Malang tak berbau, adakalanya walaupun sudah berhati-hati tetapi benda nak berlaku kita tak mampu nak elak.
seperti kisah yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia ini , seorang kanak-kanak menelan bateri butang.
Disebabkan itu, dinding esofagusnya sedikit terbakar, namun mujur lah cepat di bawa ke hospital.
Berderau darah saya bila melihat anak saya menelan bateri jenis butang ini depan mata saya. Bateri jenis butang ini adalah bateri jam tangan anak sulong saya. Jam tu baru saja jatuh dan pecah. Bateri tersebut diletakkan di atas meja. Tak sangka pula adiknya yang kecil tu pantas tangannya.
Dengan cepatnya dia masukkan bateri tu ke dalam mulutnya.
Saya bergegas bawa dia ke hospital. Di sepanjang perjalanan tu, dia menangis dengan kuat dan di dalam kesakitan. Doktor melakukan pemeriksaan dan terus ke dewan bedah. Nasib baiklah hospital tersebut ada pakar bedah kanak-kanak dan ada mesin kamera endoskopi kanak-kanak. Kalau tidak, perlu di rujuk ke hospital terdekat.
Doktor menyatakan dinding esofagus sedikit terbakar. Namun anak saya bernasib baik sebab terus datang ke hospital. Jika lewat dua jam, mungkin ianya boleh menyebabkan dinding terbakar dengan lebih teruk atau bocor.
Anak mungkin terpaksa makan dengan memakai tiub yang ditebuk terus ke usus. Ya tuan puan. Bateri ini sangat bahaya. Pastikan anda tidak meletakkan bateri ini di tempat yang mudah dicapai kanak-kanak. Jika tertelan, ingat, jangan ditunggu. Pastikan sebelum dua jam, anda telah berada di hospital.
Esofagus ialah sejenis organ dalam vertebrat yang terdiri daripada tiub berotot yang dilalui oleh makanan dari farinks ke perut.
Sumber: Sinar Harian
“Pak Cik Nak Bagi Duit, Tak Mampu. Tapi Kalau Tolong Adik Sikit-Sikit Bolehlah…”Ramai Tersentuh Hati Dengan Kisah Ni!
Nak tak nak inilah realitinya, ramai yang susah ketika ini dan masih tertanya-tanya bilakah kita semua akan keluar daripada kemelot pandemik covid-19. Apa yang jelas, dalam kegelisahan melalui hari-hari mendatang ada sebahagiannya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Lantaran itu, setiap antara kita perlu lebih prihatin untuk sama-sama membantu di antara satu sama lain. Ini seperti mana pepatah Melayu ada menyebut, berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Bila kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita pula.
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya”. (HR Muslim)
Berkongsi kisah berkenaan tolong-menolong dan mempermudahkan urusan orang lain di laman facebook, seorang guru yang dikenali sebagai Muhammad Yusof berkongsi nukilannya. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi untuk kita semua sama-sama melakukan banyak kebaikan untuk membantu orang disekeliling kita.
Mempermudahkan Urusan Orang
Masa saya tengah angkat beras tadi, ada sorang pak cik datang kat saya. “Banyak lagi ke dik beras?”. Saya ingat dia nak beras. Saya pun bagi dia satu beg beras dan barang dapur. “Eh bukan dik. Pak cik tak nak. Pak cik tengok adik dok angkut beras banyak ni pak ingat nak tolong angkat sekali. Adik ada buat bantuan ya? Pak cik nak bagi duit pak cik tak mampu, tapi kalau tolong adik sikit-sikit ni bolehlah..”.
Allah, Allah pak cik ni buat saya terharu petang tadi.
Dalam masa lockdown ni sebenarnya, kita kena belajar ‘mempermudahkan’ urusan orang lain, macam yang pak cik ni buat.
Kalau kita jadi suami, kita ‘permudahkanlah’ segala urusan isteri dan keluarga kita.
Jika kita jadi isteri, kita usahalah untuk ‘permudahkan’ urusan suami dan anak-anak kita.
Jika kita jadi kakak atau abang, kita ‘permudahkanlah’ urusan adik-adik kita yang mungkin tengah struggle masa pkp ni.
Kalau kita jadi bos, kita ‘permudahkanlah’ urusan pekerja-pekerja bawah kita.
Kalau kita jadi cikgu, kita ‘permudahkanlah’ pdpr anak-anak murid kita.
Kalau kita jadi orang kaya, kita ‘permudahkanlah’ urusan kita untuk bantu orang miskin yang memerlukan.
Kalau kita ada rezeki lebih sikit, kita ‘permudahkanlah’ untuk bantu beli barang-barang kat peniaga tepi jalan atau mana-mana peniaga yang sedang terkesan masa pkp ni.
Kalau kita order food panda atau grab food, kita ‘permudahkanlah’ urusan mereka dan berilah mereka tips sikit.
Kalau kita jadi seorang jiran, kita ‘permudahkanlah’ bantuan kepada jiran-jiran setempat yang memerlukan.
Kalau kita jadi pihak yang berautotiti, kita ‘permudahkanlah’ dan percepatkanlah urusan bantuan kepada yang amat-amat memerlukan sekarang.
Pendek kata, tak kira siapa pun kita, cubalah untuk ‘mempermudahkan’ segala urusan orang lain. Kelak satu masa nanti Tuhan akan ‘mempermudahkan’ urusan kita bila kita sempit, InsyaAllah.
Sebelum saya balik, pak cik tadi datang ketuk pintu kereta saya. ‘Dik, pak cik tak tau nak sedekah apa. Ni pak cik ada air bersih banyak dalam kereta. Adik gunalah buat basuh tangan ke apa ke ye..’
Saya tak terkata apa. Terharu saya. Moga Syurga buatmu pak cik. Ni saya sertakan botol air paip yang pak cik ni bagi kat saya. Nanti ada orang kata saya reka cerita pulak.
Meninjau di ruangan komen, ramai antaranya tersentuh hati membaca kisah yang dikongsikan ini. Bahkan ramai mendoakan agar urusan cikgu ini untuk membantu lebih ramai yang susah dipermudahkan.
Sumber : Muhammad Yusof
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Maafkan Umi Tak Sedar Kehadiran Awak.’ Tidak Sedar Sedang Hamil, Ardell Aryana Dedah Usia Kandungan Sudah 4 Bulan!
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mendamkan kehadiran si kecil dalam rumah tangga mereka. Apabila si isteri disahkan mengandung, pasti momen itu adalah paling indah buat mereka.
Alahan, mengidam dan sebagainya dilalui pada saat ini. Namun ada juga yang tidak mengalami sebarang masalah. Demikianlah yang dialami oleh pelakon Ardell Aryana.
Empunya diri tidak menyedari dia sedang berbadan dua sehinggalah disahkan hamil baru-baru ini. Lebih mengejutkan, kandungannya itu sebenarnya sudah mencecah empat bulan.
Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, memuat naik berita tersebut menerusi perkongsiannya di Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, rezeki tanpa saya sedar esok genap empat bulan usia ini dalam perut umi. Maafkan Umi tak sedar kehadiran awak.
“Tiba-tiba awak dah boleh gerak tendang-tendang je. Masya-Allah,” kongsinya.
Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu itu turut berkongsi rakaman video ujian imbasan ultra bunyi yang dilakukannya.
View this post on InstagramA post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on
View this post on InstagramA post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on
suami Ardell yang juga pelakon Nadzmi Adhwa sebelum itu turut berkongsi berita gembira mengenai kehamilan isterinya pada minggu lalu.
View this post on InstagramA post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on
“Hari Raya Puteri Sarah Bawa Diri Ke Luar Negara” Datin Patimah Hancur Hati Lihat Menantu Dan Cucu
Terdahulu tular kisah keretakan rumah tangga pasangan selebriti Malaysia Syamsul Yusof dan Puteri Sarah yang memilih penceraian sebagai jalan penyelesaian. Namun, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kasih seorang ibu pastinya tidak terbatas walaupun bukanlah ibu kandung, Datin Patimah Ismail sentiasa memberikan sokongan dan tetap memihak kepada menantu kesayangannya.
Lebih kagum apabila melihat Datin Patimah yang tidak berhenti memberikan kata-kata semangat buat Puteri Sarah yang ketika itu mengalami gangguan emosi dari awal kejadian sehingga kini.
Baru-baru ini pula, Datin Patimah dikatakan telah meluahkan perasaan kesalnya kerana terpaksa melihat menantu dan kedua cucunya membawa diri beraya di luar negara lapor Ohbulan.
“Hari raya Puteri Sarah dan anak-anak akan membawa diri keluar negara. Hancur hati melihatnya. Kejam perbuatan mereka!,” tulisnya di Instagram storynya.
Melihat daripada kapsyen yang dimuatnaik oleh ibu mentua Puteri Sarah ini, hatinya cukup hancur melihat keadaan tersebut kerana terpaksa berjauhan dengan menantu serta cucu-cucunya.
Sebelum ini Puteri Sarah telah memfailkan cerai terhadap Syamsul Yusuf setelah mendapat berita tentang perkahwinan kedua oleh Syamsul bersama Ira Kazar di Thailand.
Sumber: Ohbulan Official