
Muat naik terkini pelakon terkenal kesayangan ramai, Norman Hakim menarik perhatian ramai peminatnya di media sosialnya.
Norman memuatnaik foto ke gymnasium bersama enam orang anak-anaknya berserta kapsyen ringkas penuh makna.
AKTIVITI HUJUNG MINGGU
Pelakon ini yang terkenal dengan aktiviti bersenam di gym dalam videonya berkongsi gelagat anak-anaknya.
Apa yang menarik perhatian kesemua anaknya kelihatan sporting bersamanya.
RAIH PERHATIAN PEMINAT
Melihat video berkenaan ramai peminatnya terhibur dengan keluarga bahagia ini.
Sumber: Instgaram Norman Hakim
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Sharifah Zarina Kongsi Detik Cemas Anak Sesat! Abang Grab Pinjamkan ‘Phone’, Tolong Hantar Balik

Ibu mana yang tidak risau kalau jam dah mencecah tengah malam, tetapi anak gadis masih belum pulang ke rumah!
Itulah yang dirasai oleh penyanyi Sharifah Zarina yang menunggu anaknya, Athalia Deena Khamis lalu yang berdepan detik cemas selepas sesat ketika mencari jalan pulang ke rumah.
Perkara ini dikongsikan oleh Sharifah Zarina sendiri menerusi satu hantaran video di laman Instagram miliknya.
Difahamkan Athalia yang baru selesai menghadiri sebuah majlis gagal menjumpai jalan pulang disebabkan aplikasi waze tidak boleh digunakan kerana telefon bimbitnya sudah kehabisan bateri.
“Saya hairan dah pukul 12:30 malam dia tak balik-balik, saya dah panik dan risau waktu itu. Saya check guna aplikasi Friends Finder dia berada di Kepong, waktu itu saya anggap dia guna jalan belakang.
“Tapi saya hairan kenapa dia lama sangat dekat situ tak bergerak, saya rasa dia habis bateri, rupanya memang betul dia habis bateri dan wayar caj telefon pula rosak ketika itu. Malam tu juga nak rosak, tak pernah-pernah rosak.
“Dia kata dah hampir sejam pusing dekat kawasan sama, anak saya sesat di kawasan tersebut selama sejam rupanya, Allahuakbar,” katanya dalam video tersebut.
Bagaimanapun, penyanyi yang hits dengan lagu Langit Ketujuh itu menjelaskan akhirnya Atahlia berjaya sampai ke rumah selepas dibantu oleh seorang penghantar makanan.
Dalam masa sama, ibu kepada tiga cahaya itu memanjat rasa syukur dan merakamkan ucapan terima kasih kepada individu tersebut yang dikenali sebagai Muhd Zul Naim kerana membantu anaknya.
“Athalia berhenti dekat satu stesen minyak dia pinjam telefon dekat orang di situ. Mula-mula ada yang tak bagi pinjam sebab khuatir dia penipu kan.
“Kemudian ada seorang abang grab food, dia sudi beri pinjam. Bukan itu sahaja tau, abang itu sanggup hantar dia balik sampai depan rumah. Allahuakhbar, tak tahu nak cakap apa.
“Saya sampai mesej abang itu minta nombor akaun nak upah sebab dah bantu anak saya. Saya cakap dengan dia susah nak cara orang baik macam itu zaman sekarang ni.
“Dia kata ikhlas, dia hanya minta saya doakan dia dapat lebih banyak order lepas ini,” jelasnya.
Pada akhir video tersebut, Zarina turut menadah tangan dan menyebut nama Muhd Zul Naim lantas mendoakan kesejahteraan buatnya.
Sumber : Instagram Sharifah Zarina
Ini Sebabnya Tak Boleh Terlalu Manjakan Anak Lelaki Walaupun Sayang. Bimbang Nanti Tak Boleh Jaga Keluarga!

Sesetengah keluarga dalam masyarakat kita, ada yang sayang anak lelaki melebihi anak perempuan. Sebab tu mereka tak perlu buat kerja rumah kerana itu kononnya tugas kaum wanita. Tipikal budaya sejak dahulu lagi.
Bahkan, ada ibu bapa yang sudah menerapkan di rumah kerja-kerja rumah hanya anak perempuan yang buat. Hakikatnya cara yang dipraktikkan itu salah.
Bak kata pepatah, nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nak ajar anak kena bermula sejak mereka kecil lagi. Sebab itu, tidak kira jantina anak, mereka patut diajar berdikari dan tahu akan tanggungjawab mereka.
Bahkan, Ustazah Isfadiah Mohd Dusuki dalam perkongsiannya mengatakan, jangan manjakan anak-anak lelaki kita di rumah dan wajib ajar mereka dengan pengurusan rumah tangga supaya senang untuk dia menguruskan rumah tangganya kelak.
Malah cara ini dapat mengajar anak lelaki lebih bertanggungjawab pada keluarganya. Saudara Taufiq Razif berkongsi pandangan tentang aspek yang perlu ibu bapa ajar pada anak lelaki.
Jangan manjakan anak lelaki
Ada sebabnya kita tak boleh manjakan anak lelaki. Mereka ini lah nanti bakal menjadi ketua keluarga.
Ada 7 sebab kenapa tak boleh manjakan anak lelaki secara melampau walaupun kita sayang pada anak kita
Kena ajar anak lelaki berdikari kerana tak selamanya kita ada di sisi.
Jangan manjakan anak lelaki melampau. Didik mereka bahawa ibu bapa bukan orang suruhan.
Jangan manjakan anak lelaki sehingga menjadi ‘spoiled adult’.
Sumber: Taufiq Razif
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Berhenti Cari Salah, Tak Semua Benda Kita Betul.” Kembali Berdamai Dengan Isteri, DS Aliff Syukri Buat Lagu Khas

Kemelut rumah tangga Dato’ Seri Aliff Syukri kebelakangan ini mendapat reaksi dari netizen. Ada yang mengecam tak kurang yang memperlihatkan rasa sedih dan simpati kepada datin Seri Shahida.
Terbaru, dalam satu perkongsian, Aliff Syukri memuat naik video di instagramnya yang menunjukkan kedua-duanya meminta maaf antara satu sama lain dalam suasana penuh sebak.
terima kasih allah.. kerana masih sygkan family ni❤️
smua orang nak bahagia dalam perkahwinan setuju tak?? kalau setuju komen di bawah👇🏻
Bagi abang nak berkahwin itu amat mudah tetapi nak mempertahankan perkahwinan itu bukan satu perkara yang mudah banyak dugaan cabaran dan kesabaran.. yang perlu dilalui..
Pergaduhan dalam perkahwinan itu memang normal apatah lagi kami adalah pasnagan kontra dari smua sudut.. siapa yang tak pernah bergaduh dalam rumah tangga sy pasti smua pernah ..
Begitu juga sy..itulah lumrah kehidupan cuba bayangkan dua kepala yg dilahirkan berbeza perut,nak hidup sekali sampi kemati… mungkin rambut sama hitam hati lain-lain dan didikan keluarga pun berbeza beza,pendapat dan ego..
Sedangkan dengan ayah dan mak pun kekdang kita tidak sependapat … dan kadang kala mahu bergaduh… inikan pula suami isteri … orang yang belum berkahwin mungkin tidak akan faham apa yang abang rasa ini.. bagi abang dlm perkahwinan berhenti mencari kesalahan masing- masing kadang kala tak semua benda kita betul… .
. .
tak guna pun kalau Kita cari siapa betul atau siapa yang menang ??pokok pangkalnya kita cari titik keserasian untuk memperbetulkan keadaan dan yang paling penting kita kena tahu syurga isteri tetap bawah kaki suami tapi suami pun kena pandai main peranan lah ..
jangan pula disebabkan syurga kat bawah kaki suka hati saja nak pijak isteri begitu juga dengan isteri kadang kala isteri ini kena lah belai dan faham suami..jgn suami buat baik.. dipijak kita pula Kesimpulannya tak pernah ada benda yang sempurna dalam Hidupan maklumlah kita bukan hidup dalam syurga kalau semua sempurna.. itu namanya syurga ..
Apa pun terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang hubungan kami sekeluarga.. terima kasih doa kalian smua.. syukur alhamdulillah segalanya telah berdamai sebab apa?? yang berlaku ini biarlah kami sahaja yg tahu.. kami dua dua salah dan kami akan betulkan kesalahan kami..
Di akhir perkongsian tersebut, Aliff Syukri turut memberitahu yang dia menghasilkan satu lagu khas sempena perselisihan faham dengan isterinya itu.
apa pun saya sayang awak sampai ati @shahidadherbs dan family kita❤️ dan lagu #cubabahagia itu sy ciptakan sempena kisah sedih saya yg bergaduh hanpir 3bulan😢
Sumber: IG aliffsyukriterlajaklaris