Umum mengetahui akan kisah pergolakan dalam hubungan antara Penyanyi rock lagenda, Amy Search, 60 dengan anaknya, Nabila Huda. Baru-baru ini, Nabila atau lebih mesra disapa Abil meluahkan perasaan menerusi laman instagramnya.
Sekali gus meluahkan rasa terhadap ibu tirinya yang dikatakan punca hubungannya bersama Amy berantakan.
Namun siapa sangka, usai luahan tersebut ada pihak ketiga yang mengambil inisiatif baik memperbaiki semula hubungan antara anak-beranak ini.
Menurut Amy dalam perkongsiannya di laman instagram, dia tidak menyangka isterinya Nourish dan pengarah Erma Fatima telah merancang satu kejutan untuk mempertemukan dia dan Abil pada Khamis lalu.
Perancangan itu berjalan dengan baik dan ia merupakan hari terindah buat Amy.
Tambah bahagia lagi, Amy memberitahu hubungan Nabila dan isterinya turut pulih dan mereka dapat bersama-sama menyanbut hari kelahiran Nourish.
“Malam Sabtu kelmarin aku dan abil bersama anak cucu had a surprise birthday untuk wife aku. Happy sangat dan terlalu indah moment ini. Taman hati aku di penuhi bunga2 yang cantik lagi wangi. Ini semua Allah yang hadiahkan sebab Allah sangat suka pada org2 yang sabar.
“Segala dugaan nya aku terima dengan berbesar hati. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang tak terbayangkan ini. Sebelum ni di malam Jumaat isteri aku Nourish dan Erma Fatima merancang sesuatu untuk aku dan Abil.
“Masa tu anak2 aku semua keluar tengok wayang. Aku pun hairan anak2 semua tengok wayang tinggalkan aku? rupa nya ade sesuatu yang terindah akan berlaku. Tiba2 bunyi loceng, aku kat berandar tengah ngobrol dan ternampk macam kelibat cucu.
“Rupa nya hari indah yang aku bisikan pada Allah tiba akhir nya. Berderai airmata org tua nih. Aku peluk dia kuat2. Terima kasih Nourish dan Erma Fatima untuk semua ini. Aku akan ingat sampai ke jannah nanti. Satu lagi untuk peminat2 dan semua kerabat2 yang doakan yang indah2 buat famili aku.
“Moga Allah kurniakan korang yang terbaik malah lebih baik dari aku?Ya Allah aku bersyukur atas semua ini. Aku sangat memahami dan sedang menikmati akan keindahan yang terindah di balik kesabaran itu. Alhamdulillah? ✌️❤️
Perkongsian Amy itu membautkan ramai pengikutnya yang terharu. Rata-rata melahirkan rasa syukur kerana hubungan anak-ayah kembali pulih.
Mentari muncul selepas mendung.
Sumber: IG aku.amysearch