Berdiet Dengan Menu Sihat, Ada Juga Hadnya! Fahami Agar Tidak Terlebih.

Share

Bila bercakap tentang pemakanan sihat untuk keluarga, hampir semua antara kita akan terbayangkan beberapa menu seperti susu, bijirin, sayuran dan buah-buahan yang tinggi khasiatnya.

Pun begitu andai ada yang ingin berdiet, anda perlu sedar makanan yang sihat seperti rolled oat umpamanya jika diambil berlebih-lebihan dengan menggabungkan pelbagai jenis ramuan lain, pasti jumlah kalorinya berganda.

Bila diamalkan selalu, bukan boleh turunkan berat badan malah silap gaya bimbang juga mendatangkan kemudaratan. Untuk itu, jom baca perkongsian daripada akaun fb Kak Jee yang banyak berkongsi tentang amalan berdiet untuk kurus. Jom semak.


HATI-HATI. SESUATU YANG BAIK, JIKA BERLEBIHAN PUN MEMUDARATKAN
Beberapa hari ni, Kak Jee share tentang saranan sarapan yang mudah dan ringkas. Terutama yang selalu kata sibuk memanjang.

Jadi bila checking meal sarapan, ramai lah yang ber ‘rolled oat’ .

Namun berhati-hati. Namanya nak turunkan berat badan perlu ada ‘defisit kalori’. Ditakuti menu rolled oat kita melampau hingga 500-600 kalori. Banyak tu untuk sarapan.

Antara kesilapan biasa dilakukan: 

1) Tambahan susu lebih 250ml. Lebih teruk lagi jika menggunakan susu segar.
Susu segar tak salah, tetapi tidak sesuai bagi kita yang nak turunkan berat badan.

Ingatan: Hanya gunakan susu skim atau susu rendah lemak sahaja. Sukatan maksima 250ml(segelas) 120 kal.

Bukan 2 gelas tau! Segelas minum, segelas campur dalam rolled oat.

2)Tambahan medium cecair lebih sejenis dalam satu sediaan. Dah masuk susu, tambah lagi Yogurt, tambah lagi madu.

Ingatan: Pilih salah satu sahaja medium cecair untuk kawal kalori.

3)Tambahan topping keterlaluan. Biasa kita tambah buah-buahan segar. Tak dinafikan buah-buahan kan bagus. Tetapi bagus dan berkhasiat tidak memastikan berat badan boleh turun tanpa mengira defisit kalori.

Ingatan: Cukup sekadar sejenis topping anggaran 60-80kal. Jika mahukan lebih perisa, kurangkan kuantiti nya , maksima 2 jenis. Contoh epal sebelah dan kekacang separuh sukatan.

Pilih buah segar berbanding buah kering seperti kismis dan pic. Kuantiti sedikit kalori tinggi. Rugi.

sumber : Kak Jee