Kisah ketulusan dan keteguhan cinta Ahmad Kamal Effendi Kamarudin kepada wanita bernama Dr. Nik Idzni Dalila Nik Mahmud cukup luar biasa. Lelaki ini ikhlas mengahwini seorang wanita yang juga merupakan pejuang kanser buah pinggang tahap 4, dan apa yang menyentuh hati umur isterinya tidak panjang.
Genap pada tarikh ulang tahun pertama perkahwinan mereka iaitu pada 27 Disember 2016 suri hatinya pergi mengadap Ilahi.
Sepanjang tempuh setahun itu, suami ini menyerahkan seluruh jiwa dan raganya menjaga isteri yang kritikal dan kisahnya ini viral dan menjadi bualan wargamaya suatu ketika dahulu.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
6 Tahun, 6 Jambangan Bunga
Tahun ini setelah 7 tahun berlalu dan hasil tinjauan di laman Instagram miliknya, guru Bahasa Inggeris ini didapati masih solo. Bahkan apa yang menarik perhatian adalah setiap kali tibanya tarikh 27 Disember dia tidak pernah lupa untuk meraikan ulang tahun perkahwinannya dengan melawat pusara isteri sambil membawa sejambak bunga simbolik memperingati hari yang begitu istimewa dalam hidupnya.
Kali ini dilihat Kamal Affendi memilih jambangan bunga ros berwarna oren bagi menzahirkan harapannya turut secerah itu untuk menempuh tahun baru tanpa di sisi. Tulisnya lagi, meskipun perasaannya sentiasa dibelenggu rindu dan sayu terhadap arwah isterinya sepanjang 6 tahun ini, namun dia tetap bersyukur perkahwinan mereka genap memasuki 7 tahun.
Sumber : Instagram kamaleffendi& Berita Harian