Kebanyakan wanita kini dilihat lebih suka berdikari dan membuat keputusan sendiri dengan alasan lebih selesa dan tidak mahu menyusahkan.

Atas faktor itu juga menjadikan semakin mudah dilihat sang isteri lebih memilih untuk berdikari. Tak kurang ada juga isteri memilih untuk berdikari atas faktor terpaksa namun ada juga yang tidak mahu membebankan suami.

Namun apa juga pilihan, biarlah ia berpada dan jangan sampai membuatkan ada hati yang terluka. Walaupun mungkin  isteri kini lebih bijak bertindak dan tidak lagi hanya mengharapkan  bantuan suami dengan alasan tidak mahu menyusahkan, tak ada salahnya jika masih meminta pertolongan suami hatta sekelumit saja bantuannya.

Berdikari Ni Baik Untuk Isteri & Suami Tapi Kurang Baik Untuk Rumah Tangga. Ini Silapnya Suami Pada Hari Ini!

Apabila si isteri terlalu berdikari, ia secara tidak langsung menyebabkan rasa hormat dan kebergantungan kepada suami menjadi longgar.

Banyak perkara dan keputusan dilakukan sendiri dan lebih memburukkan keadaan apabila si isteri langsung tidak berbincang dengan suami termasuk dalam hal yang memerlukan dia membuat keputusan.

Hadamkan perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ini.

IKLAN

“Baik utk suami, tapi kurang baik utk rumahtangga…”

Ada isteri yg berdikari ni memg bgus sbb byk perkara yg sepatutnya dibuat suami, dia dapat buat sendiri…dlm ertikata yg lain, dia mengurangkan beban suami…

Suami dah tak perlu buat apa yg isteri dia dah buat…dia mgkin cuma perlu bertanya, follow up ttg perkara2 itu sahaja…

Cumanya bila kita sebagai suami terlalu membiarkan byk perkara diselesaikan isteri, diuruskan isteri dan dia buat on behalf of suami, maka itu sebenarnya sgt2 tak baik utk hubungan rumahtangga kita…

IKLAN

Berdikari Ni Baik Untuk Isteri & Suami Tapi Kurang Baik Untuk Rumah Tangga. Ini Silapnya Suami Pada Hari Ini!

Kita akan jadi selesa dan bila kita selesa, apa yg kebiasaannya kita jadi? Kita lupa diri, kita alpa dan kita dh xnk buat dh apa yg isteri selalunya buat walaupun itu sebenarnya tugas kita sbgai seorang suami…

Isteri memg byk perkara yg dia boleh buat sendiri…walaupun pd permulaannya dia kurang mahir, tp bila dh selalu buat, dia akan mahir…tp dia tetap seorang isteri, seorang perempuan yg mempunyai naluri bahawa, apa yg dibuatnya itu hanyalah sebagai satu bentuk pertolongan kpd si suami…

IKLAN

Berdikari Ni Baik Untuk Isteri & Suami Tapi Kurang Baik Untuk Rumah Tangga. Ini Silapnya Suami Pada Hari Ini!

Pertolongan yg sementara…

Dan dia masih perlukan suami utk buat keje2 tu bila suami ada masa, ada kelapangan dan tak sibuk…dia tetap nk suami jadi suami, isteri jadi isteri…bukan smpai tahap tugas2 isteri dah mcm seorang suami…sehingga terpaksa menggalas, memikul dan menguruskan segala2nya sendiri…

Berdikari Ni Baik Untuk Isteri & Suami Tapi Kurang Baik Untuk Rumah Tangga. Ini Silapnya Suami Pada Hari Ini!

Berdikari ni baik utk isteri, baik utk suami tapi kurang baik utk rumahtangga kita sendiri…ini kesilapan kebanyakan suami pada hari ini…

Terlalu membiarkan isteri berdikari sehingga isteri selalu berfikir, “Utk apa aku ada suami…

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI