Berdoalah Ketika Sikat Rambut Anak, Petua Yang Ramai Tahu Tapi Tak Buat.
Anak cerminan ibu bapa. Untuk memastikan anak mempunyai tingkah laku anak yang baik akan memberi gambaran yang positif mengenai ibu bapa itu.
Sehubungan itu, pastinya ibu bapa inginkan anak yang mendengar cakap mereka.
Ikuti panduan yang memberi manfaat ini adalah daripada Dr Zulkifli Mohamed Sharif yang dikongsikan oleh oleh Nadiatul Ashikin Abu Bakar (Nadia Bakar), 32 yang juga ibu kepada Aariz Azri, 6 dan Annur Azri, 22 bulan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Baca Doa Bila Sikat Rambut Anak
Rasa nak kongsi sikit pengalaman sebagai emak yang baru “5 tahun jagung” hari ini. Biasa dengar baca selawat, tiup pada ubun-ubun anak dan bagi anak makan masakan dari air tangan ibu dapat lembutkan hati anak, serta patuh pada ibu ayah kan?
Saya belajar daripada perkongsian Dr Zulkifli Mohamed Sharif yang amalkan sikat rambut anak-anaknya. Dengan izin Tuhan anak akan patuh dan attach dengan kita.
Ads
Saya buat dengan sedikit penambahan sebenarnya.
Waktu sikat rambut anak, sambil baca doa tengok cermin. Saya ubahsuai sikit perkataan baik kepada cantik. Nak guna “baik” pun boleh. “Ya Allah, cantikkanlah akhlak Aariz/Annur yang baik ini sebagaimana Kau cantikkan kejadiannya. Amiiiin” Anak-anak pun aminkan.
Ads
Beri ciuman pada anak lepas sikat rambut Annur tengok saja muka maknya dan aktiviti sikat rambut selalunya berakhir dengan dia nak sikat tu, sambung sikat rambut sendiri. Takpe kusut masai balik. Kasi can dia eksplorasi Dora gitu. Lepas sikat, saya cium pipi dan dahi anak-anak sambil luahkan kesyukuran depan mereka berdua. “Ibu syukur ada anak yang baik, rajin tolong ibu macam Aariz/Annur.” Ada masanya, sebut-sebut dengan nada super excited atas apa-apa kejayaan mereka hari tu. “Bagus Aariz rajin kemas mainan lepas main. Barulah cantik rumah kita kan?” Suami pun sama-sama praktis bila beliau sikatkan rambut anak-anak. Nampaklah kesannya. Anak pun lebih attach dengan kita. Harapnya perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada ibu ayah sekalian.
Siapa yang tidak teruja apabila mendapat kejutan sempena ulang tahun. Lebih manis apabila daripada insan tersayang.
Sebagaimana dengan perkongsian ini, seorang isteri mengadakan kejutan istimewa buat suaminya. Dengan memakai pakaian maskot sebagai Minnie Mouse, isteri membuat penghantaran bunga hari jadi.
Dalam pada itu, cuba memeluk suaminya. Namun hasratnya ditolak apabila suami menjauhkan diri yang menyangkan orang lain.
Setelah menanggalkan maskot baru suami menyedari bahawa maskot itu adalah isterinya.
Anak adalah anugerah yang amat bernilai buat pasangan suami isteri. Apabila lahirnya zuriat, ia pastunya memberikan kegembiraan dan kebahagian buat keluarga itu.
Sebagaimana perkongsian penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni di instagram miliknya yang berkongsi cerita mengenai cahayamatanya yang menjadi penyeri rumahtanggan yang dibina bersama isteri tersayang Ayudaputrii.
Katanya, untuk zuriat pertama, mereka pernah berdoa mohon mendapat anak kembar.
Namun, walaupun tidak mendapat kembar, anak pertama dan keduanya sekarang seakan kembar.
“Time Heidy 8 bulan. Putri cakap perut dia lain macam…Rezeki Allah. Buat Pregnancy Test. Baru tahu mengandung Chayra..”
Dah macam kembar
”See guys. Even beza setahun. Tapi dorang mcm kembar kan? Teringat doa kitaorang dulu nak anak kembar..”
Dalam pada itu, Haziq akan memastikan isterinya ‘rest’ dulu untuk kehamilan seterusya.
Dalam bercerita tentang zuriat yang memberi sinar bahagia keluarganya, Haziq berpesan kepada peminatnya yang belum dikurniakan zuriat agar sentiasa berdoa kepada Allah, lambat atau cepat, Allah akan makbulkan doa itu.
Sumber : Instgaram Haziq_hotfm
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ketika anak masih kecillah mereka patut dididik dalam segala hal, bukan ketika mereka sudah besar dan mula memahami keadaan disekelilingnya.
Antara perkara yang mak ayah boleh mulakan sejak anak kecil lagi adalah mendidik anak bersolat. Perkongsian ibu ini, Dr. Farhuda Zulaikha yang mendidik anak-anak kecilnya bersolat boleh dijadikan contoh dan panduan untuk kita sama-sama mendidik anak kita bersolat.
Tak susah pun nak ajar anak-anak solat sejak kecil. Yang penting ibu ayah pun perlulah menitik beratkan hal solat masing-masing. Ini antara TIPS mudah ajar anak-anak solat.
1. Solat ibu ayah perlulah awal waktu, tunjukkan bahawa solat itu penting untuk kita dahulukan.
2. Sebaiknya solat di depan anak-anak sejak mereka bayi lagi. Walaupun ada anak kecil atau bayi, usahalah untuk solat berjemaah suami isteri. Letakkan bayi di sebelah kalian. Jika dia sudah pandai merangkak atau berjalan, pastikan keadaan sekitar tidak merbahaya sebelum kalian mulakan solat.
Ye mungkin kadangkala mereka akan memanjat, masuk dalam kain dan sebagainya. Itu fitrah mereka. Segala itu akan menjadi kenangan nanti. Bukankah cucu Rasulullah pun memanjat baginda ketika bersolat?
3. Lagi bagus jika ada ruang khas solat di rumah. Boleh jadi bilik khas mahupun sekadar suatu sudut khas. Pastikan keadaan kawasan berkenaan bersih dan jauh dari bunyi bising. Jika bersolat di ruang tamu, ajarkan anak-anak bahawa tv perlu ditutup atau dihentikan ketika waktu solat.
4.Jika ayah tiada di rumah, ibu harus memainkan peranan untuk ajak anak solat bersama. Jika ibu ‘cuti’ pastikan anak-anak tetap disuruh bersolat.
5. Sekiranya ada anak-anak yang baru sahaja melelapkan mata apabila tiba waktu solat, pastikan sebaik sahaja mereka bangun mereka harus solat biarpun telah melepasi waktu. Ajarkan yang solat itu wajib. Apabila sudah boleh berfikir, ajarkan apa itu solat qada’ dan juga masbu’.
6. Ayah perlu baca surah kuat-kuat, tertib dan tartil. Biar dapat didengari anak sepatah-demi sepatah. InsyaAllah mereka boleh menghafal surah dengan hanya mendengar bacaan kita setiap hari.
7. Ajarkan mereka perlahan-lahan. Tidak perlu tunggu mereka pandai semua rukun baru nak suruh solat. Biarkan mereka bersolat walupun sekadar meniru pergerakan dalam solat. Walaupun ada yang kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap pandang belakang. Semakin besar nanti ajarlah mereka apa itu rukun solat, apa yang tidak boleh dilakukan.
8. Ajarkan wudhu’ bila mereka sudah faham. Awal-awal belajar solat itu wudhu’ boleh diajar kemudian. Kalau tidak, jenuh juga bertukar baju yang lencun nanti bila yang umur 3 tahun ambil wudhu’. Slowly but surely.
9. Didik dan semailah dalam jiwa mereka kenapa kita perlu melaksanakan solat. Ajarkan berapakah solat wajib yang perlu dilaksanakan. Berapa rakaatkah setiap solat. Apakah tanda masuknya waktu solat.
10. Ibu ayah, jika boleh solatlah berjemaah. Selain pahalanya berganda-ganda, anak-anak juga akan lebih excited jika mereka memerhatikan semua perkara kita buat bersama-sama. Berjemaahlah sekalipun hari itu kita tengah berkecil hati/ salah faham/ berperang dunia dengan pasangan kita. InsyaAllah akan sejuk selepas itu.
11. Sediakan sejadah peribadi milik mereka setiap satunya. Sekarang ini pelbagai jenis sejadah moden yang dijual. Ada juga yang specially designed untuk kanak-kanak dengan gambar kartun dengan saiz yang lebih kecil. Kami membelikan sejadah kecil begini untuk mereka. Sejadah-sejadah ini dibeli ketika masih kecil, kebetulan pula warna-warna itu bertepatan dengan warna character kartun PJ Mask dengan Owlette (merah), Geko (hijau), Catboy (biru). Rehal pun beli warna yang sama.
12. Reward system. Ketika mereka masih kecil, boleh galakkan mereka untuk solat dengan sistem reward menggunakan sticker. Tampalkan sticker pada board peribadi mereka. It may look for fun but it works.
13. Beri peluang kepada anak-anak kecil untuk mengetuai bacaan doa. Usai doa abah yang panjang, minta merela mengetuai bacaan doa ringkas sambil kita turut menadah tangan. Contoh doa yang paling mudah adalah doa ibu bapa. Si anak bujang boleh diberi mandat untuk Iqamah.
Tidak lupa ajak juga anak – anak untuk membaca alFatihah untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Semoga mereka istiqamah melakukan perkara yang sama apabila kita meninggal kelak.
14. Apabila tiba sahaja waktu untuk solat, boleh minta abah yang garang bagi hint : Whudu’!! Maka akan bertempiaran larilah yang si besar-besar untuk segera ambil wudhu’ meninggalkan apa yang sedang mereka kerjakan.
15. Solat tidak boleh tinggal langsung. Jika di rumah solat lima waktu ajarkan juga mereka bahawa sama juga jika balik kampung atau semasa jalan-jalan. Tiada pengecualian.
16.Akhir sekali, tunggulah mereka di atas tikar sejadah sebelum kalian mengangkat takbir. Pastikan semua orang bersedia sepenuhnya barulah mereka bersemangat solat bersama dan tanda kita mahu mereka bersama-sama menghayati solat.
Marilah melentur buluh dari rebungnya. Children won’t follow your orders, they imitate you.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...