baby pakai baby carrier, maka berduyunlah orang nak tiru juga.
Sebab tak ramai artis yang nak bergendong bagai ni. Masih tak mainstream berbanding stroller.
Cuma nya nak kena highlight certain aspek supaya ibu-ibu yang nak follow tu ambil maklum dan pilih carrier yang bersesuaian.
1) Kedudukan bayi mesti lah dalam posisi duduk menegak, BUKAN baring macam yang Neelofa pakai.
Kenapa?
Untuk ibu mudah pantau pernafasan bayi dan juga untuk elakkan risiko SIDS (sudden infant death sydrome) yang selalu berlaku bila posisi kepala anak tertunduk ke dada.
2) Bila dalam posisi duduk, kaki bayi perlu berada dalam posisi frog legged (squat), diampu kaki dari peha kiri, punggung dan peha kanan.
Kenapa?
Untuk perkembangan tulang kaki yang sihat, tulang soket kaki anak perlu diampu supaya tak berhayun melebihi tahap normal. Untuk elakkan risiko Hip Dysplasia juga.
3) Badan bayi diampu sepenuhnya di bahagian belakang & leher, sebab tulang belakang bayi masih lembut, masih dalam bentuk C.
Kenapa?
Boleh guna mana2 jenis carrier, tapi posisi kena tinggi at kissable height, kedudukan upright (duduk menegak) , bukan baring. Tulang belakang bayi maintain C shape
Sebagaimana kedudukan bayi dalam rahim ibu, macamtu lah kita maintain dalam carrier. Sampai dia dah capai milestone kepala boleh angkat, dah tegap, sekitar 4 bulan ke atas.
Jadi pastikan pemilihan baby carrier yang ergonomik dan juga bertepatan dengan umur bayi.
Jangan tangkap muat, tangkap beli je ikut trend, nanti anak tak selesa, dan bahaya bila salah cara pakai.
Normalisasikan gendong, sebab best, bonding anak ibu lebih strong.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Periksa mata, kerana dari mata turun ke hati
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Intan Ladyana Tampil Berhijab Bercuti Atas Kapal Persiaran Mewah, Wargamaya Titip Doa
Tenangnya apabila melihat raut wajah pelakon filem Adnan Sempit, Intan Ladyana Mohamat Yahya.
Muat naik hantaran terbaru di instagram milik suaminya yang juga pelakon, Harris Alif telah meraih perhatian ramai. Bahkan ada yang menitipkan doa buat Intan Ladyana.
Dalam pada itu di Instastorinya juga turut berkongsi dua keping gambar mereka sekeluarga.
Keluarga bahagia itu difahamkan sedang bercuti menaiki Kapal Persiaran Genting Dream, Resorts World Cruises.
WARGAMAYA TITIP DOA
Menunjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa syukur dan menitipkan doa buat pelakon cantik itu yang kini bertudung. Moga Intan Ladyana terus istiqomah.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.