Pernah tak, bila dah terlambat nak pergi ke sesuatu tempat, pasti ada benda yang tidak diduga berlaku? Baju terkoyak masa iron lah, stoking tak kering lagi, anak tudung hilang, telefon tiba-tiba ‘ghaib’ dan banyak lagi. Yang paling haru, bila tengah syok sikat rambut, sikat tu plak tersangkut.
Kadang-kadang, perkara tak terduga macam ni lah yang membuatkan kita lambat bersiap akhirnya terlewat ke kerja, meeting, interview ataupun ke kelas.
@shazzyzainI istiharkan bahawa pagi hari ini adalah pagi yg kurang ong buat shazrizeen zainudin.. sekian
Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki ‘stress’ apabila rambutnya buat hal ketika dia sudah terlambat pergi kerja telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik olehnya sendiri di laman TikTok @shazzyzain, kelihatan lelaki itu sedang kelam-kabut bersiap untuk pergi ke kerja.
Tetapi apa yang kelakar adalah, rambutnya yang agak panjang tersangkut pada sikat gulung sehingga tidak dapat dikeluarkan.
Akhirnya, dia terpaksa membawa sikat itu sekali ke dalam kereta dan memandu ke tempat kerja dalam keadaan seperti itu.
Ads
Lebih melucukan, apabila dia terpaksa patahkan hujung sikat tersebut dan memakai baju hoodie namun ianya sangat ketara.
“I istiharkan bahawa pagi hari ini adalah pagi yg kurang ong buat shazrizeen zainudin.. sekian” ujarnya di ruangan kapsyen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berdekah melihat gelagat lelaki tersebut yang buntu tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila sikat ‘melekat’ di atas kepala.
“Aku tergelak bila dia dah masuk kereta masih ada sikat. Unexpexted hahaha” – Netizen
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman masing-masing yang mana rambut tersangkut di sikat ketika bersiap.
Benarlah kata orang, seorang ibu atau bapa boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak tak mungkin dapat jaga seorang ibu atau ayah.
Jika dulu, pusat penjagaan warga emas akan menempatkan individu yang tiada waris tetapi kini boleh dikatakan warga emas yang dimasukkan ke situ adalah yang dihantar sendiri oleh anak-anak dek kerana tidak sanggup menjaga mereka.
Memang tidak dinafikan, menjaga orang tua memerlukan kesabaran yang tinggi. Malah ada kalanya, seperti menjaga budak kecil yang suka merengek namun adalahtidak wajar untuk mengabaikan insan yang banyak berjasa dan berkorban untuk membesarkan kita ini di sisa usia sebegitu.
Sewaktu kunjungan beberapa orang artis yang menziarahi warga emas yang ditempatkan di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih Selangor, sempat mereka menemubual beberapa penghuni di situ.
Setiap penghuni ada cerita tersendiri. Ada yang redha ditinggalkan disitu, ada yang memendam duka dan ada juga yang memilih untuk memendam segala rasa.
Namun ada sesuatu yang mencuri perhatian dan meruntum jiwa, apabila ditanya kepada seorang warga emas lelaki yang baru sahaja seminggu berada di situ, “ Ada rindu sesiapa?”
@safwannazri7 Please la jaga MAK AYAH kita elok2😭😭 Sayu sangat2 bila kita tengok keadaan depa mcmni, depa semua oranh yang ditinggalkan keluarga, family yg dah malas nak jaga, family yang biaq diorang ni kat hospital, sebabtu diorang smua kat sini ! Allahu Soo harini Aku dengan team @kai_kaklong @nafidzrazak dan @kumpulan_megaklinik_zahran Pergi melawat pusat jagaan mahmudah aku happy sangat2 sbb dapat bagi diorang semua BAJU RAYA SET Sekali Sampin utk diorang BERAYA Tahun ni ! P/s : Btw pakcik yg menangis tu baru seminggu masuk sini😭😭 #PusatJagaanMahmudahMalaysia#MegaklinikZahran♬ original sound – Safwan Nazri
Lantas pakcik tua itu terus menangis tanpa sebarang kata. Dari gerak gerinya sudah cukup untuk menggambarkan kedukaan dihatinya.
Menurut pegawai yang bertugas disini, pakcik tersebut baru seminggu tinggal di sana dan masih berharap dapat balik raya dengan keluarga.
Sewaktu semua pelawat mahu pulang, sekali lagi pakcik tersebut menitiskan air mata seakan berat untuk melepaskan.
Menjengah di ruangan komen. ramai yang bersimpati dengan nasib warga emas di sana. Malah ada yang menitipkan pesanan agar yang masih mempunyai ibu bapa, jagalah mereka sebaiknya kerana merekalah insan yang banyak berkorban untuk membesarkan kita sedari kecil dulu.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua.
Semenjak sudah berumah tangga, Jep kerap kali dilihat berhati-hati dalam membawa watak apabila digandingkan dengan artis jemputan wanita. Hal itu mencuri perhatian umum dek kerana caranya yang menghormati perasaan si isteri.
Baru-baru ini, Jep sempat berkongsi detik pengenalan bersama suri hatinya, Sari Yanti yang sekali lagi mencuri perhatian warganet dengan sikapnya yang dianggap ‘gentleman‘.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok, Jep menyatakan dia hanya menghubungi pelakon wanita tersebut menerusi mesej sebelum dirinya berjumpa kedua ibu bapa Sari Yanti untuk langkah seterusnya.
Lepas mesej, pastu ada keluar bersama. Kita cakap yang kita tak main-main.
Jika memang okay, saya memang nak jumpa ayah dia.
Pelawak berkenaan tenang menjawab segala persoalan daripada rakan sekerjanya yang turut berada di konti ketika itu.
Malah, Jep sempat berseloroh untuk ‘sound’ ayah kepada Sari Yanti dan membuatkan keadaan ketika itu meriah dengan gelak tawa.
Walau bagaimanapun, Jep segera memperbetulkan maksudnya dengan gurauan yang disampaikan. Menurutnya, dia ingin menyuarakan isi hatinya untuk mengambil alih tanggungjawab ayahnya dalam menjaga Sari Yanti.
Untuk rekod, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin mendirikan rumah tangga bersama Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Siapa tak kenal dengan pelakon Adam Corie. Mungkin masih ada yang tidak tahu, sebelum ini Adam Corie merupakan seorang penari.
dia pernah menjadi guru tari dalam program realiti TV dan sejak itulah namanya dikenali.
Namun baru-baru ini, Adam telah menjelaskan yang dia kini tidak lagi berkhidmat sebagai penari dan juru tari biarpun pendapatan kerjaya itu sangat lumayan.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Adam berkongsi kisah dia meninggalkan karier tersebut selepas memilih untuk memeluk Islam.
“Dulu saya dapat satu tawaran untuk buat persembahan dan saya tanya pelanggan persembahan apa dan dia kata tarian tiang serta minta saya sediakan penari perempuan sahaja.
“Tawarannya sangat lumayan, ketika itu saya dah masuk Islam dan saya rasa was-was dan rujuk ustaz dan ustaz kata kalau boleh elakkan sebab tak berkat.
“Jadi saya hubungi semula pelanggan saya dan beritahu saya tolak persembahan itu dan sudah tidak lagi buat persembahan selamanya. Saya pun dah tak mengajar orang menari lagi ketika itu,” kongsi Adam.
Tambah pelakon filem KL Gangster itu, dia kini mencari keberkatan dalam mencari rezeki selepas membuat keputusan tersebut.
“Alhamdulillah, ustaz dah bagi keterangan. Saya berhenti untuk mengajar.
“Sampai sekarang dan sejak daripada itu saya buat keputusan untuk berhenti buat persembahan. Saya teruskan berlakon sampai sekarang. Itulah berkatnya.
“Pendapatan lumayan tapi keberkatan yang saya cari selepas kembali kepada fitrah (memeluk agama Islam),” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan Adam menjadi penari ketika persembahan Ziana Zain di Anugerah Juara Lagu 1992.
Pelakon jelita, Nora Danish menyifatkan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada Jumaat lalu adalah berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 10 hari pada Ramadan ini.