
Setiap ibu bapa pastinya ingin mendidik anak menjadi anak yang mempunyai kesantunan dan budi perkerti yang mulia. Tingkah laku anak yang baik akan memberi gambaran yang positif mengenai ibu bapa itu. Sehubungan itu, pastinya ibu bapa inginkan anak yang mendengar cakap mereka.
Ikuti panduan yang memberi manfaat ini adalah daripada Dr Zulkifli Mohamed Sharif yang dikongsikan oleh oleh Nadiatul Ashikin Abu Bakar (Nadia Bakar), 32 yang juga ibu kepada Aariz Azri, 6 dan Annur Azri, 22 bulan.
Baca Doa Bila Sikat Rambut Anak
Rasa nak kongsi sikit pengalaman sebagai emak yang baru “5 tahun jagung” hari ini. Biasa dengar baca selawat, tiup pada ubun-ubun anak dan bagi anak makan masakan dari air tangan ibu dapat lembutkan hati anak, serta patuh pada ibu ayah kan?
Saya belajar daripada perkongsian Dr Zulkifli Mohamed Sharif yang amalkan sikat rambut anak-anaknya. Dengan izin Tuhan anak akan patuh dan attach dengan kita.
Saya buat dengan sedikit penambahan sebenarnya.
Waktu sikat rambut anak, sambil baca doa tengok cermin.
Saya ubahsuai sikit perkataan baik kepada cantik. Nak guna “baik” pun boleh.
“Ya Allah, cantikkanlah akhlak Aariz/Annur yang baik ini sebagaimana Kau cantikkan kejadiannya. Amiiiin”
Anak-anak pun aminkan.
Beri ciuman pada anak lepas sikat rambut
Annur tengok saja muka maknya dan aktiviti sikat rambut selalunya berakhir dengan dia nak sikat tu, sambung sikat rambut sendiri. Takpe kusut masai balik. Kasi can dia eksplorasi Dora gitu.
Lepas sikat, saya cium pipi dan dahi anak-anak sambil luahkan kesyukuran depan mereka berdua.
“Ibu syukur ada anak yang baik, rajin tolong ibu macam Aariz/Annur.”
Ada masanya, sebut-sebut dengan nada super excited atas apa-apa kejayaan mereka hari tu.
“Bagus Aariz rajin kemas mainan lepas main. Barulah cantik rumah kita kan?”
Suami pun sama-sama praktis bila beliau sikatkan rambut anak-anak. Nampaklah kesannya. Anak pun lebih attach dengan kita. Harapnya perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada ibu ayah sekalian.
Sumber : Nadia Bakar
Tak Pernah Potong Rambut Sejak Lahir, Redha Korbankan Rambut Anak Nak Masuk Sekolah. Masih Mengharap Kehadiran Anak Perempuan

Rambut merupakan mahkota bagi wanita, namun pada masa kini kaum lelaki juga suka menggayakan rambut dengan pelbagai fesyen.
Bagi seorang kanak-kanak lelaki, dia tidak pernah memoting rambut sejak lahir sehinggalah berusia 7 tahun kerana harus memasuki alam persekolahan.
Menurut Ilah Abd Rahman, 40, anaknya Muhammad Darris, 7, dibawa ke sebuah kedai gunting rambut pada Khamis memandangkan dia akan mula bersekolah pada Ahad.
“Rambut Darris tidak pernah dipotong sejak kecil. Dulu masa masuk tadika, pernah trim sikit. Tapi tak pernah potong sampai macam ni. Dia tadika swasta, boleh simpan rambut panjang.
“Kami menetap di Kedah, jadi sesi persekolahan bermula pada Ahad. Berbeza dengan kebanyakan negeri lain yang akan memulakan sesi persekolahan pada Isnin.
“Persiapan lain semua saya dah selesaikan. Gunting rambut ni merupakan persiapan terakhir kami untuk Darris.”
Menurut Ilah, Darris teruja untuk memotong rambut pendek, malah si bongsu itu sudah lama memendam hasrat untuk menukar imej seperti dua abangnya.
“Dia seronok dapat potong rambut. Sebelum ini Darris selalu ikut dua abangnya pergi gunting rambut. Dia kata teringin nak buat rambut macam abang.
“Tapi saya kata nanti-nantilah. Tunggu masuk sekolah baru potong. Dia memang tak sabar-sabar, dia menanti hari untuk dibawa ke barber untuk gunting rambut.
@mummyilah Demi menempuh alam persekolahan 💇🏻♂️🤗 #backtoschool #haircut #darjah1 #PotongRambutLelaki #potongrambut #darrisUqail #anakbongsu ♬ Tercipta Satu Senyuman – Verse – Reedzwann
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
“Selepas potong, dia asyik bawa sikat rambut je. Keluar pun bawa sikat. Sebelum ini saya tak bagi dia sikat, takut habis curl tu,” ujar Ilah berseloroh.
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia dan suaminya Mohd Faizul Abu Bakar, 41, berasa sayu melihat transformasi imej anak mereka setelah sekian lama Darris berambut panjang.
Jelas Ilah lagi, dia dan suami tidak pernah memotong pendek rambut Darris kerana mereka berdua masih mengharapkan kehadiran cahaya mata perempuan dalam keluarga.
“Sayu masa potong. Kalau ikutkan tak mahu potong, tapi sekolah ada undang-undang. Kami simpan rambut Darris sebab teringin anak perempuan. Anak saya tiga orang semuanya lelaki.
“Saya jaga biasa-biasa je, tapi daddy Darris yang teliti bab jaga rambut anak, daddy memang sayangkan rambut Darris. Selain syampu dan perapi, kami juga letakkan krim pelembut pada rambut Darris,” cerita Ila.
Dalam pada itu, video ketika Darris memotong rambut di sebuah barber di Bukit Mertajam, Pulau Pinang turut meraih perhatian netizen.
Selain bertanya tentang petua penjagaan rambut kanak-kanak, ramai netizen turut memuji transformasi imej Darris dan mendoakan agar dia menjadi insan yang hebat suatu hari nanti.
Menurut Ila, dia terkejut apabila video berkenaan tular di media sosial, namun berterima kasih atas segala komen positif daripada netizen.
“Saya suka kongsi video di TikTok, nak simpan sebagai kenangan. Tak sangka pula viral. Selain itu, ramai juga yang tanya petua penjagaan rambut Darris.
“Biasanya kami pakai syampu dewasa saja. Selain itu, dia juga pakai perapi setiap kali syampu rambut,” cerita Ila lagi.
[ARTIKEL PANAS]
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Ajar Anak Lelaki Untuk Sayang & Hormat Pada Ibunya, Bila Besar Barulah Akan Berbuat Baik & Lemah- Lembut Dengan Wanita!

Orang kata kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nak ajar anak kena bermula sejak mereka kecil lagi.
Kalau dah besar agak sukar untuk berbuat demikian. Persekitaran dan gaya hidup masa kini banyak mempengaruhi anak-anak terutama dalam penggunaan gajet.
Selain itu, cara membesarkan anak lelaki dan perempuan tak sama. Ada pendekatan masing-masing.
Saudara Taufiq Razif berkongsi pandangan tentang aspek yang perlu ibu bapa ajar pada anak lelaki sebelum mereka menjadi remaja. Take note ye!
Ajar Anak Lelaki 5 Perkara Ni Secepatnya Sebelum Dia Menjadi Remaja
1. Ajar anak lelaki untuk jadi Respectful pada wanita terutamanya pada ibunya sendiri
– contohnya ajar anak lelaki bukakan pintu kereta untuk ibu dan adik perempuannya, jaga nada suara terhadap adik beradiknya & berbuat baik dan lemah lembut pada semua wanita
2. Ajar anak lelaki untuk ada Sense Of Responsibility
– ajar anak lelaki untuk simbah & cuci bila dah lepas hajat di tandas awam, cuci pinggan dan lap tumpahan air di meja makan, kutip sampah yang dia sengaja buang pun adalah salah satu latihan untuk bentuk Sense of Responsibility dalam diri anak.
3. Ajar anak lelaki tentang Personal Hygiene & Cleanliness
– banyak anak lelaki bertukar menjadi pengotor bila berjauhan dengan mak ayah contohnya di asrama. Rupanya kerana kita lupa nak ajar anak lelaki kita tentang disiplin menjaga personal hygiene & cleanliness.
– personal hygiene ni bermula daripada cara cuci tangan hinggalah kepada cara berinstibra’ & berinstinjak. Antara ilmu istibra’ yang kita kena ajar anak lelaki adalah berdehem & urut kemaluannya sebelum membasuh kencing
4. Ajar anak lelaki Coping Skills
– coping skills ni adalah cara anak kita nak selesaikan ataupun cara anak kita nak hadapi masalah dalam hidupnya. Contohnya apa nak kena buat bila anak lelaki kita tu stress ke, kena ejek ke kena buli ke
– Sebab kalau anak lelaki kita tak tahu Coping Skills yang betul, anak kita akan mudah terjebak dengan Coping Skills yang negatif. Coping Skills negatif ni contohnya adalah ambil dadah dan juga minum beralkohol.
5. Ajar anak lelaki tentang Empathy
– bila tengok pasangan kita penat, cuba suruh anak kita tengok dan fahami kepenatan pasangan kita tu
– amalkan dialog ni pada kita untuk asah Empathy anak kita “Adik, cuba tengok Mama tu. Penat kan dia lipat baju kita berdua kan? Nampak tak muka Mama dah redup dah tu jaga kita berdua tiap hari. Jom kita gi tolong Mama lipat baju nak? ”
– bila anak kita dah mampu faham & rasakan emosi orang di sekelilingnya, itulah kejayaan kita dalam membentuk sifat empati dalam diri anak kita. InsyaAllah anak macam ni adalah anak yang hebat Emotional Intelligencenya. Inilah yang kita panggil sebagai anak yang cerdas emosi.
Tolong sangat ajar ilmu ni pada pasangan dan anak kita sendiri. Kongsi ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu ye sebab saya rasa masih ramai lagi mak ayah di luar sana belum tahu tentang ilmu ni.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Nak Jutawan Pada Usia 50 Tahun? Lelaki Ini Senarai Checklist Kena Untuk Rancang Pelaburan Dan Kewangan.


