Berderet 5 Anak Lelaki & Yang Ke 6 Baru Perempuan. Kini Hamil Lagi, Ibu Ni Bersyukur Ada Anak Ramai!

Share

Bila dikurniakan seorang anak lelaki, realitinya untuk kandungan seterusnya sebagai ibu ayah  teringin pula untuk memiliki anak perempuan.

Pun begitu, rezeki dikurniakan anak lelaki atau perempuan adalah anugerah dariNya, Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

Manakala membaca coretan ibu ini yang dikurniakan berderet lima anak lelaki dan anak keenam barulah dianugerahkan anak perempuan, cukup disyukuri!

Ini perkongsian.

Saat Allah memberi khabar gembira,
Saat pertama kali memeluk putera pertama.
Airmata laju tanpa disekat. Ya Tuhan, Kau Kurniakan kami Khalifah kecil pelengkap.

Saat hadir putera kedua, Engkau sempurnakan sahabat buat Abangnya.

Putera ketiga menyusul, Biarpun satu-satunya anak yang lahir secara pembedahan. Menambahkan bilangan makmum jemaah kami.

Hingga menyusul pula putera keempat.
Engkau lunakkan hati kami, bahawa Engkau sempurnakan pengusung jenazah kami dari setiap penjuru.

 

Lahir putera kelima, maka bergembiralah daku menjadi Permaisuri di kalangan sang Raja dan hulubalangnya.

Saat itu, hanya berserah. Andai tiada puteri, maka aku redha atas ketentuanMu. Kerana aku tahu, hikmahNya nikmatNya lebih besar nilainya disisiMu.

Hinggalah saat redha itu sepenuh hati.
Lalu hadirnya puteri disambut tangan ayahnya,
Indah khabar dari Mu. Lahirnya Puteri pertama sebagai berwalikan pertama ayahnya.

Tiada rasa yang indah melainkan kesyukuran tidak terhingga. Engkau berikan kami Puteri di kalangan hero yang ramai. Ditatang disayang sepenuh jiwa dan raga. Dimanja ayahnya tanpa sedikit rasa jemu dan curiga.

Namun, Takdir indahnya bersulam cinta.
Di usia kelahiran sang puteri meniti hari.
Hadiah dihari ulangtahunku.

Terima kasih ya Allah untuk khabar gembira anakanda ketujuh. Disaat sempurna sudah pelengkap dan permata hati, Kau berikan jua nikmat tidak terhingga.

Terima kasih ya Allah menjadikan aku salah seorang ibu yang ramai anaknya. Ya Allah, cantikkan akhlak mereka secantik akhlak Alquran dijiwa. Kuatkan aku menjadi ibu yg penyayang buat mereka.

Ya Allah, Jagakan mereka sebaiknya.
Buatkan hatiku damai dan redha, tenang meniti saat tibanya masa dan ketika.
Sesungguhnya, nikmatMu sukar dijangka.

Aamiin ya rabbal alamiin.

Sumber : Sarah Saifuddin

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Dapatkan juga pelbagai produk dengan tawaran harga istimewa di sini