Berkongsi pengalaman hidup seorang wanita yang kini dialah ibu dan dialah ‘ketua keluarga’ setelah suami tercinta dijemput Ilahi, nyata bukan mudah untuk dilaluinya.
Ini dikongsikan melalui posting artikel Doa Yang Diaminkan Malaikat di akaun fbnya. Jom semak.
DOA YANG DIAMINKAN MALAIKAT
Sementara menunggu giliran untuk membayar di kaunter, mata saya memandang kiri dan kanan juga orang yang beratur di hadapan saya.
“Ramai betul orang hari ni,” itu yang terpacul di bibir. Fina yang mendengar turut memandang sekeliling.
Ada yang beli barang penuh satu troli. Mungkin ahli keluarganya ramai. Ada yang beli barang penuh 2 troli. Mungkin dia seorang peniaga.
Ada yang beli barang hanya separuh troli. Mungkin itu cara dia berbelanja.
Ada yang beli barang yang boleh dibilang dengan jari. Mungkin hanya itulah yang mencukupi sebagai rezeki. Macam-macam kisah sebenarnya di sebalik troli ni.
Ads
Saya pandang pula troli sendiri.
Barang yang biasa-biasa sebagai memenuhi keperluan kami bertiga. Setelah ketiadaan arwah suami, saya cuba sedaya upaya mengisi tanggungjawab sebagai ‘ketua keluarga’ dengan sebaiknya.
Apa yang ada di dalam troli saya, adalah rezeki saya dan anak-anak. Begitu juga yang ada di dalam troli orang lain. Itulah rezeki masing-masing. Memang tak akan sama.
Kalau difikir betapa susahnya saya hidup tanpa dia, saya pasti ada isteri-isteri di luar sana yang lebih sukar hidupnya. Makan bersukat. Perut diikat. Duit dicatu. Cukup apa yang perlu.
Ads
Bila pandang troli sendiri, sematkan rasa syukur dalam hati. Bila pandang troli orang lain, doakan yang baik-baik buatnya.
Saya pernah melalui saat-saat perit pada awal tempoh pemergiannya. Saya pernah menangis kerana tidak mampu tunaikan keinginan anak-anak.
Memang saya meraung sambil memanggil namanya. Rasa seperti tidak terdaya menunaikan amanah yang dia tinggalkan.
Bila anak-anak meminta, hanya janji yang mampu saya beri. Terasa seperti saya ini seorang ibu yang zalim.
Ads
Saya ikhtiar apa yang perlu untuk saya mengubah kehidupan. Ianya tak semudah disangka. Halangan akan sentiasa ada.
Sehinggalah saya biasakan diri mendoakan orang di sekeliling saya. Doa yang tulus. Doa yang datang dari hati.
Itulah konsep doa yang diaminkan malaikat. Mendoakan yang baik-baik untuk orang lain agar kita mendapat apa yang dihajatkan. Memaaf dan melupakan agar kita juga dimaafkan.
Semua ini perlukan masa. Sentiasa diamalkan agar jadi kebiasaan. Sampai masa yang tepat, doa kita akan dimakbulkan.
Selepas ni, sambil tolak troli, kita saling mendoakan yang baik-baik sesama kita. Manalah tahu. Daripada barang yang boleh dikira dengan jari bakal menjadi rezeki yang boleh dikongsi.
Sumber : Zureiny Zulkafly
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa yang tak kenal dengan selebriti dan tukang masak tersohor, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan. Keletahnya ketika memasak cukup menghiburkan.
Bukan itu sahaja, Chef Wan juga cukup terkenal seorang yang sangat penyayang dan sentiasa menjaga kebajikan orang yang disayanginya terutama sekali ibunya.
Tidak hairanlah, di dalam lama instagramnya penuh dengan kisah dia dan ibu dengan pelbagai cerita. Ada yang melucukan tak kurang yang menyentuh hati.
Terbaru, Chef Wan berkongsi beberapa video bersama ibunya yang dilihat menyapu losen sambil menonton tv. Noraini Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Che Ani dijaga sepenuh masa oleh Chef Wan.
Dah tua ini semua mula kering dan gelebeh.. Tak usah kata emak…kita sendiri pun dah mengelebeh! Its the law of gravity!😂😂😂 Putih gebu kulit emak ni… Berhutung saya semasa hidup boleh saya jaga makanan minum ibu saya mau pun sapu2 kan cream mositurisor ini for her.
Jujur mengakui, setiap hati dia akan memeluk dan mencium ibunya.
Satu hari entah berapa kali saya peluk dan cium ibu saya these days. Pagi kena cium…lepas makan kena dakap to put her to bed for a nap mau pun to put her to sleep. I am sure esok bila emak tak ada lagi mesti saya merinduinya amat sangat. Each time i kissed her i kept cium dahi dia lama supaya my brain can register bau ibu saya ini. Saya takut kehilangan bau itu. Bila esok Ibu tak ada lagi harap2 saya masih boleh bau ibu saya ini sesekali untuk mengubati rindu saya nanti.
Perkongsian tersebut menyebabkan ramai yang tersentuh hati dan sebak mendengar pengakuan Chef Wan.
xxbellissimoxxI felt you Dato’. My mom just passed away last 2/3. Kehilangan yg xdpt i nk gmbrkan. Setiap detik rindu semua benda even sehelai rambut arwah Mak. Yg terakhir apa yg sy lakukan adalah mandikan arwah. Allahu…. berat menanggung rindu kepada seorg ibu. 😭
ainul_mustafa patutlah Chef berjaya sebab sentiasa menjaga ibu. saya tunjuk video ni pada anak anak saya. cakap kat mereka ” tengok Chef wan kenapa dia berjaya sebab dia jaga, sayang, hargai ibu ” . Alhamdulillah saya masih ada ibu. semoga saya dapat bahagiakan dia
zaleha.olpin So much love, moga syurga buat Dato InsyaAllah 💜
anugerahsyuhadah May Allah shower u with his choicest Blessings CW. Bila seseorang faham erti cinta, akan tahu mencintai diri sendiri, pasti dpt mencintai yg lain dgn nilai cinta yg CW tunjujkan. U r full of love. Tq dor sharing ur moments with ur mom.
leenabelle This post gives me tears. I duduk kat overseas n I wish I could’ve done more. The best gift you can give someone is your time and I think I need to work on that 😪
jenho66 DCW, when I see this, u really made me cry. T love we have for our mother is so deep. God bless Cik Ani n u with more health n joy. Yes, at this stage we are most afraid of loosing them. U r really awesome n t greatest example of anak yang kenang budi. 🌹🌹🌹
hanizahjohanib Menangis saya chef wan.. Cium bau ibu.. Moga syurga tempat mu nanti chef wan Amin3
Walaupun banyak tepung segera dipasaran, namun ramai yang masih suka bancuh tepung sendiri untuk menggoreng. Tetapi ada yang mengalami masalah terutama untuk mendapatkan bancuhan tepung yang tidak serap minyak dan gorengan pun rangup dan tahan lama.
Kali ini admin kongsikan cara mudah untuk buat sendiri bancuhan tepung yang mana hasilnya memang terbaik. Menurut saudara Zaky Mat Ali, tak semua tepung boleh digunakan untuk buat bancuhan untuk menggoreng.
Siapa suka Cempedak Goreng? Memang nikmat makan panas- panas lepas digoreng. Kalau guna tepung segera, biasanya cempedak yang digoreng akan serap minyak. Saya kongsi resepi mudah bancuhan tepung untuk menggoreng.
Bahan-bahan
300 gram Tepung Beras
2 biji Telur
2 sudu kecil Serbuk Kunyit
1 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Kapur Makan
Air- tidak terlalu cair, tidak terlalu pekat
Caranya:
Campurkan semua bahan di atas, pastikan adunan tidak terlalu cair. kemudian, masukkan pisang, ubi, keledek atau cempedak. Goreng dalam minyak yang panas.
Siap!Biji cempedak jangan dibuang. Boleh rebus letak sedikit garam
Malah, dia juga turut berkongsi tip tentang fungsi setiap jenis tepung beras yang ada di jual di pasaran.
Jenis tepung
Tepung Beras Gajah Seekor
– Sesuai digunakan untuk salutan goreng-goreng seperti pisang goreng, ubi goreng, cempedak goreng.
Tepung Beras Gajah Tiga Ekor
– Lebih lembut dan licin. Sesuai untuk buat kuih tradisional seperti tepung pelita,kuih talam, putu, kuih lapis dan sebagainya.
Tepung Beras Gajah Lima Ekor
– Sesuai untuk buat laksa
Pernah lihat dinding rumah ada tompok hitam dan berkulat. Jika ada, sebenarnya ia mengundang bahaya buat persekitaran rumah anda. Apabila situasi ini dibiarkan, ia boleh menjejaskan kesihatan ahli keluarga.
Nak tahu lebih lanjut ikuti penjelasan dari Public Health Malaysia yang memberi info mengenai hal ini.
Lihatlah di siling dan dinding pejabat atau rumah anda. Ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul?
Ya,itu adalah KULAT . Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.
Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.
Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.
Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.
Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatka masalah kronik seperti astma.
Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius. .
Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas. .
Bolehkah kulat ini di cegah?
✅ Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
✅ Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah .
Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.
Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.
Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.