Bahagia itu kita yang pilih. Oleh itu, walaupun pasangan yang sudah berpisah namun hubungan baik tetap terjalin demi kasih sayang kepada anak-anak.
Umum mengetahui pasangan Norman Hakim dan Abby Abadi telah berpisah dan membina keluarga masing-masing. Namun, pasangan ini menjadi inpirasi buat para peminatnya apabila tetap menjalin hubungan baik. Sikap mereka sentiasa mendapat pujian. Malah lebih menarik, mereka pernah becuti bersama-sama keluarga masing-masing.
Muat naik terbaru di Instargram Norman Hakim telah meraih perhatian ramai apabila dia dan keluarga Abby bercuti bersama-sama dengan mengunakan perkhidmatan bas.
Kelihatan video yang dikongsi, mereka masing-masing bersama pasangan kelihatan sporting serta anak-anak. Di fahamkan mereka bercuti di Terengganu.
Ads
Cuti2 keluarga besar kami Alhamdulillah plan mama @abbyabadi_official & mummy nak bagi anak pengalaman baru bercuti kali ni.. Naik bas utk seisi keluarga kami. Punyalah seronok.. Bas selesa sgt alhamdulillah.. Kami nak ke Terengganu, jalan2 pulau.. Doakan perjalanan seisi keluarga kami selamat sampai ke destinasi.. Have a good day.
Tragedi Sungai Korok, keluarga teruskan perniagaan roti canai. “Kami akan teruskan perniagaan roti canai di Tanah Merah, Pendang yang baru diusahakan arwah dan suaminya sejak sebulan lalu sebab mereka susah payah cari tapak niaga,” Roswati Zainol, 52.
Tragedi meragut nyawa sepasang suami isteri selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam ke dalam terusan di Sungai Korok, Jitra baru-baru ini meninggalkan luka mendalam buat ahli keluarga, khususnya ibu kepada arwah wanita berkenaan.
Roswati, ibu kepada Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, yang maut bersama suaminya, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, menyifatkan kehilangan mereka sebagai satu tamparan hebat buat seluruh keluarga.
Menurut Roswati, pasangan tersebut pernah menjalankan perniagaan roti canai berhampiran Hospital Lama Alor Setar namun terpaksa menukar lokasi berniaga disebabkan sambutan yang kurang memberangsangkan.
“Kebiasaannya, menantu saya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan akan singgah ke gerai sejurus selesai syif malam. Selepas itu barulah dia pulang, menukar pakaian dan uruskan anak-anak termasuk mengambil mereka dari sekolah,” katanya ketika ditemui.
Sebelum kejadian malang itu, tular satu video di media sosial memaparkan pasangan berkenaan yang gigih menjalankan perniagaan kecil demi menyara kehidupan. Video tersebut, dimuat naik di TikTok sekitar April tahun lalu, menyentuh hati netizen apabila tragedi menyayat hati itu berlaku.
Roswati berkata, anak sulungnya itu terkenal sebagai seorang yang rajin, ringan tulang dan sangat mengambil berat terhadap adik-beradiknya.
“Arwah selalu bantu adik-adik bila mereka susah. Bila dia pergi, memang terasa kehilangan sangat besar sampai kami semua rasa hilang semangat,” ujarnya sebak.
Tambahnya lagi, kereta Proton Iswara yang digunakan pasangan itu bukan sahaja untuk kegunaan harian, malah menjadi kenderaan utama dalam membantu mereka mencari rezeki.
“KAMI SEKELUARGA CUMA ADA MOTOSIKAL SAJA, JADI KERETA ITULAH YANG DIGUNAKAN UNTUK BERNIAGA. TAPI KERETA ITU TENGGELAM BERSAMA MEREKA DALAM TERUSAN… DAN KINI, SEMUANYA HANYA TINGGAL KENANGAN,” KATANYA PILU.
Menurut Roswati, sejak Nurul Hidayah mengandungkan anak kembar pada tahun lalu, mereka sekeluarga berpindah ke rumahnya bagi memudahkan urusan harian. Sepanjang itu juga, dia membantu menjaga cucu-cucunya termasuk menghantar empat daripada mereka ke sekolah setiap hari.
“Saya sempat jaga Tuah Haydar sejak lahir sampai umur enam bulan saja. Kembar dia, Jebat Haydar, dah meninggal dunia Februari lalu sebab masalah kesihatan.
“Sekarang ni Putri Qisya, cucu sulung saya yang berumur 12 tahun, masih belajar di tahun enam di SK Seberang Perak dan belum ada keputusan untuk pindah sekolah lagi,” katanya.
Roswati turut berkongsi bahawa Nurul Hidayah tidak pernah mengecewakan dirinya sepanjang hayatnya.
“Apa yang saya minta, walaupun lambat, dia tetap usahakan. Hari Jumaat sebelum kejadian mereka tak berniaga sebab kuah roti canai tak menjadi dan masa tu dia nampak murung. Saya pun kurang sihat hari tu… mungkin mereka terlalu penat dan mengantuk,” jelasnya lagi.
Ditanya mengenai penjagaan cucunya selepas ini, Roswati berkata keputusan sepenuhnya diserahkan kepada cucunya sendiri.
“Saya tak akan paksa. Kalau dia rasa selesa tinggal dengan saya, alhamdulillah. Tapi kalau dia nak bersama ibu saudaranya pun saya izinkan. Yang penting, biar dia buat keputusan dari hati, bukan sebab nak jaga hati orang lain,” katanya dengan nada tenang namun penuh kesayuan.
Kisah ini menjadi peringatan tentang kasih sayang yang tidak pernah pudar walau jasad sudah tiada. Semangat kental pasangan suami isteri ini dalam mencari rezeki dan kasih sayang seorang ibu yang terus kuat demi cucu-cucunya, benar-benar meruntun jiwa.
Sejak akhir-akhir ni ramai yang memilih untuk bercuti bersama keluarga cara berkelah. Suasana ini menjadi trending sekarang ekoran setelah kebenaran merentas daerah yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
Ramai memilih untuk berkelah di tepi sungai atau air terjun berbanding menginap di hotel. Namun dalam kegembiraan bercuti berkongsep begitu, keselamatan keluarga harus diberi perhatian terutama sekarang ini musim hujan.
Salah satu kejadian yang merisaukan adalah kemunculan kepala air secara mendadak. Menerusi grup Family Camping Malaysia, saudara Iqbal Halim berkongsi petua untuk mengenal pasti kepala air yang datang tanpa kita sedari. Barangkali boleh menjadi panduan agar berhati-hati ketika bercuti bersama keluarga.
Ramai yang risau nak camping di kawasan air terjun kerana takut dengan kejadian kepala air terutama kaum perempuan la.Jadi kat sini nak share sikit ilmu tak seberapa ni.Saya pernah merasai pengalaman ini sendiri sewaktu berkelah di batu hampar, Yan…
Kepala air terbahagi kepada 3 jenis. 1-Kepala air yang boleh dijangka.Contoh sewaktu kita camping, kawasan situ tengah hujan lebat.Sewaktu tu arus sungai kita boleh nampak lebih deras daripada biasa.Jadi waktu macam ni tak payah la pi mandi kat sungai..mandi air hujan jek sudah ler…
2-Kepala air yang ada tanda.Kadang-kadang kawasan kita camping tak hujan pun…cerah saja…tapi sebenarnya dikawasan atas bukit atau gunung tengah hujan lebat…antara tanda-tanda nak jadi kepala air macam ni
a-akan datang buih putih b-Selepas buih datang daun-daun pokok c-kemudian datang ranting kayu d-lepas tu air jadi amat keruh e-akhirnya baru datang kepala air bersama dahan pokok mati dan sampah
Pengalaman ini saya rasai di batu hampar Yan…kami baru saja turun untuk mandi…kemudian datang tanda2 kat atas…ada adik yang baru sekolah menengah tak mau naik pasal baru saja turun…tak puas mandi la katakan..lepas kena marah kaw-kaw baru terhegeh2 nak naik..sekali datang kepala air baru dia pucat lesi…kalau dia tak dengar cakap kompom mati pasal dia bukan tahu berenang pun..
3-Kepala air yang tidak dijangka…benda ni jadi bila ada tanah runtuh yang menutup laluan air sehingga terjadi empangan sementara…air mula bertakung…dan akhirnya bila empangan pecah terus datang kepala air yang turun dengan laju dan secara tiba-tiba…tapi benda ni jarang sangat nak jadi… semoga bermanfaat.gambar sekadar hiasan…terima kasih sudi membaca
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Dengan peningkatan jumlah pesakit Covid-19, saban hari semakin bertambah pula insan-insan yang kita kenali dan rapat menjadi mangsa wabak ini. Tentunya hal ini menjadi suatu perkhabaran yang membuatkan hati kita gusar, sebak dan berharap agar mereka itu segera sembuh. Sekali gus mengharapkan agar segera diangkat penyakit yang cukup digeruni ini dan agar kita dapat hidup seperti sedia kala.
Terbaharu, meninjau perkongsian daripada penyanyi Nubhan di akaun instagramnya, rupanya kini dia mengambil tugas menjaga empat anak buahnya selepas kakak dan abang ipar disahkan positif Covid-19.
Nubhan berkata, dia berasa sebak melihat keadaan kakak dan abang iparnya yang terpaksa berjauhan dengan anak-anak mereka buat sementara waktu.
“Hari ini (dua hari lepas) kakak dan abang ipar saya disahkan positif Covid-19, namun hasil saringan yang dijalankan terhadap anak-anak mereka adalah negatif.
“Jadi saya akan menjaga mereka sementara ibu bapa mereka menjalani tempoh kuarantin di rumah. Doakan agar mereka semua selamat.
Baru Kehilangan Keluarga Akibat Covid-19
Menurut Nubhan lagi, bahawa abang iparnya baru saja kehilangan ibu serta adiknya akibat wabak Covid-19.
“Jadi bertimpa-timpa dugaan yang dihadapi keluarga kami hingga membuatkan saya berada sebak. Sama-sama kita doakan semoga famili saya dan kita semua dilindungi,” ujarnya dan memohon agar warganet turut mendoakan kesembuhan buat kakak dan abang iparnya.
Ahli Keluarga Lain Juga Dijangkiti
Menurut Nubhan, ketika ini bukan sahaja kakak dan abang iparnya disahkan positif, malah terdapat ahli keluarga lain turut dijangkiti wabak berkenaan.
“Jadi sebak bila tengok ahli keluarga dalam keadaan begini. Apabila sudah pulih nanti, saya akan bawa anak buah kembali bertemu ibu bapanya.
“Keluarga saya ada yang menderita kerana Covid-19. Ada yang di pusat kuarantin dan menjalani kuarantin sendiri.
“Ya Allah… bila Covid-19 ini nak berakhir… Sedih bila dengar berita-berita begini,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata ramai yang mendoakan agar segera sembuh dan ramai juga memuji tindakan Nubhan untuk menjaga anak-anak buahnya. Bahkan ramai juga yang tumpang sebak dan mengalirkan air mata melihat empat beradik terpaksa meninggalkan ibu dan ayah yang positf Covid-19 di rumah bersendirian.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.