Setiap ibu bapa pastinya ingin mendidik anak menjadi anak yang mempunyai kesantunan dan budi perkerti yang mulia. Tingkah laku anak yang baik akan memberi gambaran yang positif mengenai ibu bapa itu. Sehubungan itu, pastinya ibu bapa inginkan anak yang mendengar cakap mereka.
Ikuti panduan yang memberi manfaat ini adalah daripada Dr Zulkifli Mohamed Sharif yang dikongsikan oleh oleh Nadiatul Ashikin Abu Bakar (Nadia Bakar), 32 yang juga ibu kepada Aariz Azri, 6 dan Annur Azri, 22 bulan.
Baca Doa Bila Sikat Rambut Anak
Rasa nak kongsi sikit pengalaman sebagai emak yang baru “5 tahun jagung” hari ini. Biasa dengar baca selawat, tiup pada ubun-ubun anak dan bagi anak makan masakan dari air tangan ibu dapat lembutkan hati anak, serta patuh pada ibu ayah kan?
Saya belajar daripada perkongsian Dr Zulkifli Mohamed Sharif yang amalkan sikat rambut anak-anaknya. Dengan izin Tuhan anak akan patuh dan attach dengan kita.
Saya buat dengan sedikit penambahan sebenarnya.
Waktu sikat rambut anak, sambil baca doa tengok cermin.
Beri ciuman pada anak lepas sikat rambut
Annur tengok saja muka maknya dan aktiviti sikat rambut selalunya berakhir dengan dia nak sikat tu, sambung sikat rambut sendiri. Takpe kusut masai balik. Kasi can dia eksplorasi Dora gitu.
Lepas sikat, saya cium pipi dan dahi anak-anak sambil luahkan kesyukuran depan mereka berdua.
“Ibu syukur ada anak yang baik, rajin tolong ibu macam Aariz/Annur.”
Sumber : Nadia Bakar